KENAPA JANTUNG SAYA BERDEGUP LAJU SELEPAS MINUM KOPI INI?

Tadi saya terbaca perkongsian dari Facebook DZiehan Mustapa tentang kenapa bila seseorang itu minum kopi yang berbentuk untuk kesihatan/kekuatan dalam ni dia dapat dapat rasa jantung di berdenyut laju..

Perkongsian ni agak bagus untuk di kongsikan supaya kita tahu apa yang menyebabkan effect sebegitu berlaku bila kita ambil kopi supplement ni. Menurut dari perkongsian beliau ia adalah kerana..

Kopi tersebut mengandungi bahan terlarang yang tidak sepatutnya ada dalam serbuk minuman kopi. Antara bahan yang dikesan adalah sildenafil dan analognya, steroid, antihistamin, sibutramine dan taladafil.

Apa kesan kepada kita jika minum kopi yang ada Sildenafil serta analognya? kita perlu tahu terlebih dahulu apa itu sidenafil, kesan sampingannya dan mengapa ia berbahaya.

Sildenafil itu apa?

Sildenafil adalah sejenis ubat yang tergolong dalam kumpulan phosphodiesterase (PDE) inhibitors. Sildenafil digunakan dalam rawatan mati pucuk atau kegagalan ereksi bagi kaum lelaki.

Ubat sildenafil berfungsi dengan mengembangkan saluran darah pada zakar apabila dalam keadaan ghairah. Justeru keadaan seperti ini meningkat dan memudahkan aliran darah ke zakar, seterusnya membolehkan individu lelaki tersebut menegangkan zakarnya dengan kekerasan yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun seseorang yang mengambil ubat atau produk yang mengandungi sildenafil ini tidak bermakna masalah mati pucuk atau kurang nafsu seks akan dapat diatasi atau telah sembuh.

Apakah kesan sampingan Sildenafil?

Antara kesan sampingan ubat sildenafil adalah sakit kepala, pening, flushing (rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada), masalah penghadaman, hidung tersumbat, jangkitan saluran pernafasan, serangan jantung, angina pektoris, DEGUPAN JANTUNG PANTAS, mudah pengsan, hipotensi postural, migrain, kemurungan, perubahan pada penglihatan seperti penglihatan menjadi kabur, penglihatan menjadi biru, atau sensitif terhadap cahaya, cirit-birit, jangkitan pada saluran kencing dan ruam.

Justeru pengambilan produk kopi yang dicemar palsu dengan ubat sildenafil ini dikatakan sangat merbahaya kerana tidak diketahu jumlah dos yang terkandung di dalamnya dan penggunaannya tidak berada di bawah pengawasan doktor.

Sudah tentu mengambil minuman kopi seperti ini, dengan kesan sampingnya terhadap salur darah dan jantung yang sangat ketara oleh seseorang individu yang tidak mengetahui latar belakang status kesihatannya adalah sangat berisiko. Mungkin boleh mengakibatkan maut akibat serangan jantung atau stroke.

Pengusaha kopi yang dicemar palsu dengan ubat sildenafil sering meletak jumlah dos yang lebih agar kesannya dapat dilihat dan dirasai oleh pengguna. Apabila pengguna mengambilnya dan merasai kesan yang sugguh ketara, mereka akan kerap membelinya semula.

Itu adalah teknik pemasaran yang tidak bertanggungjawab dan sangat merbahaya serta tidak mementingkan kesan terhadap kesihatan serta nyawa pengguna yang menggunakan produk jualan mereka.

Jadilah pengguna yang bijak dan tidak mudah terpengaruh atau ingin mencuba produk-produk kopi kuat seperti ini. Kebanyakkan kopi-kopi ini berasal daripada luar negara.

Sumber :

Ahli Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mtyhbuster Malaysia (M3)

Semoga dengan perkongsian ini memberi info kepada penggemar kopi kesihatan dalaman terutama lelaki. Jangan nak hebat dalam kelambu anda berisiko tinggi untuk terkena serangan jantung & strok.

Comments

  1. saya memang tak minum apa-apa jenis minum 3 in 1.. Hatta apa-apa jenis kopi pun saya tak minum sebab memang terasa kopi akan menyebabkan nadi jadi laju.

  2. bahaya, kena elakkan.. kalau dapat list2 minuman kopi yang bahaya ok jugak

  3. memang bahaya la kan, apa2 pun kena cek dulu latar belakang syarikat selain tengok label. masyarakatkita tak reti baca label biasanya

Speak Your Mind

*