Kepentingan anak bermain setiap petang setiap hari

Kanak-kanak yang sihat akan menjadi seorang yang sihat ketika dewasa. Sebagai keluarga , kita bertanggngjawab memastikan mereka sihat dengan cara hidup yang aktif. Menurut persatuan Jantung Amerika Syarikat , kanak-kanak hari ini kurang cergas di bandingkan dengan kanak-kanak 20 tahun dulu. Kurang nya aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak hari ini menjurus kepada masaalah kegemukan , kadar kolesterol yang tinggi dan ketahanan jantung dans stroke. Memang jarang berlaku di kalangan anak – anak tapi fakta membuktikan bahawa proses ke arah masaalah itu bermula dari aman kanak-kanak.syamim klcc 2

Semua kanak-kanak berumur dua tahun dan ke atas patut melakukan aktiviti fizikal ringgan sekurang kurangnya 30 minit setiap hari. Mereka juga perlu memperuntukan 30 minit untuk melakukan aktiviti lasak sekurang – kurangnya tiga ke empat hari seminggu untuk memastikan tahap jantung dan hati sentiasa cergas.

Dr Joseph Mercola , penulis buku Total Health Program , menyalahkan peranan televisyen yang meyebabkan kanak-kanak hari ini tidak melakukan aktiviti fiikal. Kebanyakkan kanak-kanak mnghabiskan tiga  jam setiap hari menonton televiyen selepas duduk selama enam jam di sekolah. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi masaalah pembentukan tubuh.

Pembentukan tubuh yang tidak seimbang ini di sebabkan ketidakseimbangan saraf akibat terlalu lama duduk. Enam jam di sekolah dan tiga jam di depan televisyen. Akan membuatkan beberapa saraf menjadi kejang dan tidak aktif. 

Tunjang kecergasan kanak-kanak terletak di pinggang bawah dan tengah belakang , tulang belakang , pelvik dan sendi.

Jadi , bagi memastikan masaalah ini tidak membelengu anak anda , mula lah menggalakkan mereka melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging , berbasikal , bermain bola , bermain badminton , senaman atau bermain kasut roda.

Begitupun kita sebagai ibu bapa adalah yang perlu mejadi contoh kepada anak-anak. Kegiatan fizikal sekeluarga bukan sahaja menjamin kesihatan malah mengerakan ikatan kekeluargaan . Lakukan aktiviti sekeluarga adalah permula kepada kehidupn sihat. Daripada berjalan – jalan selepas makan malam kepada berbasikal setiap petang. Banyak lagi aktiviti yang boleh di lakukan bersama.

Walaupun ibu bapa perlu menunjukkan contoh , anda tidak perlu menanggung semua beban tanggungjawab untuk memastikan anak-anak anda cergas. Kesibukan anda mungkin membataskan diri untuk terlibat dalam semua aktiviti tapi anda boleh menyusun semua program untuk anak anda.

Selain dari suka tradisi seperti bola sepak , badminton , bola keranjang dan renang , anda juga boleh memasukkan anak anda ke kelas-kelas tarian , seni mempertahankan diri dan suka ekstrem.

Bagi saya sendiri , memang amat meggalakan anak keluar bermain setiap petang.

Please follow and like us:
follow subscribe - Kepentingan anak bermain setiap petang setiap hari0

15 Comments

  • Oyong Ilham

    25/08/2016 at 7:53 PM Reply

    Betu sekali ..anak2 harus bermain pd sore hari

  • Sue

    24/08/2016 at 12:03 AM Reply

    Sya sendri suka dok kat rumah je bila weekend. Yer la.
    Dah 5 hari keje222. Kesian pulak anak2.

    • puanbee

      25/08/2016 at 7:01 PM Reply

      ikut kita rasa nak tidur je kan ..

  • apdm

    18/08/2016 at 3:16 PM Reply

    anak keluar main, boleh menggalakkan perkembangan motor kasar mereka.

  • reezluv

    18/08/2016 at 9:57 AM Reply

    masa bebudak paling best.memain sana sini, lari sana sini..tapi sekarang tengok dah sunyi..semua duk layan game je kat rumah

  • Ani Haryani

    17/08/2016 at 3:29 PM Reply

    Betul, setuju dengan Puan Bee. di dalam kelas juga nampak perbezaan anak-anak yang bermain dunia luar dengan tidak. cara interaksi dan sifat mereka 🙂

    • puanbee

      17/08/2016 at 7:41 PM Reply

      yg pastinya perama lebih kan hhehe

  • emalin mohd

    17/08/2016 at 8:30 AM Reply

    Nak bawa anak keluar main taman sekarang ni agak susah. Anak balik sekolah dah pukul 6 lebih pastu emaknya sibuk nak masak pula..huhuhuhu

    • puanbee

      17/08/2016 at 7:41 PM Reply

      kala mcm tu tunggu hujung minggu 🙂

  • Suriaamanda

    15/08/2016 at 3:42 PM Reply

    selalu jugak bawak anak- nak beriadah di taman- taman permainan…

  • doa qunut

    15/08/2016 at 2:25 PM Reply

    tapi yang sedihnya anak-anak sekarang terlalu leka dengan smartphone, tablet, ipad sehingga tak nak main outdorr dah.

    • puanbee

      17/08/2016 at 7:39 PM Reply

      anak sy juga suka youtube , tp kala di beri pilihan main luar dgn tab dia pilih main di luar

  • akubiomed

    14/08/2016 at 2:11 AM Reply

    Zaman kita kecil-kecil dahulu dilepas bebas bermain. Setakat lutut seluar koyak dan luka sana sini itu biasa. 🙂

    • puanbee

      17/08/2016 at 7:39 PM Reply

      kaki kena kapak pun pernah sy ni .. 😛

Post a Comment