KENAPA BAHAYA TERLEBIH MINUM AIR KOSONG @ AIR PUTIH?

Salah satu cara untuk mengesan sesuatu penyakit atau kerosakkan organ seperti buah pinggang adalah melalu urine @ air kencing. Sebab warna air kencing memberi petanda samada anda sihat atau sebaliknya.

Ramai yang tahu pengambilan air putih sangat baik untuk kesihatan & kecantikkan tapi ramai yang mungkin tidak tahu terlebih mengambil air putih jugak boleh memudaratkan kesihatan.

Sebab tu pengambilan apa2 minuman tak kira air putih sekalipun kena mengikut sukatan yang sepatutnya.  Sedikit info berkaitan dengan bahaya mengambil air putih secara berlebihan

Pengambilan air putih secara berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan dimana ianya boleh meningkatkan volume darah. Volume darah yang meningkat boleh meningkatkan kerja jantung dan tekanan dalam pembuluh darah. Kelebihanair juga dapat membebankan kerja buah pinggang yang bolehmengakibatkan glomerulus rosak. Sistem penapisan di buah pinggang harus tetap mempertahankan jumlah air (di dalam tubuh) pada tahap yang selamat yang memang diperlukanoleh tubuh, kelebihan cecair akibat dari banyaknya penggunaan air harus dibuang dari tubuh. Hiponatraemia adalah suatu keadaan di mana kadar garam di dalam darah(dalam hal ini Natrium) lebih rendah daripada yang sepatutnya. Keadaan yang teruk daripada keadaan hiponatraemia boleh menyebabkan intoksikasi air yangmempunyai gejala antara lain sakit kepala, keletihan, mual, muntah, sering urinasi (buang air kecil) serta kekeliruan mental. – Sumber : Kenapa Urine Berubah Warna

Tanda – tanda anda terlebih mengambil air putih adalah melihat melalui warna air kencing @ urine. Jika air kencing anda tidak berwarna atau jernih ni menandakan berkemungkinan anda telah mengambil air putih terlalu banyak, Jadi kurangkan pengambilan air putih.

Jadi jangan ambil secara berlebihan air putih. Ambil sekadar memenuhi keperluan badan kita setiap hari.

Baca lagi :
1 – Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong
2 –  7 + 1 = 8 Manfaat Air
3 –  Lakukan Terapi Air Untuk Menguatkan Sistem Petahanan Tubuh Melawan Penyakit.

Speak Your Mind

*