Kek Pelangi + Cream Cheese Bukan Kek Aurora

Sebenarnya , saya tak tahu nak letak nama apa kek ni , mula tercipta bila kak yan tunjuk link blog kak ina KL gambar kek auroranya , terpegun dengan warna-warna yang ada pada kek tu , saya memang malas nak mebanking kalau di ikutkan sebab kedudukan Oven agak tersorok susah nak ambik dan guna.

Tapi tiba-tiba mood rajin datang , terus ubah kedudukan dapur tu sikit , sikit je pun dan pastikan oven saya di letakkan di tempat yang mudah nak di capai dan di gunakan bila perlu , lepas tu terasa teringin nak membakar kek.. maka tercipta lah kek ni.

kek pelangi cream cheese

Petang tadi lepas hantar kakak , saya singgah di carefour nak beli barang sikit , si baby pula mintak kek pelangi di kedai kek , beli lah sepotong untuk dia , bukan main selera baby makan kek tu , tak sampai hati sebab dua anak lagi tak rasa kek tu , so saya buat.

kek pelangi cream cheese sepotong

Kek yang baby makan , kek pelangi dan ada lapisan cream cheese , tapi saya agak tidak rajin nak buat selapis demi selapis , so buat je macam ni , cream cheese tu letak je terus dalam adunan tepung.

bukan kek aurora

Resepi kek Coklat lembab saya tu jek , saya ubah suai sikit ..haha boleh gitu ? Malas betul nak cari resepi sebab dah penat ngemas dapur tu yang main hantam jek.

lepas tu mula lah berdoa macam-macam dalam hati , macam cacing kepanasan , takut kek tak jadi .. nasib jadi ..dari segi rasa memang sangat sedap dan warna memang menarik. Tapi kek ni merekah di atas dan agak mendap di bahagian tengah bawah tu. Jadi mesti ada tak kena tu.

laila dan una

” ape nak ? meh ela otong “

terjemahan buat sendiri .. haha

Tapi resepi ni saya simpan dan nak cuba kurangkan beberapa bahan dan tengok cantik ke tidak rupabentukmukabumi kek itu.

Tak perlu letak resepi lah , tk berapa nak cantik jadinya … baik ambik kat blog orang yang memang dah pandai tu.Kebetulan kak yanmie , buat kek aurora pada hari yang sama yek .. dap dap dap .. (maksudnya sedap)

22 Comments

  1. budakserius 13 March 2012 Reply
  2. alenn 9 March 2012 Reply
  3. akubiomed 8 March 2012 Reply
  4. Adibah 8 March 2012 Reply
  5. ummiross 8 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 March 2012 Reply
      • puanema 9 March 2012 Reply
  6. kakngah 7 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 March 2012 Reply
  7. puanbeeAuthor 7 March 2012 Reply
    • Azie 8 March 2012 Reply
  8. Ummi Hanie 7 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 March 2012 Reply
  9. Denaihati 7 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 7 March 2012 Reply
  10. Juan 7 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 7 March 2012 Reply
      • Azie 8 March 2012 Reply
  11. zie fauzi 7 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 March 2012 Reply
      • zie fauzi 8 March 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.