May
2012

kenapa tolak ?

Gaji hampir 10k ditawarkan kenapa tak pergi ? rugi lah… antara ayat yang orang akan selalu tanya lepas ni .. Sepanjang 9 tahun dia tunggu orang panggil untuk bekerja di atas kapal. Sebab tu jugak bila dia tanya “sayang bagi tak abang pergi ni ” jawapan saya “tak tahu lah , ikut abang je lah”

Ikut hati memang tak bagi dia pergi mengenangkan ni cita-cita dia .. pergilah kalau nak.Boleh je nak uruskan anak sesorang …

Tapi .. nasib dia tak jadi terima sebabnya syarikat tu mintak si suami resign 24 jam. Suami fikir panjang .. jika resign 24 jam .. gaji tinggal separuh .. 23 hb ni dah nak berangkat ke indonesia kalau dia terima kerja tu .. kena buat passport secepat mungkin .. Suami ckp .. dia dah kerja dgn syarikat ni 10 tahun , kalau resign 24 jam ,,, kalau tak serasi kerja kapal tak mungkin boleh masuk syarikat yang dia kerja sekarang ni.

Bab yang paling dia tak suka gaji tinggal separuh .Banyak mulut nak suap n bil- bil nak dilangsaikan , dia tak mau tinggal bini n anak2 dengan keadaan macm tu .. jadi dia tolak .. kalau orang tu bagi tempoh sebulan dia terima ..

Saya happy sangat dia tolak job tu … lega ya amat ..

18 thoughts on “kenapa tolak ?

  1. hujan emas dinegeri orang. kalau orang bujang memang sesuai sangat, bila berkeluarga susah sikit. bidang2 terlibat dgn perkapalan, oil n gas memang biasanya bagi income yg besar terutamanya kerja kat luar negara.

  2. ade certain time kalo mcm ni mmg kene pilih family..sama mcm bos kat tmpt sy..slalu pi outstation kat thai..last2 wif kene cancer..tp dh operate dah ok..bru la die sdar kalo kerja leh crik ag…kalo family..erk..mmg x leh ganti..
    Jebeng Otai™ recently posted..Bangkang Dari LongkangMy Profile

  3. Salam,

    Tahun lepas suami dpt offer keje kat algeria ke nigeria tah bunyik mcm tu ler, sebulan gaji duit malaysia dalam 30k, sebelum pergi sana mereka akan bank in kan duit dahulu untuk urusan suami setelkan disini, dan kena resign dgn secepatnya, tuket flight apa semua mereka uruskan, cuma masalahnya kena pergi dgn cepat, risau gak time tu nak berjauhan dgn suami sbb belum cukup kuat nak berjauhan bertahun2, tak silap kontrak 2-3 thn kot, mujur jgk suami fikir masak2 sebab masa sangat singkat, xdan nak setel apa yang patut, lagi pulak suami dah google dulu tempat kerja kat sana, tak berapa nak selamat tempatnya, ada je rusuhan, so suami taknak amik risiko walaupun gaji yg ditawarkan sgt tinggi, keje jeler kat sini, sebulan pun leh gak dpt 6-7k, itu pun dah syukur sgt.

    yelah bee setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, tak semestinya kita gaji tinggi kehidupan kita terjamin, akak klu setakat abg outstation ok lagi tapi kalau gi negara yang offer dia keje tu memang berat akak nak bagi, tapi andai kata itu ketentuan darinya kita ikutkan je, suami cari rezeki untuk anak bini, besar tanggungjawab suami kan bee, sebab tu kena layan diorg dengn ikhlas dan baik.
    yanmie recently posted..Tak Pernah Jemu Di Food Court KLCCMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge