Kek Coklat Kukus Lagi !

Dua jenis masakkan yang kakak minta dan teringin nak makan , tapi bukan di beli .. dia nak ibu buat sendiri .. ye lah dengan keadaan ibunya yang kelam kabut letih sehari-harian memang tak sempat lah nak masak meriah-meriah lepas tu jemput ramai orang untuk menyambut hari jadi kakak.

Zaman sekarang tak macam zaman dulu , sekarang zaman orang tak duduk diam , ye tak ?

Tapi buat juga lah masakkan yang diminta tu, cuma tak tepat pada tarikhnya je lah. Kakak mintak ibu buat kek coklat dan spageti. Spageti tu nak belanja kawan-kawan dia , so buatlah juga.

layan gambar yuk ..

baby laila
baby laila
una
una
kakak
kakak

bahagian dalam kek coklat kukus

Kalau tengok gambar bahagian dalam kek ini dengan bahagian dalam kek di entri lepas , ada sedikit kelainan , kek dalam entri lepas lebih lembab dan padat isinya , tapi yang di atas ni kurang padat , lembab sama jek ..sebab saya tambah satu sudu serbuk penaik menjadikan 2 sudu serbuk penaik. Gituuu .. kot ada yang tanya hehehe . Resepi ada di link bawah ..

3 beradik menikmati kek coklat
3 beradik menikmati kek coklat

kek coklat kukus di hias

Semua ni anak-anak yang hiaskan , tabur je apa yang ada .. hehe .. kek di atas letak coklat cip di atasnya .. manakala kek di bawah saya letak coklat cip dalam kek .. memang terasa coklatnya tu ..dalam bekas kecik tu untuk ayah , nampak tak bentuk apa tu ? layan ..

kek coklat dalam bekas
kek coklat dalam bekas sesuai untuk berniaga

ok .. ingat nak letak gambar spageti sekali , tapi nanti jek lah ye .. mcm terlebih muatan gambar je .. haha maklum ler anak dah ramai , kalau tinggal gambar salah sorang rasa lain macam jek ..

Yang dalam bekas tu simpan untuk anak sedara , diorang suka makan kek.. dalam bekas kecik tu simpan untuk ayah depa le.. memang pujian bertimpa-timpa , kembang ..serius lepas dapat pujian rasa nak buat lagi hahaha .. tapi masa tak cukup yek…

Kalau nak resepi kek coklat ni boleh lah klik link di bawah , ramai yang tanya resepi ni .. bagi kaum lelaki tu ..try jek ..resepi ni paling senang , nampak je macam susah .. kalau susah saya tak buat hahaha .. kek yang susah-suah tu pergi terjah blog Yanmieonline .. geram tengok kek-kek di blog dia.

Tengok anak suka kita pun suka. Tu jek lah harapan ibu.

Resepi Kek Coklat Lembab Yang Benar-Benar Lembab

Search

Comments

  1. Emm sedapnya.hehe
    budakserius recently posted..Kaki Judi Gigit Zakar Anak Hingga PutusMy Profile

  2. wahh sedapnyer…
    mama pipie recently posted..Kena Kuarantin.. HFMDMy Profile

  3. Bersusah payah si ibu membuat kek untuk kakak. Tentu terasa puas apabila anak-anak suka akan kek ini.

    Mana hendak cari tembok untuk menangis? :-)
    akubiomed recently posted..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

  4. nak buat..nak buatt….waaa….~ tp bahan xcukup sokmo…

    gitulah bee, bangga rasa kan bila anak2 mintak ibu sndiri yg buat

    nis ni anak dah 5,mmg xselalu dpt letak gmbr depa semua… kecuali mmg kisah aktiviti berjemaah lah.. ;)

    p.s: kak yati dah emel bee kan?
    Ummi Hanie recently posted..Dingin Lavenda Episod AkhirMy Profile

  5. kek pertama aku buat.. kek kukus coklat la.. kagum adam hihhi!!
    kakngah recently posted..AA0108481My Profile

  6. Kek tu sgt sedap sampai senget kepala laila :)
    azman recently posted..Pesanan Untuk BapaMy Profile

  7. huh..leh naik berat badan makan hari-hari camni. haha..
    ohcikgu recently posted..Video jaringan gol Bahrain belasah Indonesia 10-0!My Profile

  8. kalau pergi terjah blog Yanmieonline bukan dapat rasa pun. bau pun xdapat…ha ha
    Denaihati recently posted..Honda Insight edisi baru lebih hebatMy Profile

  9. kek fav akak mas..nyum3
    maya mustwany recently posted..BIRTHDAY PARTY GENG FEBMy Profile

  10. Banyaknya coklat..
    Jobless Girl recently posted..Graduate Architect/DraughtsmanMy Profile

  11. aduh terliur tp skang feel nak membaking agak menurun.makanya besday aiman 20hb nie tempah kt kedai la jawabnya..(mmg tiap2 taun beli pun) hehe..
    puan kutu recently posted..Sokongan Korang Diperlukan!My Profile

  12. Sodap nyer P.Bee! Azie nak try buat Kek Coklat, Sana Sini Semua buat kek, Terliur dah huhuhuu. Malam ni try buat Kek Coklat ntah jadi ker x?
    azie recently posted..Pokok Bunga Jenis BerdaunMy Profile

  13. choiiii.. naper ler tunjuk kek cekelat.. baru nak tahan seminggu tak mkn.. sob sob…
    nurmisnan recently posted..TOSHIBA PROTEGE Z830 ULTRABOOK ULTRA SLIM ULTRA LIGHTMy Profile

  14. wah sedapnya….tringin nk buat ttp xjadi2 akibat kesibukkan melanda + xde mood……
    nza recently posted..Kepenatan Terubat.My Profile

  15. hantar sikit ke france kak..huhu..
    bardboo recently posted..Mengidam Nak Pakai Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

  16. wah wah, dah konfirm la budak budak suka dengan chip chip coklat tu
    hmm sedapnya. nak sikit :P
    caenz recently posted..Sinopsis & Trailer Filem Bunohan 2012My Profile

  17. Sedapnya.. Terliur…. Di time2 cuba nnk diet ni
    Mama adam recently posted..Weekend Bagi AdamMy Profile

  18. Ya Allah sedapnya…
    rasa lapar lah pulak..
    boleh tak puanBEE hantar kat umah saya?
    fakhruddin recently posted..Pemain Kelantan FA dapat iPhone 4SMy Profile

  19. anak suka, ibu pun suka…. zie pun suka jgk Bee.. Lepas je tengok pic kek ni kat FB, keluar tu je terus terjah kedai kek.. dapat la sepotong untuk hilangkan rasa terliur mak buyung ni… :)
    zie fauzi recently posted..Berhujung Minggu di Rope Walk Lorong Kulit, Pulau PinangMy Profile

  20. sedapnya..=) nak sikit~
    sharul recently posted..Le Tour De Langkawi (MELAKA)My Profile

  21. Sodap tu… :D Siap ada kaler-kaler atasnya. Meriah! patutla anak-anak suka :D
    anif recently posted..Kegagalan Sistem BaratMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge