Kecoh Anak Dara Pilih Kasut

Nak dekat dah kan , anak-anak dah kecoh bila ibu nak beli baju raya semua ni , tahun ni tema kelabu dan hitam , punyalah payah nak cari baju kurung hitam dan kelabu untuk budak-budak yang dah siap dengan design terkini , memang tak de , asyik baju kurung cotton biasa je untuk budak-budak tak best lah .. ehemm sapa kenal blogger jual baju kurung kanak-kanak boleh lah tinggal url kat sini PB nak shopping 3 pasang tapi mesti mau warna kelabu dan hitam je ..

Ok sediakan troli besar-besar sikit nak shoping katakan .. ehekk.. last2 pilih kasut je berjam-jam mana sempat nak beli baju bagai , pergi pun lepas buka puasa , time lain ayah sibuk !!!!! pilih punya pilih last -last jaya jusco pun buat pengumuman kedai nak tutup dah kecoh sungguh ..

Kedai pertama singgah kedai bata ni . Tapi tak beli kat situ ekekek .. Bata buat sale .. beli 3 pasang kasut dan kasut ke – 4 dapat potongan 50% , bagi PB mahal juga .. ye lah PB bukan orang ber ada- ada , beli ikut mampu lah .. kasut-kasut disitu semua 39 ++ .. satu tak pe nih 3 pasang nayaaaa….kami beli dalam JJ tu , tak mahal sangat bawah 30 je semua hehe.. jimat !

Pening juga melayan anak dara bertiga ni , sana ibu ! sini ibu ! lama-lama ibu pung kiok kat situ , yang ayah depa sakit perut buka puasa makan kat kedai mamak apa tak nya , last2 Ibu nya kena pilihkan kasut kat anak-anak nih sendiri
tahun 2011 ni memang terasa , kakak dan una dah besar memang nak pilih sendiri , tak main lah ibu pilihkan .. yang si baby lak tak menahan diri , tak sabar , baru nak cuba kasut kakak , una panggil , baru nak cuba kasut una , baby panggil ..pening sugguh ..

Last-last inilah hasilnya .. baby dan kakak sama design ,cuma kaler lain2.. haha entah kakak cakap kasut tu mcm canggih sikit ada zip kat belakang , baby tak kisah sangat asal dapat baru je , si una yang paling kuat melaram , mula-mula nak kasut tumit .. ala-ala cinderella tu , ayah depa tak bagi pakai kasut tumit bagai kang raya nak masuk kampung , jalan pasir bukan jalan tar .. pastu una nak kasut ada bling-bling ayah depa tak kasi juga , tk elok kata ayah .. pastu una nak kasut yang warna nya omakehhh merah ..ayah tak suka juga .. pastu dia pilih kasut hitam tapi tetap nak glmmmerrrr ada bunga2 reben2 juga kat atas tu .tapi tk nampak dalam gambar tu rebenya kan .. .wehhh anak dara gini lah ye…

ayah beli sandal , dah lama ayah tak tukar sandaal dan ibu ???? tak beli pun hahahahhaa… tak rasa nak beli kasut lak raya tahun ni

sekian,
kisah anak-anak ibu coretkan buat kenangan …

Search

Comments

  1. Memanglah pening membeli kasut untuk anak2 yang masih kecil tetapi bila mereka dah dewasa nanti itu adalah kenangan manis buat mereka dan kita.
    Siti Kepoh recently posted..KasutMy Profile

  2. kita dapat bayangkan bee time kat kedai kasut tu. hahaaa. alangkan oni yg kecik tu pun, mama sana, kang tak sempat nak try mama sini. hahaaa sudahnya mak dia tak beli juga. oni pun blm beli kasut raya lagi. hrmmm.

    • memang ch@ , semalam bee soping baju raya , ambik letak .. ambik letak ..last hentam je tarik mana suka .. tengok saiz dan harga .. janji ada baju baru lah ch@ .. mak-mak tk kisah sgt …

  3. Ramainya anak dara. Boleh booking sebab anak saya semuanya lelaki :-). Ini mesti beli kasut yang bertali dan bertumit
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #8 – Jampi pujuk anak nangisMy Profile

  4. tu blom lg da besa..nt bile da ank dare,lg nk begaye..hehehhee
    Nurain Binti Hisham recently posted..aku!My Profile

  5. bEe 3 beradik teratas semua perempuan
    Mmg agak kecoh jugaklah bila beli brg2 :-P

  6. haizz. bes ye leh shopping dgn anak2… lambat lg nk kawen ni. haha
    ub3y recently posted..Selongkar Tema Hari Kebangsaan MalaysiaMy Profile

  7. hoho..shopping la pulakk..

  8. best kan shopping bila anak dah besar2…hehehehe….

  9. Salam.
    biasalah tu kan kalau anak dah besar karang lagi susah dan pening mak bapak nak cari baju raya untuk dorang. :)
    Baju Kurung Budak recently posted..Baju raya harga borongMy Profile

  10. hahahaha…
    baru 3 tu kak.. xde terfikir nak bukak akaun baru ke? :)
    amm adli sorang pon dah kalut dh.. bila sampai 3? mmmm……
    ammboi recently posted..MOTOGP 2011 | ZULFAHMI CATAT KEPUTUSAN MEMBANGGAKANMy Profile

  11. dah besar dan comel2 anak kak bee..hehe…mesti seronok kan layan kerenah anak2..nak kahwin jugak…hehehe…
    cik tom recently posted..Tips Memilih Pasangan Hidup LelakiMy Profile

  12. jgn pitam sudah sgt faham2 bila sama2 membesar2 apatah lg bila sama2 pakat pajat2 selongkar2 :D

    Selamat raya adik2 , dari angkel :P
    shah recently posted..Kelebihan AdsenseMy Profile

  13. comeynye budak bertiga ni. boleh jadi model. kasut pon cantek2 mesti diorg tak sabo nak raya ni kan
    mama pipie recently posted..Pink Muslimah StoreMy Profile

  14. hehehe camnie le ragam anak2 kalu soping ek. nie br soping kasut ek blom lain2… tp senanrnya time nak raya anak2 yg paling seronok dan gumbira kan puanbee (ala orang dewasa pun seronok jugak hehehe)…

    • yang lain2 belom lagi , dah byk survey tapi tk jumpa yg sesuai lagi … tu lah kak.. anakseronok ..kita seronok gak tp seronok nak jumpa famili di kampung nuh

  15. Hehee..
    3 3 heroin, memang diorang nak penampilan cantik & bergaya la :)

    Comel anak2 ibu :)
    Myra Jay recently posted..Juadah berbuka @LumutMy Profile

  16. wah.. shopping raya nampak..
    saya belum lagi shopping ni..
    Mus recently posted..Tambang Murah – Whale Of A Sale AirAsiaMy Profile

  17. suka sandal baby..putih cantik
    Lela-Lelord recently posted..Perhatian Semua!!My Profile

  18. Ummi Hanie :

    tomei2 ank dara bee …

    ank2 dara nis masih mengikut jer cakap nis, kami ni jenjarang masuk kedai kasut .. tp raya thn ni nis berazam nk blanja ank2 dara kasut raya best sikit..yg bujang2 tu bior abah deme belikn..hehhehe

    xsabor dah ni nk terjah kedai kasot !! :p
    Ummi Hanie recently posted..Video klip & Lirik Nasyid “Healing” Sami YusuffMy Profile

    • psstt kasut anak2 bujang lagi mahal dr kasut gegirl kan .. eh bee pun jarang2 setahun sekali beli kasut jalan , selipar tu tengok keadaan kalau dah usang sgt beli je lah .. ajar depa jimat nis.. tu yg bila nk raya depa seronok sgt dpt benda baru yg susah depa nak dapat :)

  19. “adoii kesian kat ibu..tu la akk dulu lagu tu gak la..sekali bawa ank pi shoping 5 org sekaligus..sampai hilang ank lam supermarket tu..melilau dok carik..last2 rupanya dok nyorok kt area situ jer..skrg ni baru rasa lega ank2 dah besaq sikit..cantik kasut depa..akk pun suka beli yg simple cam gini jer sbb senang nak pakai..kesian ibu,awatnya hang tak beli bee?”
    pia recently posted..Puasa 13,14…My Profile

    • lorh 5 org lagi payah nk jaga , ni tiga pun depa main aci nyorok dah kak.. tak terkejar dibuatnya .. bee tk rasa nak beli kasut tapi nak beli benda lain … ekekek

  20. haha meriah ada anak dari tiga org..nk memebeli apapun mesti kelam kabut.tambah2 anak dara nie kuat melaram..kutu tak soping lg nie.hehe..
    puan kutu recently posted..GA Sapa Nak Shawl Nie?My Profile

  21. seronok kan layan kerenah anak2 bershopping ni..tapi yang paling tak tahan kalau yang cerewet..adess
    ayujamal recently posted..Perahu kecil dah hampir bocorMy Profile

  22. tiga anak membesar memang seronok melayan yer bu…

  23. hahaha, sabar jak la
    kak lang recently posted..Berhenti BerharapMy Profile

  24. tak best la shopping dengan ayah…
    semua tak boleh..
    ekekekkeke…
    diana recently posted..Maisara:senyum…My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: