Kenangan di Kota Belanda , Pulau Pangkor

Kenangan lepas di Kota Belanda , Pulau Pangkor .. cerita dah lama pergi tetapi baru ada mood nak menulis coretan kenagan peribadi ni. Simpan buat koleksi  di blog . Semasa ke Pulau Pangkor saya bawa seorang anak saudara .. tu lah dia di dalam gambar di bawah. Berbaju putih .. dan 3 orang lagi gadis jelita di atas meriam adalah anak-anak saya .. 3 orang bernama Nurul.

Di dalam perjalanan ke Pulau Pangkor saya telah pun booking hotel di Teluk Nipah . Dan seterusnya  menyewa sebuah kereta untuk menjelajah Pulau Pangkor tersebut. Tempat lain yang boleh di jadikan tempat persinggahan di Pulau Pangkor antaranya ialah Kilang Satay , Foo Lin Kong Temple dan juga Batu Bersurat .  Selain menyewa kereta anda juga boleh naik Teksi / kereta sewa yang terkenal dengan warna uniknya .. Van bewarna pink . 🙂

2013-03-27 14.14.59

 

Sejarah Kota Belanda 

Bila dah sampai baru la bersemangat nak membaca sejarah di sebalik tempat tu .. Kalau nak masuk exam pun boleh lulus nih … 🙂

Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.  Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.

Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi.  Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah.  Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak.  Untuk itu orang-orang Belanda pernah mendirikan loji untuk menyimpan bijih timahnya pada tahun 1651 tetapi telah dimusnahkan oleh para pembesar Perak yang menentang dasar kuasa monopoli Belanda itu.

Baca lagi di — >  http://www.arkib.gov.my/kota-belanda-pulau-pangkor1

2013-03-27 14.22.00

Di atas meriam .. ramainya anak … 

2013-03-27 14.28.03

Pandangan dari jauh … 2013-03-27 14.30.18

Nurul Husna .. di belakang nya ada sedikit penerangan mengenai Kota Belanda.. tapi panas ya amat .. cepat-cepat ambil gambar dan cari tempat teduh ..

2013-03-27 14.32.01

Sebahagian yang masih tinggal .. di sebelah kanan ada kedai Souvenier .. tak singgah pun .. saya bercuti jenis bajet .. Keluar belanja kepada benda yang perlu-perlu sahaja..

2013-03-27 14.34.48

Unik .. kereta sewa / teksi di Pulau Pangkor semua nya bewarna pink …

2013-03-27 14.35.06

Sempat menjamu selera pekena Jelly Kelapa .. sempat sembang dengan abang di situ ..

” Abang .. best tak tinggal di Pulau ? Hasil Laut mesti murah kan ? “

” Hasil laut tu memang murah … tapi barang keperluan lain seperti beras dan gula tu memang mahal .. ye la nak beli barang kena naik Feri tu .. tambang je berapa , kos letak barang dalam feri lagi ..  , kos kita nak pergi beli barang bila sampai di Jeti lagi .. “

Oh betul juga ,tak terfikir pulak saya .. patut la mahal sikit makanan di sini ye ..

Tau tak pe dikkk .. 

Itu la kisahnya ..saya yang duk fikir seronok je , susah tak nak fikir kan .. bila dah sembang sikit dengan abang tu baru la terfikir .. Hurmm .. biasa tak semua tempat senang , tak semua tempat susah ..

Semua ni di jadikan kenangan dan koleksi peribadi. Lain kali tengok boleh tersenyum sengih seorang diri.

32 Comments

  1. Syakir 28 September 2013 Reply
  2. Ummi Hanie 27 May 2013 Reply
  3. raudzah 26 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 27 May 2013 Reply
  4. hubtips 26 May 2013 Reply
  5. Juan 26 May 2013 Reply
  6. Abdur Rozak 26 May 2013 Reply
  7. ProfHariz 25 May 2013 Reply
  8. nza 25 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  9. akubiomed 24 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  10. HafizAmri 24 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  11. diana 24 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  12. Rina 24 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  13. Bidadari 23 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  14. dennis 23 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  15. Denaihati 23 May 2013 Reply
  16. titan 23 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  17. Izzuddin Fauzi 23 May 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 May 2013 Reply
  18. Alin Marlini 23 May 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.