Keputusan Contest Gadget Impian & Sepetang Bersama Blogger #jumpadenaihati

Mood tersangat-sangat bercampur aduk , malas update blog , malas buat segalanya .. tapi tanggungjawab untuk update blog tetap ada , sebab saya dah menerima bayaran untuk membuat iklan di blog kan , secara tak langsung kita kena berkerja dengan lebih tekun , amanah orang dah bagi.

asam laksa thailand

Jumpa kedai Asam Laksa Thailand , sekali cuba nak lagi ..sedap ..pedas .. tak puas makan ..(cakap mcm ni kang kena kutuk lagi ahaks.. )

Tapi .. allhamdulillah , blog semakin pulih nampaknya , kalau sebelum ni macam-macam dugaan belaku , saya pendam kan saja , sebab benda tu semua terjadi secara tak sedar , mungkin saya sendiri ada buat beberapa kesalahan , leka dengan diri sendiri dan lari dari sebab asal saya berblog.

Sekarang ni berdebar lagi .. dengan keputusan contest gadget impian , alahai … keputusan akan di umumkan hari ahad ni , bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada jam 2.00pm, 15/4/2012. Seramai lebih kurang 100 blogger dari jauh dan dekat akan berkumpul di sana , jadi sesiapa sahaja yang rasa nak pergi , mungkin belum terlewat untuk mendaftarkan nama masing-masing dengan rujuk disini , cam mana nak join.

Semua peserta akhir contest gadget impian wajib hadir , alamak .. jeng jeng jeng .. bertambah bedebar lah …

Pokoknya ..cam mana saya nak pergi ? husband pergi kedah lor .. anak2 sapa nak jaga .. nak naik lrt ada ke tidak ? nak dirve , aku takut tak sampai2 jek  .. tambah lagi debaran keputusan contest gadget impian tu yek .. alahai..tapi tak pe .. doa-doakan saya sampai dengan jayanya .. 🙂

Cool ….

P/S : Pengguna twitter yang dapat pergi boleh follow update pasal event ni di twitter dengan hashtag #jumpadenaihati

Comments

  1. tak suka makan laksa di kedai sebab kebanyakannya mereka masak alaa kadar ajer.. tapi laksa tu nampak sedap laa 🙂

  2. insyaAllah adalah jalanya utk sampai ke even ni.
    laksa tu nampak sodap sangat kuahnya.

  3. Saya ada mohon,ada email kata diterima permohonan.Tetapi dorang akan hubungi semula nanti.Kalau nak tumpang boleh jer nanti.Dekat hotel hilton pj jer…cuma atas sikit sikit jer,deakat dgn JPN.

  4. dzuandiey :

    mesti vogue giler majlis tu kan…haha…ruginya x boleh join.. 🙁

  5. dzuandiey :

    good luck PB…hehe…dah buat habis baik kan..mesti boleh punya.. 🙂

  6. tahniah kak. dah dijangka akan menang..:)

  7. belanja belanja belanja ! haha memberontak -..-“

  8. ada harapan utk menang.. 🙂

  9. keluarga lagi penting puan bee…tgu je la keputusan ditwitter kengkawan tu nti…apapun all de besh buat puan bee…

  10. Sedapnya Laksa penang tu.. apepun.. Good luck Puan Bee.. 😉

  11. segalabenda :

    walaupun aku tidak terlibat dan kena mengena dengan contest tu..tetapi hatiku terasa berdebar-debar pulak

  12. ada harapan nak menang tu. hoho..

  13. insyallah sampai ke situ…good luck Puan Bee

  14. emm tak apa la puan bee. Maybe tak ada rezki saya la tu nak baca komen puan bee. Tapi kalau puan bee tak keberatan, puan bee sent la komen puan bee melalui emel. mana tahu dengan komen puan bee, saya dapat cikit ilmu. mungkin jugak saya pakai yang free kot. tu jadi lagu tu.

  15. Emm orang lain komen ok je tu. Setahu saya, bagi mereka yang tiada blog, just masuk nama dgn emel je la. Emm rugi la saya puan bee tak komen dalam blog sy.mana tahu kot-kot puan bee boleh memantapkan blog sy. Alahai Kesiannya….

  16. good luck bee..!

  17. kena cari jalan untuk pergi juga la.. hehe.. 🙂

  18. memang faverit saya laksa tu puanbee…leleh air liur..

  19. puan kutu :

    wah bee,kutu doakan bee dapat.kutu pun dh berhempas pulas mengomen,klu dapat mmg hepi sgt.hehe..

    i’m waiting 4 a good news from u..:)

  20. Semoga berjaya kak.. Harap dapat la menang gadjet impian akak tu… Macam-macam usaha dah buatkan.

  21. wish u luch bebek..
    kalau ada jeki tak ke mana gajet tu…

  22. Salam,

    Good luck Bee 🙂

  23. gud luck akak!

  24. Tanniah kepada Puan Bee terpilih antara peserta akhir contest gadget impian.

  25. nama disebut atas pentas nanti lagi berdebar… hihihi…. syoknya dapat pi…. zie masih dlm mood frust lagi ni sbb tak boleh pi… cuma tak menonggeng jer….

  26. smoga bjaya kak bee..mcm nak pegi..tp xde geng nak gi..x berani gi sorg2..hehe..

  27. waahhh..
    asam laksa tu gue xleh tahan..
    memang feveret..
    eheheee

  28. Salam Bee…atie doakn BEE & blogger2 yg atie kenal dialam maya ni akan bertuah.Aminnnnnnn

  29. Itu laksa sudah bikin ini perut laparlah.. mau cari makanan ka dapur jap..

  30. Har3… aku plak yang berdebar2 walaupun aku tak join..
    kira wakil debar2 untuk kau ler bee.. anyways tahniah kerana
    dapat ke final akhir.. InsyaAllah.. Gd luck dear. Tolong kim
    salam kat brother Amir..

    • brother amir tu denaihati ek ? insyallah .. berat ni bawak salam ..

      tu lah tidur tk lena ler nora.. aiyoo.. ambik sikit debaran daku ni

  31. Sama2 kita dalam debaran kan Bee 🙂

    Jauh tak rumah Bee dengan Hotel tu?

  32. Terbaik la puan bee ni…Harap dapat no 1.haha.. Cemburu I Tau..

Trackbacks

  1. […] Keputusan Contest Gadget Impian & Sepetang Bersama Blogger #jumpadenaihati […]

  2. […] .. mestilah .. saya nak berterima kasih sangat pada semua kawan-kawan yang menyokong saya dalam contest gadjet impian , pusingan pertama dan pusingan kedua. Saya telah pun menjadi pemenang tempat ke dua .. […]

Speak Your Mind

*