KENAPA PERLU ELAK BAGI PUTING KOSONG PADA BAYI

Perkara ni bukan hanya sekarang masih di pratikkan malah sejak dari dulu lagi. Ada tu saya tengok siap buat rantai gantung kat leher anak mereka supaya tidak hilang. Ramai kanak kanak susah untuk berpisah dengan puting kosong seolah olah macam ketagih.

Saya yakin ramai ibu bapa tahu penggunaan puting kosong pada bayi bukan la sesuatu yang baik tapi atas alasan untuk memudahkan mereka melakukan rutin harian, supaya anak tidak merengek.. Penggunaan puting kosong ni membantu anak lebih rilex & tidak meragam.

Kat sini saya nak kongsikan beberapa keburukkan penggunaan puting kosong pada bayi.. Antaranya adalah

1. Penggunaan puting kosong mendedahkan si manja kepada jangkitan yis pada mulut yang boleh dipindahkan kepada puting ibunya sekiranya masih menyusu badan. Jangkitan ini boleh berlaku berulang kali.

2. Kajian menunjukkan ada perkaitan rapat antara penggunaan puting kosong dengan peningkatan insiden jangkitan pada telinga.

3. Mendedahkan si manja kepada risiko tercekik.

4. Mengganggu penyusuan susu ibu di mana si kecil tidak mengenali waktu laparnya dan boleh menyebabkan jarak waktu antara penyusuan menjadi panjang. Ini sekaligus memberi kesan kepada kenaikkan berat badannya.

5. Penggunaan puting dalam masa yang lama boleh menyebabkan pertumbuhan gigi yang tidak teratur dan seterusnya mengakibatkan masalah pertuturan serta pembentukan lelangit lembut.

Sumber: Pa & Ma

Jadi sebelum membiasakan anak anda dengan menghisap puting kosong fikirlah kesan jangka panjang. Bila anak anak mula ketagih dengan puting, ketahuilah agak sukar untuk menghentikan tabiat tu. Mungkin dia berlarutan sehingga besar.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

One Comment:

  1. saya memang tak bagi puting kosong pada bayi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *