Kepada pekerja BATA MARKETING AMPANG 2A , Saya pelanggan walau apa pun tanggapan awak kepada saya.

Surat terbuka untuk pekerja Bata Marketing Ampang 2A , yang bertugas pada Jumaat 3/8/2013 jam 15: 34:48. Tercatat di resit pembelian. Saya dengan sukahati nya pergi mencari ke kedai kasut Bata Ampang 2A berhampiran Ampang Baru. Lokasi berdekatan dengan Restoran Ayam Penyet AP – Bandar Baru Ampang.

pelanggan yang tidak berpuas hati

Sebelum itu saya telah pun pergi ke kedai gunting rambut membawa husna. Dan ke kedai kucing untuk mencari kelegkapan kucing. Seekor anak kucing saya di berikan kepada kakak saya. Jadi saya merayap membawa 5 orang budak dan dua orang dewasa termasuk saya. Kakak ingin membeli peralatan kucing.

3 orang budak baru balik dari sekolah. Pakaian ala-ala sahaja. Kerana kejarkan waktu untuk menghantar aliya. Semua pun agak selekeh. Mak-mak apatah lagi tak sempat nak make-up cantik-cantik dan bergaya hebat-hebat. Anak-anak riuh rendah. Comot sikit. Baru balik sekolah , anda rasa macam mana keadaan nya ?

Di dalam perjalanan saya nampak kedai BATA MARKETING AMPANG 2A dari sebelah jalan. Saya terus buat pusingan U dan ke kedai tersebut. Kawasan sunyi dan tiada pelanggan lain.  Saya singgah sebab bukan selalu saya ke sini. Kebetulan saya mencari kasut. Saya tinggal berdekatan kawasan ini. Tetapi jarang ke sana atas faktor jalan selalu sesak.

Pada fikiran saya… pasti seronok membeli di sini , memandangkan pelayan boleh melayan kami sepenuhnya.

Pelanyan hanya sorang pada waktu itu. Gadis berbadan besar.

Saya mencari sejenis kasut yang menjadi kegemaran saya. Dulu-dulu semasa sekolah dan bekerja memang BATA menjadi pilihan saya. Selain harga mampu milik dan ianya berbaloi untuk di pakai. Juga selesa walau di dalam keadaan apa pun.

kasut bataSuka sangat kasut ni sampai sanggup hadap muka pelayan itu. Jenama North Star .. Sedap pakai .. Ada satu lagi kedai kasut BATA di tesco Ampang tapi tak nampak pula kasut seperti di atas. Dan di Kedai Bata Ampang 2A ni kawasan lebih selesa hendak membeli kasut memandangkan tak ramai orang ke sana.

Pelik bukan ? seorang ibu beranak tiga mencari kasut ala-ala kasut sekolah. Dah lama mencari kasut sebenarnya .. semenjak ada anak 3 orang ni saya agak susah nak bergaya dengan sepatu tunggi 4 inci. Bukan saya tak mahu bergaya. Tetapi saya lebih mementingkan keselesaan. Senang nak main kejar-kejar dengan anak pun ye!

Sambung balik @#%^&$*^&

Saya masuk ke kedai , baru teringat ..

Oh duit tunai dah habis berbelanja tadi , saya tanya pada pekerja di situ. Boleh pakai kad ke disini ?

Hanya 50 keatas dia menjawab , ringkas.

Saya memandang kakak , bagaimana jika saya tak mahu membeli RM50 ke atas ?  jadi saya bersuara .. hang ada cash ke kak ? meh pinjam dulu. Kuat dan guna ton suara biasa sebab tak ada orang kecuali pelayan itu.

Tak semena-mena pelayan itu membuat muka masam mencuka.

Saya capai satu kasut yang saya suka. Saya pandang pelayan tersebut. Saiz apa yang ada ? paling besar berapa ? Ini saiz 4 kan .. apa kata u ambil saiz besar.

Pelayan tersebut ambil saiz 8 , kotak kasut di letak kan jauh. Saya cuba.. kasut terlalu besar.

Jadi saya minta kasut saiz 7 & 6 , Standby mana tahu kalau-kalau tak muat saiz 6 boleh cuba saiz 7 pula.

Pelayan ambil saiz 6 sambil bunyi cittt cittt , bunyi ketapan bibir dia. Saya pandang muka dia. Saya tunduk dan cuba pakai kasut itu. Saya cuba tetapi tak muat. Saya minta lagi saiz 7 walaupun tadi saya dah minta , tetapi si pelayan tak layan.

Beliau ambil saiz 7 dan beri sebelah kasut pada saya. Muka pandang ke arah lain , sebelah tangan hulurkan kasut. Hati saya menjadi bengang.

Kakak saya bersuara. Kenapa letak di sana ? bawa la ke sini semua saiz yang di minta supaya senang nak di cuba.

Saya menjawab . Itu la hairan juga dengan pelayan kedai sorang ni. Saya dan kakak berborak biasa , tidak tinggikan suara atau merengus kasar. Cuma cakap apa yang betul. Ton suara masih biasa.

Saya cuba saiz 7 eh besar la pula. Saya minta semula saiz 6 untuk di cuba sekali lagi. Macam tak percaya saiz 7 itu besar.

Si pelayan ambil kasut saiz 7 dari tangan saya sambil merengus  dan kasar , mata pandang ke arah lain. Sambil berdecit bunyi mulutnya .

Si pelayan hulurkan kasut saiz 6 semula , sambil menbuat muka paling hodoh di dunia. Pandang ke arah lain saat saya memandang beliau. Berdecit sekali lagi. Memberi kasut secara kasar.

Waahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh … awak layan saya macam saya nak mencuri di kedai awak . Saya tiba-tiba rasa nak baling kasut ke muka dia.

Tapi saya tenangkan diri dan cuba kasut saiz 6 lagi. Eh muat pula.

Jadi saya mencari stokin pula untuk cukupkan RM50.

Saya pergi ke kaunter untuk membayar. Sudahlah tak sudi memandang muka saya . Si pelayan memegang stokin sambil bertanya kasar lagi. Siapa mau pakai ? anak. jawab saya ringkas. Saya ambil stokin saiz husna. Walaupun sebenarnya nak juga tengok-tengok kasut saiz Laila dan Husna , tapi tak jadi ah mengenangkan perangai si pelayan tu.

Saya keluarkan kad dan bayar. Saya sain resit dan ucapkan THANK YOU .. Si pelayan diam membisu.

Ini bukti resit , saya tak buat-buat cerita.

2013-03-08 23.15.33

————————————————

Soalan saya kepada pelayan kedai tersebut.

Awak benci saya kerana saya sebut tak ada duit tunai tadi kah  ?

Awak benci saya kerana pakaian saya kah ?

Awak benci saya kerana kita lain bangsa kah ?

Awak benci saya kerana saya bawa terlalu ramai kanak-kanak dan buat bising di kedai tempat awak bekerja kah ?

ATAU

AWAK TAK SUKA ADA PELANGGAN MEMBELI BARANG DI KEDAI TEMPAT AWAK  BEKERJA KE ?????  

Saya pelanggan walau apa pun tanggapan awak kepada saya . Awak sepatutnya melayan saya sebaik mungkin. Awak tak nak layan baik-baik sangat pun tak apa , asalkan awak senyum sikit agar manis kurangkan berdengus dan berdecit.

Dan  … jika boleh tolong jangan  memberi dan menerima secara kasar.

Tugas awak melayan saya. Tugas awak menyediakan apa yang saya minta. Adalah mustahil saya haru pergi mencari saiz kasut saya sendiri ? Tak akan sekali-kali saya akan lakukan itu.

Dan satu lagi , tolong pandang muka pelanggan walaupun muka pelanggan awak comot macam saya.

Kalau sesiapa pergi kesana. Mungkin anda bukan berurusan dengan pelayan yang saya maksudkan sekarang. MUNGKIN. Saya tak suka mengkritik , tetapi saya geraaammmm sangat petang tadi . Tak puas hati. Kenapa ?

Sekian,

Luah perasaaan dari PELANGGAN YANG TERCALAR HATINYA. 

40 Comments

  1. Hafizul 19 March 2013 Reply
  2. azman 18 March 2013 Reply
  3. hafizmd 12 March 2013 Reply
  4. Kak Long Mawar Merah 12 March 2013 Reply
    • hafizmd 12 March 2013 Reply
  5. wandisini 11 March 2013 Reply
  6. ejam 11 March 2013 Reply
  7. munirah hazam 11 March 2013 Reply
  8. elieza 10 March 2013 Reply
    • hafizmd 12 March 2013 Reply
  9. Datin Tyka 10 March 2013 Reply
  10. akubiomed 10 March 2013 Reply
  11. papa mifz 9 March 2013 Reply
    • hafizmd 12 March 2013 Reply
  12. nurmisnan 9 March 2013 Reply
  13. Ummi Hanie 9 March 2013 Reply
  14. beckhrooy 9 March 2013 Reply
  15. staibaqhang 9 March 2013 Reply
  16. sicantikmatahari 9 March 2013 Reply
  17. Juan 9 March 2013 Reply
    • hafizmd 12 March 2013 Reply
  18. fariq 9 March 2013 Reply
  19. Denaihati 9 March 2013 Reply
  20. ciklaili.com 9 March 2013 Reply
  21. fazrol 9 March 2013 Reply
  22. diana 9 March 2013 Reply
  23. dayah 9 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 March 2013 Reply
  24. afif 9 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 March 2013 Reply
  25. Budak Nakal 9 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 March 2013 Reply
  26. mama3hero punya cerita 9 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 March 2013 Reply
  27. mama adam 9 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 March 2013 Reply
      • syamila 9 March 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.