Kek coklat minyak lembab di kukus sukatan cawan

Kek coklat minyak di kukus menghasilkan kek lembab dan sedap. Saya gunakan sukatan cawan .. ianya lebih mudah dibandingkan guna penimbang. Resepi yang sama saya telah kongsikan di blog ini berkali-kali. Setiap kali buat mesti ada perubahan sikit cara hias nya. Bila beli rasa tak puas makan. Buat sendiri insya- ALLAH berulang-ulang makan.

kek coklat

Coklat tu sengaja di limpahkan begitu , anak – anak suka .. layan kan je lah selera anak-anak. Saya sendiri sejak dah terbiasa dengan diet atkins , kurang sikit makan benda manis. Minum air nescafe dengan 2 sudu gula sehari pun dah rasa bersalah sangat. Jadi saya cuma rasa sesudu je lah kek coklat saya ni.

kek coklat 2

Cara untuk buat kek coklat kukus lembab dan menggunakan minyak ada di bawah. Kalau tengok dalam gambar di bawah saya letakkan gambar cawan. Itu lah cawan yang saya gunakan untuk sukat semua bahan kecuali susu dan telur. Rata – rata rumah puan mesti ada cawan tupperware tu kan ?

kek coklat 1

Bahan-bahan untuk membuat kek coklat lembab

  1. 1 Cawan Air Suam
  2. 1 Cawan serbuk coklat
  3. 1 Cawan Minyak Biasa (jika nak sedap lagi boleh tambah minyak jagung atau minyak matahari)
  4. 1 Cawan Gula
  5. 2 Cawan Tepung
  6. 1 Sudu Baking Powder
  7. 1 Tin susu pekat manis
  8. 4 Biji Telur

Cara Membuatnya :

Step 1 :

Campurkan serbuk koko dengan air suam dan kacau rata ketepikan.

Step 2 :

Pukul telur , minyak , gula , tepung dan banking powder sehingga kembang dan bewarna keputihan.

Step 3 :

  • Gabungkan bancuhan step 1 dan step 2 di atas dan kacau rata , setelah itu masukkan susu pekat manis dan tuang dalam bekas
  • Kukus selama 45-50 minit ..Semasa kukus pastikan wap tidak terjatuh atas kek , lapik kain pun boleh ..
  • Acuan kek untuk IKG , cawan yang di gunakan mesti lah bersaiz separuh tin susu pekat manis tu ..

Untuk topping seperti dalam gambar :

  • Saya hanya masukkan 5 sudu serbuk coklat , 5 sudu gula dan sedikit air lalu kacau di atas dapur , gunakan api yang perlahan sahaja , Kacau sehingga pekat dan melekat sedikit barulah di curahkan ke atas kek.

Terima kasih kerana membaca.

Show 9 Comments

9 Comments

  1. Khamsi Abdullah

    sukat2 pakai cawan ni yang saya suka. Senang.

  2. alamak lama dah tak baking kek coklat..tiba2 rasa rindu pulak..
    nampak sedap dan moist sangat kek coklat akak..

    • hihi nak tahu ? kek ni je paling senang nak buat … kukus ciktom bukan bakar ..akk lagi suka kukus dari bakar

  3. afi

    Sy suka bab2 kek ni, kek tu boleh x kita bakar dlm oven.

    • boleh ..tp jd kering sikit lah ..kadang2 sy malas keluarkan periuk kukus saya bakar jek kek ni .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.