Kenangan Indah Buat Anak-Anak Ku

Tersebutlah kisah seorang jejaka dan dara bertemu di balkoni sebuah hospital tingkat 5 .. masing-masing berpandangan dari kejauhan..

Walaupun jarak tempat si jejaka tu berdiri dengan dara agak jauh namun masing-masing terkena panahan asmara…mata bertaut , hati berdegup kencang , niat asal si jejaka adalah menjaga abahnya telah berubah kepada memikat si dara , niat asal si dara menjaga adiknya juga telah beralih kepada si jejaka..

dulu-dulu punya gambar

ah ! mamat tu senyum kat aku ke ? ” detik hati si dara..

Lalu si dara beralih dan berlalu pergi sengaja nak jual mahal…lagipun si dara memang tak pernah berkawan dengan jejaka. Maklumlah muda sangat lagi umur baru mencecah 14 tahun. Siapa nak bercinta dalam umur macam tu. Walaupun sebenarnya , adalah sikit perasaan tu.

Adik sidara di masukkan ke hospital kerana mata nya di masuki batu dengan laju. Bukan masuk biasa-biasa tetapi akibat kenakalan adik itu sendiri. Adik si dara .. meletakkan sebuah batu di landasan keretapi , sambil duduk dekat dan tengok bagaimana batu itu meletup. Sekali dua adik terselamat. Entah kali keberapa adik buat begitu menyebab kan batu tersebut melantun dan terpercik ke dalam mata nya. Itu lah budak nakal. Terpaksa menangung sakit.

Setiap hari terpakasa menjada adiknya di hospital .. Hampir sebulan juga ..

bosan betul ” dengus hati si dara.

Sambil menyuapkan adiknya makan di balkoni hospital . Mana tahu si jejaka tu tengah asyik memerhatikan si dara dengan harapan si dara menoleh padanya walau pun sesaat..setelah selesai makan..si dara membersihkan sisa-sisa makanan adiknya lalu terpandang si jejaka…lalu si dara senyum…

Si jejaka memberi isyarat untuk berjumpa di bawah..maka si dara pun turun tidak berapa lama kemudian.

Si jejaka memberi nombor telefonnya kepada si dara sambil meminta nombor telefon si dara..

Si dara berkata dengan lembutnya “orang takde telefon rumah

Si jejaka meminta si dara menelefonnya apabila ada kelapangan…di sebabkan abah si jejaka sudah di benarkan balik kerumah..maka si jejaka tidak berpeluang lagi menatap wajah si dara dari kejauhan…

Lagipun…umur membataskan pergerakkan dan pergaulan hanya nombor telefon menjadi pautan…

Beberapa hari kemudian si dara menelefon si jejaka, kemudian berborak panjang berkenalan dan sebagainya…

Kemudian si jejaka meminta diri untuk meletakkan telefon..si dara pula membenarkan..itulah kali pertama dan terakhir si dara menelefon si jejaka..

Kerana pada fikran si dara dia belum sesuai untuk bercinta memandangkan umurnya baru 14 tahun dan masih bersekolah juga tidak mempunyai duit sendiri untuk menelefon si jejaka hari-hari.. Yang ada hanyalah duit belanja sekolah emak beri. Bukan untuk telefon lelaki. Tidak sama sekali.

Si dara takut terjebak dengan perbuatan tak sihat jika si dara berkawan dengan lelaki…maka si dara melupakan jejaka itu…si dara menjalani kehidupan sehari-hari seperti biasa…

—————————————————————————————————

Jam 5 pagi..hantar emak ke kilang

Jam 7 pagi hantar adik-adik kesekolah

Balik rumah bersiap dan si dara pergi kesekolahnya pula, naik motorsikal arwah abah..

Letak motorsikal diluar kerana ketiadaan lesen, selepas habis waktu sekolah si dara pun merempit untuk menjemput adik-adiknya pulang dari sekolah..

Si dara pulang ke rumah, masak…mencuci pakaian..mengemas rumah…tepat jam 4 petang si dara merempit lagi untuk menjemput emaknya pulang dari tempat kerja..

Jika emaknya berkerja lebih masa maka si dara pun bertenggek lah selama mana emaknya berkerja lebih masa tersebut ..begitulah jadual si dara sehari-hari..

Hari berganti hari tahun berganti tahun..banyak kenangan dan kejadian yang terjadi dalam hidup si dara…

—————————————————————————————–
( cerita pendek di atas di tulis pada 11 december 2010 : jam 9.00 | sambung balik artikle ni di bawah pada 23 september 2012. )
—————————————————————————————-

Sehinggalah ketika si dara berumur 16 tahun..mana tahu si dara terjumpa kembali si jejaka di sekolah adik si dara, ketika si dara ingin menjemput adiknya pulang dari sekolah..

Si jejaka memperkenalkan diri..namun si dara telah melupakan si jejaka…si jejaka menyatakan bahawasanya si dara sombong kerana si jejaka ada terserempak si dara di stesen bas setahun yang lepas berbaju kurung merah dan si jejaka ada menegur si dara namun si dara tidak mengendahkanya…

Si dara pula mengelak…si dara memang tak ingat kejadian tu dan juga pada si jejaka…maka hari itu berlalu begitu sahaja….si dara tidak menaruh apa-apa perasaan pada si jejaka pada waktu itu..bagi si dara …

Si jejaka itu tidak hensem dan tidak menepati citarasa si dara , lagi pun kerja pencuci pinggan saja di kantin sekolah …..ada hati nak mengorat orang … ” bisik hati si dara.

Pun begitu terselit perasaan malu ya amat..sebab si dara seorang yang agak kasar dan susah di dekati mana-mana lelaki pun…

Maka tak pernah ada yang berani mengorat si dara kecuali si jejaka tu..Ini adalah sesuatu yang di takdirkan oleh ilahi…pertemuan yang terpisah 2 tahun lepas kini bertaut kembali..

———————————————————————————————

Hari-hari dilalui seperti biasa..menghantar dan menjemput adik dari sekolah menjadi rutin biasa bagi si dara..si jejaka pula kebetulan berkerja di kantin sekolah adik si dara..

Maka hari-hari si jejaka berpeluang mengorat si dara ada sahaja topik yang di buka untuk menarik hati si dara…sehinggakan si dara menjadi benci dan tak suka pada si jejaka…yang paling best adik-adik si dara lah…

Si jejaka ingin mengambil hati si dara melalui adik-adik si dara mereka senantiasa mendapat makanan atau minuman percuma dari kantin sekolah , kadang-kadang ada bungkusan cucur udang di bawa bersama …

cehhh si jejaka berani merasuah adik-adik aku ” fikir sidara …

Si jejaka selalu tanya , tinggal di mana ? .. sekolah di mana atau tidak sekolah ? .. dah makan belum ? namun semua tidak di layan.

ah pedulikan , malas nak layan ” desis hati si dara

Sehinggakan pada satu masa si dara terpaksa menerima kehadiran si jejaka di dalam hidupnya setelah Si jejaki tidak berhenti-henti mengambil hati si dara..

—————————————————————————————————-

Hujan semakin lebat , setiap petang si dara harus menjemput adiknya pulang dari sekolah , namun aktiviti tergendala dek kerana hujan . nanti basah kuyup pula.. esok takut tak boleh pergi ke sekolah .. jadi si dara menanti hujan reda dahulu … mana mungkin si dara membawa motosikal di dalam hujan lebat yang kelam.

Sidara hanya menanti di depan pintu…tiba-tiba muncul sebuah motosikal dan budak-budak turun dari motosikal tersebut . Budak-budak itu adalah adik sidara.

Alamak … kantoi dah rumah aku kat mana , budak-budak ni pun pergi tunjuk rumah aku buat apa .. “

Hendak tak hendak .. terpaksa lah senyum dan menerima kehadiran jejaka tersebut dengan muka kelat . Nak buat macam mana lagi perkara dah terjadi pun.

Emak bersuara ” sapa hantaq hangpa ni ? kak hang tak keluaq lagi ” .

Abang kay hantaq ” jawab adik-adik sidara.

Haaa panggil dia masuk minum teh , sejuk tu kena hujan sampai basah lenjun.. ipah pergi ambik tuala bagi kat dia ..” tambah emak lagi..

Si dara merengus … ” errr , hangpa pergi ambik tuala bagi kat dia.. malas aku .. hangpa baik sangat dengan dia.. nyampah lah ” tanda protes dan tak suka dengan perbuatan si jejaka.

Namun si jejaka senyum sahaja..

———————————————————————————————-

Satu hari .. si dara ternampak si jejak melepak santai dengan kawan-kawan nya . Demi untuk menyakitkan hati si jejaka dan untuk membuat si jejaka tidak lagi mengacau hidup nya si dara membuat perangai.

Sidara meminta untuk berkenalan dengan kawan si jejaka.

Tetapi si jejaka tak kiasah. Si jejaka terus kenalkan kawan si jejaka kepada si dara. Maka ada lah orang ketiga di antara si jejaka dan sidara.

Berkawan dengan kawan si jejaka pun membuatkan si dara terpaksa berjumpa dengan si jejaka. Namun bukan sebagai kekasih tapi sebagai sahabat.

Ok lah .. janji tak kacau aku.. ” kata si dara , kononnya rancangan berjaya.

——————————————————————————-

Si jejaka tidak pernah berputus asa. Si jejaka selalu datang melawat emak dan adik-adik , si jejaka selalu tolong emak , apa sahaja yang emak rungutkan si jejaka akan tolong.

Contohnya … emak merungut bil api tak bayar lagi.

Si jejaka laju je menawarkan diri untuk membayar bil.

Pelik betul kelakuan si jejaka ni. Tak pernah berputus asa . Sentiasa ada .. sehinggalah satu masa si jejaka diam… Si dara masih lagi bercinta monyet dengan kawan si jejaka tetapi melalui jarak jauh. Kawan si jejaka tua 3 tahun dari umur si dara . Beliau telah pun memasuki alam pekerjaan sebagai askar tentera udara. Sebaliknya si dara harus bersekolah di taiping .

——————————————————————————-

Semasa si jejaka diam , si jejaka telah merantau bekerja di klang . Dapat tahu pun dari kawan si jejaka saja.

Ok lah .. asal tak ada yang menganggu hidup aku..” kata si dara.

Itu sahaja niat hati si dara. Rasa lega jika tak ada yang mengekor setiap masa . Rimas rasanya …

Tetapi lama kelamaan , si dara merasa jemu pula berkawan dengan kawan si jejaka , setelah habis sekolah tingkatan 5 , si dara bekerja secara sambilan di kilang. Si dara terus meminta putus dari kawan si jejaka. Kawan si jejaka yang kesedihan meminta si jejaka memujuk si dara untuk kembali kepadanya , memandangkan si jejaka rapat dengan emak si dara.

Keputusan telah di buat , maaf lah .. memang tak ada hati sangat dekat kawan hang tu ” kata si dara.

Bagi lah sekali lagi peluang kat dia ” kata di jejaka.

Malas lah .. tak suka lah bercinta-cinta ni . ” kata si dara.

————————————————————————————-

Tak tahu kenapa , memang tak suka sangat bercinta , rimas di kawal oleh orang lain kerana si dara seorang yang amat berdikari. Tolong lah jangan paksa si dara buat apa-apa yang tidak di sukainya. Itu lah pendapat si dara. Tegas.

Selama 6 bulan si dara bekerja di kilang.

Kemudian si dara di terima belajar di tingkatan 6 , memang si dara tak nak memilih sekolah yang jauh-jauh kerana nak tolong emak , susah bagi emak jika tak ada orang tolong bawa emak ke tempat kerja dan menjaga adik-adik si dara yang empat orang tu.

—————————————————————————-

emak 23-1-2012

Seronoknya dapat sambung belajar , memang si dara suka belajar walaupun hala tuju tidak di rancang. Emak tersenyum keresahan. Si dara mengaku , emak seorang ibu tunggal yang kematian suami , dengan tidak di tinggalkan sedikit pun duit simpanan mahupun harta terpaksa menjaga 6 orang adik beradik amatlah sukar untuk membiayai persekolahan anaknya.

Si dara merupakan anak ke dua, masih ada 4 orang yang bersekolah. Kehidupan sangat terdesak. Namun si dara ingin sekalu mencuba untuk menyambung sekolah.

Baju seragam sekolah untuk tingkatan 6 bewarna pink emak telah beli . Buku-buku dan yuran emak masih belum beli . Cikgu di sekolah meminta beli buku sejarah beharga RM29.00 dahulu. Si dara meminta pada emak , hampir setiap hari..

alaa 29 ringgit je mak , tak kan tak de .. yuran tak pe lah nanti cuba minta biasiswa ” Kata si dara kepada emak nya.

Ke esokkan paginya .. emak pergi ke kerja seperti biasa. Si dara ke sekolah seperti biasa , emak memberi RM2 sebagai belanja dan juga tambang bas. Setiap hari memang si dara tidak mempunyai duit yang cukup pun sebenarnya. Tambang bas sahaja RM1.40 Setiap hari. Hanya RM0.60 untuk belanja minum . Makan tidak sama sekali.

Susah betul kalau hari-hari macam ni , dah 2 minggu sekolah , yuran belum di langsaikan lagi dan buku-buku pun tak beli lagi , macam mana nak jawab dengan cikgu ..” desis hati si dara.

Sedih mengenangkan nasib diri , selalu nampak kesenangan kawan-kawan. Membuatkan si dara malu dengan diri sendiri. Hubungan dengan kawan si jejaka dah lama di putuskan. Tinggal si jejaka masih mengambil berat kalau-kalau emak si dara memerlukan bantuan , kalau-kalau si dara perlukan si jejaka. Si jejaka sentiasa ada , yang kini menjadi tempat luahkan perasaan , sedihc .. kecewa dan hampa.. Namun si jejaka dan si dara bukan lah pasangan kekesih.

————————————————————————————

Setelah balik dari sekolah seperti biasa , jam menunjukkan dah jam 4 baru sampai ke rumah , tinggal di kawasan kampung , bas pun ada sejam sekali ..

Mandi dan bersiap untuk menjemput emak dari sekolah , mujur adik-adik dah besar semua pandai naik basikal sendiri , kalau tidak memang susah lah ..

Sesampai nya di kilang , si dara menunggu .. jika jam 4 tak nampak emak bertenggek di tepi-tepi jalan tu , maka maksudnya emak buat kerja lebih masa. Tunggu-dan tunggu … sehingga mak keluar , tetapi setelah 3 jam berlalu … pada hari tu emak tak keluar-keluar , lantas tanya pada kawan baik mak yang kebetulan lalu disitu ..

Cik pah , emak ada cakap tak di balik kul berapa dah pukul 7 ni , tak kan tak balik lagi ? ? ” tanya si dara .

La…. hang tak tau ka ? mak hang pengsan kat kilang tadi , depa dah hantaq mak hang ke hospital , tak de orang bagi tau ka ? ” jawab kawan emak .

Apa ? mak masuk wad ? tak tau pun .. si dara kini menyesal dengan kata-kata nya pagi tadi , memaksa emaknya membayar duit buku sekolah . Si dara lupa emaknya ada penyakit darah tinggi , tak boleh stress , si dara lupa kalau mak nya susah hati … ini lah akibatnya .. emaknya akan pengsan di kilang sewaktu bekerja , si dara menyesal kerana memaksa emaknya membeli buku sejarah .. menyesal teramat.

Si dara cepat-cepat balik kerumah , si dara hendak ke Hospital .. namun hari pun dah gelap , mana ada bas lagi hendak ke Hospital taiping tu .. buntu .. terpaksa menelefon si jejaka , mintak tolong hantar ke Hospital. Si jejaka yang kebetulan ada di kampung , bergegas datang dan membawa si dara ke Hospital. Jumpa emak …

Setelah jumpa emak , emak pesan ” nanti bawa baju/ seluar kecik mak , kain batik 2-3 helai , susu , gula , kopi , milo

Aii macam nak duduk lama je mak ni …kejap nak jumpa doktor dulu , tadi doktor panggil dah .. ” kata si dara pada emak .

Si dara pergi jumpa doktor , dan meninggalkan si jejaka dengan mak.

Setelah jumpa doktor , doktor bertanya .. “Emak kamu ada susah hati apa -apa ke ? ayah mana ? “

Ayah tak de , dah lama arwah , adalah kot emak susah hati kat saya mungkin , semalam saya minta duit untuk bayar yuran dan beli buku sejarah ” Kata si dara ringkas dan berterus terang, tak sabar betul nak dengar penengaran lanjut dari doktor , tentang kesihatan emak.

Tak senang duduk selagi tak tahu apa sebab emak selalu pengsan.

Doktor berkata “ Lain kali , jangan bagi emak stress , ini mak kamu dah teruk sangat , sikit lagi nak dapat penyakit gila , sekarang ni penyakit mak kamu di panggil Hipertension

Laa doktor ni , mak saya tak gila lah .. tak percayalah .. memandai je ” kata sidara merengus.

Ye lah tak gila lagi , mak kamu suka pendam perasaan , dia susah hati dia pendam sampai lah pengsan , kamu bayangkan macam mana ? tolong jangan buat mak kamu susah hati apa – apa , tak pun cari masa yang sesuai untuk cakap apa -apa kat dia. ” Kata doktor lagi.

Ye lah ” dalam hati bekecamuk , dan juga susah hati tengok keadaan emak . Tak ada apa lagi nak di cakapkan pada doktor tersebut.

Lantas si dara keluar mendapatkan emak kembali , tengok si jejaka tak ada .. kemana pula dia .. bagaimana hendak pulang dalam keadaan malam ni.

Lantas tanya emak ” mana kay mak ? “

Dia pergi kedai katanya tadi .. ” jawab mak ringkas.

Tak pe lah .. mintak 50 sen nak telefon dia kejap , nak balik ambik barang mak ni. ” pun masih minta duit dari mak , ye lah budak sekolah mana ada duit , duit sekolah pun cukup-cukup saja.

Si dara lantas menelefon si jejaka . ” Mana ? “

Kedai , kejap lah ..jap g sampai lah .. dekat-dekat sini je ” kata si jejaka .

Menanti lagi … sehingga 30 minit kemudian , si jejaka sampai dengan semua barangan emak yang emak minta , dia balik kerumah dan ambik pakaian emak serta beli semua gula , milo kopi mak .. membuatkan si dara terharu … terharu sangat dengan perbuatan si jejaka.

Kali ini si jejaka berjaya menambat hati si dara ,

hensem tak hensem tapi hati dia baik ” bisik perlahan si dara.

—————————————————————————————

Emak tinggal di Hospital selama lebih kurang seminggu , Si dara pergi ke sekolah sambil menjaga emak nya dan adik-adiknya .. kebetulan sekolah tingkatan 6 , Sekolah King Edwars 11 di depan Hospital Taiping sahaja .. balik dari sekolah terus singgah di hospital untuk tengok keadaan emak. Doktor nak monitor kesihatan jantung emak. Emak pun merengek nak balik bekerja dah , tak boleh cuti lama katanya.

Setelah seminggu , si dara pula demam panas .. ponteng juga sekolah selama seminggu … lemah dan tak berdaya .. nasib emak dah kembali stabil dan boleh bekerja seperti biasa…

Entah kenapa , setelah baik dari demam , si dara melupakan hasrat untuk kesekolah lagi. Tinggal sekolah tanpa beri surat berhenti . Panggilan untuk menjalani latihan bertubi-tubi singgah di kotak pos depan rumah. Semua si dara tolak..

Emak minta si dara belajar lagi walaupun sebenarnya emak tak mampu menyara si dara.

Si dara pula rasa bersalah kerana meminta duit yuran sampai emak pengsan dan di masukkan ke hospital .

Sangat-sangat rasa bersalah.

————————————————————————————————————–

Lantas tanpa fikir panjang .. si dara cakap pada emak..

Ipah tak nak pergi sekolah dah nak kerja je , mak jangan risau lah ye .. mak jaga kesihatan mak je ” ..

Lantas luahkan perasaan pada kay , stress juga , apa yang kita hendak buat tetapi tak boleh buat .. kesian pada emak menjadi kan perasaan serba salah untuk meneruskan sekolah. Rasa nak kerja saja. Asalkan emak tak susah hati ke si dara. Itu fikiran si dara pada waktu itu.

Si jejaka menghidangkan dua soalan pada waktu itu . ” Nak sekolah lagi tak ? “

jawab si dara ” tak nak dah … ” memang malas hendak pergi ke sekolah mana-mana pun bila memikirkan emak.

Betul betul ke tak nak sekolah dah ? ” tanya si jejaka lagi.

kita kawin nak ? ” kata si jejaka.

erk .. tanya mak ” kata si dara kemudian nya.

————————————————————————————-

( 23 / September / 2012 : jam 11.45pm | Tengah ralik menulis , si suami yang dulu si jejaka dah pulang .. alamak , cepat-cepat katup laptop , takmau bagi dia nampak lagi )

( 24 / september / 2012 : jam 12.23 pm | sambung menulis , sambil minum teh tarik .. jap je lepas tu nak hantar anak ke sekolah 🙂 panjang berjela ak-kisahnya .. )

———————————————————————————————————————–

nikah

Tarikh yang tidak dapat di lupakan : 17 / 6 / 2003

(Kelakar betul tengok gambar ni , apa yang di ketawakan entah … )

 Kemudian , terjadi lah agenda bertunang , bernikah dan sebagainya .. pada mulanya .. famili sebelah si jejaka memang menolak untuk mengahwinkan kami kerana masih muda.. muda sangat ..bayangkan umur si dara baru mencecah 18 dan si jejaka 20 ? siapa yang hendak kawinkan anak pada usia begini , harta tidak sempat di kumpulkan jasa emak belum lagi di balas. Tetapi emak sebelah si dara suka pula bila anak nya di sunting oleh si jejaka , emak si dara berkenan sangat dengan si jejaka …

Perancangan manusia tak sama dengan takdir tuhan. Walaupun sebenarnya merancang hendak bertunang selama 3 tahun , tetapi di pendekkan menjadi 8 bulan sahaja. Entah bagaimana … orang kata kalau dah jodoh ..semua nya pun terjadi cepat saja. Sekelip mata terjadi , tak pernah terlintas di fikiran nak berkahwin muda.

Satu ayat keramat dari arwah ayah mertua ” dah kawin blah ” arwah ayah mertua pada waktu itu di serang sakit angin ahmar , nak bercakap susah orang nak faham , semua dia guna kan singkatan sahaja .. Namun .. si dara dan si jejaka faham .. arwah ayah inginkan perkahwinan ini kekal dan tidak bergantung harap pada orang tua. Hidup lah sendiri di perantauan dan sebagainya , asalkan tidak menyusahkan orang lain , kerana kahwin muda ini pilihan diri sendiri .

puanbee

Dengan hantaran RM5,500 .. kenduri di buat meriah di sebelah pengantin perempuan , tetapi masih ala kadar dan kenduri bergotong royong di sebelah pengantin lelaki .. meriah sungguh di hari persandingan , dengan pertunjukkan silat dari adik ipar , dengan tangisan anak saudara dan suara sorak tawa saudara mara.

Ini lah kisah ku .. bagaimana ibu bertemu ayah kamu ….

Dedikasi kepada anak-anak .. harap satu hari nanti diorang nampak dan baca entri ni….

———————————————————————————————————-

( oh sudah 12.40pm masa hantar anak sulung ke sekolah ..umurnya dah pun mencecah 8 tahun , hasil perkahwinan dengan si jejaka , anak di kurniakan 3 orang puteri .. walaupun tak kaya harta , tapi kaya anak dan bahagia ..cukup lah … 🙂  nanti sambung letak gambar pula , entah bila enrti ni boleh siap … lalala ~ )

( 24 september 2012 : jam 2.25 pm baru balik ambik anak nombor 2 pula si husna tu  ..  sambung balik mengarang dan edit serta tambah gambar apa yang patut 🙂 )

 ———————————————————————————————

 ( Jam   3.08 pm pada 24 september , baru siap mengarang .. gambar dalam album ..kusam tapi masih boleh bercerita … dulu-dulu tak de kamera digital sangat ..layan … boleh lah hantar ke contest anjuran Kujie2.com bersempena ulangtahun perkahwinan beliau dan suami , Tahniah di ucapkan , doa saya untuk kak kujie , semoga perkahwinan bahagia ke akhirnya ..di limpahi barakah dan rezeki tidak terhingga amin )

2 dalam 1 = tulis sehabis baik untuk tatapan anak-anak dan juga contest .hik2 ..

Comments

  1. sweet sungguh si kay nie.pandai amik hati bakal mak mertua.hehe..kisah yg sgt manis,tak sgka bee kenal sejak hingusan lg,mmg kawen betul2 muda..Alhamdulillah dikurniakan anak2 yg comel n semoga bahagia selamanya..:)

  2. Hantaran rm5,500 masa tu pun dah kira tinggi. saya kawin tahun 2007, jumlah hantaran saya lebih kurang sama dgn akk. bukan tak nak mintak tinggi, tapi takut tak cukup duit bila dah kawin nanti…hihihi..apapun moga Allah panjangkan jodoh akk dgn suami..amin..

  3. Pendedahan yang betul betul berani….!!! (nada mcm iklan mee segera tu ye…)

  4. suka baca kisah ni.. dan tahniah bee..sbb dah menang contest ni..

  5. touching la cerita awak…
    saya rasa nak nangis pun ada nih..

    terharu dengan keikhlasan seorang lelaki nak menambat hati wanita..

    moga berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat hendaknya.
    insyaAllah.
    aamiiin.

  6. Memang betul lah kata orang, kalau nak anak, kena pikat emaknya. Sweet lak kisah bee n hubby. Jadi orang laki ni memang kena sabar kalau nak memikat. Kalau paksa-paksa memang melepas lah 🙂

  7. mak ai panjangnya baca separuh je.. nanti esok2 sambung lagi hehe.. seronok juga baca kisah lama ni, mengingatkan kembali masa bercinta dulu

  8. Kak Long Mawar Merah :

    Seronok betul baca kisah cinta si jejaka dan si dara ni. Akhirnya kesabaran dan keikhlasan si jejaka berjaya membuka pintu hati si dara.
    Semoga berkekalan dan bahagia selamanya.

  9. Jodoh memang Allah yang mengatur, manusia hanya berikhtiar.
    Ihktiar laki-laki yang benar-benar berjuang tiada kenal lelah dan mendapatkan ending yang manis, mendapatkan gadis pujaan hatinya

  10. wah…hampir setahun menulis….kata orang ganu….mavless..hebat sungguh hebat nukilan cik puan tentang perjalanan rutin harian pertembungan dgn si jejaka.

  11. seronok baca cerita ni… terimaakasih bee kerana berkongsi cerita

  12. hahaha..dah agak dah…mula2 baca dan tgok gambar abag kacak kat atas tu, memang dah tahu..itu suami puanbee..haha..sungguh indah corak cinta kamu berdua yer..hehe

  13. Wah menarik cerita yang disampai. Aduhai saya hampir lupa dengan contest yang dianjurkan oleh kak Jie. Selamat berjaya kepada Puan Bee dengan penyertaan contest ini.

  14. Fotonya cantik sekali mbak, semoga langgeng dengan suami sampai kakek nenek ya 😀

  15. Wowww!! Lama tu tempoh perkenalan Dara ngan Jejaka ye, bermula dengan jeling menjeling dan siapa sangka jodoh bertaut 🙂

    Good Luck Bee 😀

  16. panjangnya cerita… tp best..boleh jadi cerpen…. 🙂 moga berkekalanhingga akhir hayat ye…n Good luck utk contest K.Jie…

  17. bee..kak sun sorang je lahir sane ..adk2 lg 7 org sume lahir kt mlake..pasai abah askar btugas kt mlake..so da jd org mlake le..he3

    • oh patut duduk melaka sekarang ni ye …. bee memang asal sana .. suami walaupun asal sana tp ayah dia askar , di lahirkan ni negeri sembilan pulak ..

  18. HEBAT Sungguh Percintaan yang dilalui oleh Puan Bee!, Apa yang penting ketulusan Hati Seorang Lelaki itu Sendiri. Handsome Belakang Kira! Mudah2an Kekal Keakhir Hayat Setelah apa yang dilalui.

  19. panjangnyee entri.. malam nanti la baca kisah dara dan jejaka

  20. tq..comey la bee..bee..kak sun dlu lahir kt spital taiping..he3..moga jodoh bee bkekalan smpai ke akhir hayat..amin..

    • oh ye ke ? anak2 bee termasuk bee di lahirkan di Hospital Taiping , gagah balik kampung utk beranak sebab nak kekalkan memori tu hiks..

      amin ..doa macam tu memang nak sangat ..

  21. clap3x… nis baca tak lompat2 baris pun taww…

    gitu kesahnye yer…

    nis xd ekesah sgt, maklum le kawin pilihan abah…

    skolah king edward taiping ropanya… baru je lalu aritu, g makan cendol Bismillah :p

    • hehe good ..perasan tak nis dah komen di bawah , itu masa bee buat perenggan atas dulu , pastu tk sambung dah .. ni baru terlintas hati nak sambung citer balik ..

      cendol tu jalan kaki sikit je g makan sana .. sebelah hospital jugak ..

  22. khayal layan kisah benar ni. moga jodoh pbee dan en.kay berkekalan sampai akhir hayat. juga banyak kisah dan teladan untuk orang2 mudo diluar tu.

    • kalau nak cerita cabaran kawin muda ni macam2 , bermula dari sebut nak kawin sampai lah beranak2 pinak .. macam2 hal ade.. tapi takpe lah.. dah takdir ..

  23. he3..kak sun mmg follow blog bee..cume jarang komen je..menarik cite ni..leh wat novel..ala post la skeping dua..yg bee upload td x nmpak muka bee..he3..

  24. Best citer…kak sya baca penuh khuysuk bila la si dara nk panggil se jajaka dgn nama si kay…hik3

    • dulu2 sampai dah nak kawin baru panggil abang .. masa tunang stil panggil nama ..hehee .. maklumlah bukan bercinta dengan dia ..

  25. amboi..panjangnye cite..da jodoh..mmg xleh lari kemane ek..jgn lupe post gambo time kawen ek..

  26. honeyvsbee :

    @Eliyana la ni muda lagi yana..hahah

  27. honeyvsbee :

    @Ummi Hanie eiii…sukanya..

  28. honeyvsbee :

    @sarah-najwanhaha eh si dara dan si jejaka punya story lah kak..

  29. hehe! sweetnyer…kisah zaman muda ke bee?

  30. Ummi Hanie :

    haa..betoi kata kak sarah tuu…ni mesti leb stori bee n hasben…auww…so touching ;p

  31. sarah-najwan :

    ni kira love stori yer bee..love stori mama papa eh..hehe

Trackbacks

  1. […] Kenangan indah buat anak-anak ku […]

Speak Your Mind

*