Kempen Senyum , Tapi Tak Nak Senyum

Share

Hari ni , agak lewat nak berkepit dengan blog , maaf ye peminat sekalin yang berapa kali datang dan hampa sebab tak hupdate blog? perasan .. wakakak .. tak de lah .. hari ni punya lah saya letih bagai nak pengsan rasanya ..

Kempen senyum sedang berlangsung di klinik kesukaan kami , hahaha..

kempen senyum di klinik

Tapi kami tak nak senyum hokey .. baby dari semalam meragam , muntah , tak boleh tidur sebab demam panas .. so .. pagi tu saya hantar kakak , balik buat kerja rumah , masak bagai , basuh kain baju muntah si laila yang melambak ibarat kedai dobi tu ..

Jam 10.30 am tu hantar una ke tadika , dia pergi mengaji dulu , lepas tu baru masuk kelas jam 11.00 am , lepas tu ambik si kakak lak ..

sambil bodek , angry bird

sambil bodek , angry bird

Bawak baby g klinik , dalam 11.30 am kan , tunggu punya tunggu di klinik tu , dah dekat nak kul 1 pm , time kakak nak kesekolah , lepas ambik ubat semua balik rumah , siapkan kakak lak ..

Hantar kakak ke sekolah , lepas tu si pakcik (adik bee) kalut ajak pergi kedai potong rambut , memandangkan dia tu kerja susah nak ambik cuti , layankan , lagi pun dia baru je datang dan tinggal dengan saya .. masa pakcik potong rambut , tukang gunting rambutnya perempuan , perghh body mantop , anak 4 sudah .. umur pun 34 .. terus saya rasa semangat nak diet lagi ..

Lepas pakcik dah siap potong rambut , ambik una ..

Pergi pejabat pos untuk poskan hadiah pemenang bebel untuk contest gadjet impian dan juga surat khabar sinar harian tuk kak mimi dan zie fauzi , maaf ye semua lambat sikit , agak susah nak ke pejabat pos jika anak-anak dah mula sekolah ni , nasib baik hari ni ada pembantu nak tolong pegangkan baby hehehe .. tu yang di gagahkan juga untuk ke pejabat pos. Saya dah balut punya lama barang-barang tu , cuma masa je tak de yang sesuai untuk ke pejabat pos.

tak nak senyum tau ..

tak nak senyum tau ..

Lepas tu , saya mengidam roti canai , dari pagi duk terfikir nak makan roti canai , masa bawak baby pergi klinik memang nak makan roti canai , last bila pergi kedai semua tutup dah , sebab dah lepas 12 tengah hari . Siap dah order air tu , elok mintak roti canai dia cakap tak de, 3 buah kedai saya cari roti canai tau … sampai terliur lah duk fikir roti canai je ..

una dah berselera makan

una dah berselera makan

Nasib di tecso ni ada roti canai … pejabat pos dalam tesco juga .. so makan ler dengan una yang dah memang peminat roti canai juga ..perghh layan.. Una dah kurus kering lepas demam dan muntah2 seminggu lepas , tengah nak naikkan berat badan una semula , sedih tengok anak-anak tinggal tulang ni , masa ni kakak dah pergi sekolah , so tak da cerita kakak ek ..

baring di kedai makan

baring di kedai makan

Baby asyik baring je , di kedai makan baring , di klinik baring siap bawak kain batik .. buat macam rumah sendiri ek .. hahah .. lantak lah .. oppss lupa , masa pergi klinik , jururawat yang memang dah kenal dia tegur kali pertama tengok baby..

“eh diam je hari ni , tak nak nyanyi-nyanyi ke ?”

haha kelakar lak , baby kalau sihat nyanyi je manjang tak kira tempat ..

contoh bila nampak baby lain yang kecik-kecik tu , dia akan berdiri dekat baby tu , sambil tepuk tangan sambil nyanyi Tepuk Amai-amai Belalang Kupu-Kupu .. versi dia lah , dengan pelat-pelat dan ada lirik yang lupa dan ditokok tambah , atau di mana-mana naik kerusi berdiri sambil nyanyi lagi Cik Baba dan Cik nyonya , tu orang boleh kenal dia ..

baring lagi

baring lagi

Kat rumah lak , orang nak tengok kartun , dia pun nak tengok tapu tak larat nak duduk dan angkat kepala , susu pun tak laku dah …. biasa cepat je habis ..

Oh baby , cepatlah sihat .. dalam demam mintak angry bird , siap order kat ayah tu .. esoklah beli ..kesian lak tengok dia gitu ..

 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

39 Comments:

  1. kesian kan bila anak2 demam…

  2. sian kan anak2 klu dmam2 mcm tu ler … jd kurus .. sedey rase

    hihihih … minat nyanyi yer .. itu tanda sehat kan … lantakle depa nk bising2 pun asalkan sehat

    yeayy … bee dah pos hadiah 😉

  3. kesian baby dan una..aiman pun teruk kali nie demam.pagi tadi muntah2..semalam kena inject dengan doktor..sbb batuk dia berlarutan lama..klu dibiar mmg tak kesudahan kata doktor. ubat pun dah byk masuk badan dia.kesian tgok..kutu risau dia asma je sbb MIL dan en suami mmg ada..

    comel je baby suka nyanyi..dpt kutu bygkan kecomelannya..una lepas nie mkn byk2 bg chubby macam aiman..aiman nie klu demam susut sikit,pas demam kuat makan balik.serupa ja chubbynya.haha..

  4. demam angry bird baby laila rupanya. kesian.
    mudahan cepat sembuh.

  5. Hectic habisla PnBee. Sapa kata suri rumah tak penat kan…

  6. Ibu Mifzal Arsyad

    alahai sian bee…mmg penuh jadual seharian..tambah anak x sihat lg la rs x senang duduk

    tinggi nya tv..semua kena mendongak tgk…:)

    • TV tu saja buat tinggi , tk kasi diorang tengok dekat2 , tapi kalau duk jauh sikit , atau atas sofa tk ler tinggi sangat ..

      budak2 ni tv besar mana pun nak juga tengok dekat2 , nanti mata rosak susah

  7. siannya baby.. mcm tu lah bila anak2 demam & tak larat.. terbaring jer dia..

    semoga cepat sihat yer baby..

  8. alahai kesiannya Baby….moga cpt sembuh.
    Sory Bee akak blm sempat pos cenderahati Bee..sibuk sgt2 skrg..nnti keaDAAN reda akak pos yer….

    p/s: Bee, knapa ek iklan kt blog akak boleh hilang…blur jap.

  9. budak² kalau demam memang mcm tu la. nak baring je .. kesian

  10. tu dia sekali post punya panjang lebar.. 🙂
    harap baby akan kembali tersenyum seperti selalu..

  11. Tingginya letak TV sampai mendongak. 🙂

  12. semoga sihat semuanya..kalau baby sihat baru lah tak pusing kepala tu kan..semoga baik2 buat keluarga puanbee..

  13. Salam Bee,

    Mudahan Baby cepat sembuh amin..sedih betul kalau anak2 tak sihat ni, hope dapat angry birds besok hilang demamnya 🙂

    sedapnyaa dia makan roti canai, banyak kalori tau hahaha *saje nyakat*

  14. Alahai..busynya Bee… Tambah baby lak demam.. lg bertambah busy kan.. moga cepat2 la baby baik demamnya ye…

    btw,dah pos ye…lusa atau tulat sampai la kot… 🙂

  15. Alahai kesiannya baby, nampak sangat tak larat tu..
    Ummi doakan baby cepat sembuh, bee pun jaga diri jugak ye, jaga budak2 sakit ni penat jugak kan bee…

  16. kesiannya baby tak sihat…nampak sangat wajah kelesuan dia tu..semoga cepat sihat…boleh nyanyi2 sakan..

  17. Kesiannya… beri minum air zam zam jer bee.. sapurkan pada kepala
    muka dan badan.. kalau panas sgt beri minum air kelapa + sikit limau
    nipis.. insyaAllah reda..

    selawat shifa kat umbun2 dia.. mak kalau tiup kat kepala anak cepat baik..

    • bee dah beri air kelapa , masa kul 3 petang kelmarin , sampai malam juga tk muntah sangat leh tahan ..

      hari ni dah okey nora , alhamdulillah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *