Magfiraht travel

Kebaikkan menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri

Saya menaip entri ni di dalam sebuah pengangkutan awam yang di panggil KTM komuter , ini kali ke dua saya menggunakan komuter. Kenapa kali ke dua sepanjang 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur ? sebab nya saya selalu naik kenderaan sendiri lah LOL .

Tetapi … setelah di renung-renung kan , ada banyak kebaikkan naik kenderaan awam ni , tambah-tambah lagi kepada sesiapa yang kurang bersenam tu.

Antara kebaikkan kenderaan awam dari sudut pandangan saya

1 : Kita akan banyak mengeluarkan peluh dan bergerak , naik turun tangga sudah lah pasti , berlarian – larian anak lagi. Jika menggunakan kenderaan sendiri , kita lebih rileks , ada air cond dan langsung tidak membantu dalam pembakaran kalori tubuh badan.

2 : Semasa didalam pengakutan awam kita tidak di benarkan makan dan minum , apatah lagi merokok secara tidak langsung ianya membantu menjaga kesihatan , dan juga membakar kalori lebih banyak.

3 : Jika ketika kita memandu , kita sentiasa akan mengalami stress tahap gaban dek kerana jalan rasa yang sentiasa sesak dengan kenderaan lain , manakala jika kita menaiki kenderaan awam kita boleh pejam kan mata seketika dan rileks , lapangkan otak.

Cukuplah tiga kebaikan di tulis , destinasi saya telah hampir :) daa~

20120707-114505.jpg

Dalam KTM :)

Search

, ,

27 Responses to Kebaikkan menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri

  1. razfira 1 August 2012 at 11:20 pm #

    yg plg penting x payar pikir nak parking mane and duit parking yg mahallll.. peace!!
    razfira recently posted..Lirik Lagu I Won’t Give Up by Jason MrazMy Profile

  2. ch@ 14 July 2012 at 7:27 pm #

    aku adalah manusia tegar menggunakan kenderaan awam sehingga mendapat anak pertama. malah, skrg ni kalau dpt naik bas dan LRT pun best sebab boleh keluarkan peluh tambah2 dh byk yg memberi keistimewaan kpd pengguna wanita. skrg ni, tmpt kerja aku takde LRT dan bas yg sampai. tmpt jin bertendang.
    ch@ recently posted..Hijaucantik 3rd Giveaway.My Profile

  3. hafizmd 10 July 2012 at 4:11 pm #

    3 point ni rasanya dah cukup utk kita utamakan pengangkutan awam..terbaiklah!

    p.s-tips ni boleh jugak utk budak2 guna utk buat esei…best =)
    hafizmd recently posted..Oh! Ayam Panggang…My Profile

  4. Hazmin Hamudin 10 July 2012 at 8:43 am #

    dah terpikat dengan KTM Komuter ke kak? hehe.. tapi kalau dapat naik koc baru tu baru best.. siap ada cerita tom n jerry lagi. hehe
    Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Ladies OnlyMy Profile

    • puanbee 10 July 2012 at 1:44 pm #

      Haha memang ada citer tom n jerry tu , akk masih teruja , kali ke dua naik KTM ladys koc hehe

  5. syahrilhafiz 10 July 2012 at 12:41 am #

    ahaha, segan la pulak satu lagi nak menaip..
    oh lupa.. mak beranak 3 ni guna iPhone la :D
    syahrilhafiz recently posted..Tips Atasi Masalah Laptop OverheatingMy Profile

    • puanbee 10 July 2012 at 1:46 pm #

      haha segan pe benda , taip aje

  6. akubiomed 10 July 2012 at 12:07 am #

    Rasanya kalau saya hendak naik komuter tidak praktikal kecuali kalau perjalanan tanpa henti-henti kalau tidak naya punch card merah. Adalah lebih baik menunggang motorsikal ke tempat kerja.
    akubiomed recently posted..Floria Putrajaya 2012 bersama famili siri akhirMy Profile

    • puanbee 10 July 2012 at 1:47 pm #

      yup utk lelaki memang tak suka naik komuter , tp dulu sy kerja menang baik lrt lebih 8 stesen ok je hari2 awal

  7. Denaihati 8 July 2012 at 9:49 pm #

    tak mustahil komuter, lrt dan monorail jadi pengankutan utama negara, negara maju dah lama jadi pengangkutan utama. dengar cerita kawan duduk jepun, sampai berlarian diaorang ke station utk pi kerja.
    Denaihati recently posted..Kelajuan Mengorbankan Orang LainMy Profile

  8. Ikhtiar Shah 8 July 2012 at 6:46 pm #

    memang banyak kebaikkan dari segi kesihatan dan dalaman diri kita.yang penting tidak stress dengan kesesakkan lalu lintas.hehe
    Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

  9. Kak Jie 8 July 2012 at 10:17 am #

    Selalu , kerap sangat gunakan Komuter
    kami 3 beranak pergi balik rm 32
    bila dikira bab bersesak-sesak macam oven bergerak ( kena naik masa puncak )
    berdiri sepanjang perjalanan 1 jam ,

    last-last keluar ayat – ‘baik mama bawa kereta’ minyak tak sampai rm 10
    hehehe…. kalau sendirian atau dua org oklah
    kalau sefamily – tiket lagi mahal
    Kak Jie recently posted..Sesi Bertemu Jiran Tetangga Di SekolahMy Profile

  10. Kak Long Mawar Merah 8 July 2012 at 9:58 am #

    Kak Long pun sedang berfikir sama ada nak memandu atau nak naik kenderaan awam sahaja ke Seminar Jom Kurus hari ni. Tapi bila dah baca entri ni, terus semangat nak gunakan kenderaan awam :)
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Buli ke Dera?My Profile

  11. Ax 8 July 2012 at 1:38 am #

    dah lama tak naik public transport sebab malas nak bersesak dengan orang ramai.
    Ax recently posted..Gambar: Di Sekitar Majlis Pernikahan Ella & Azhar Ghazali, Teluk GadongMy Profile

  12. Jebeng Otai™ 7 July 2012 at 10:28 pm #

    yg bab stres sbb jem tu mmg setuju la..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Samsung Galaxy S3 Meletup Ketika DicasMy Profile

  13. transformed hw 7 July 2012 at 9:24 pm #

    sy hari2 naik LRT pergi kerja. Mmg bagus dr segi 3 kebaikan yg P. Bee cakap tu. Tapi ada jugak keburukannya macam:
    1- kalau dah bersesak2 sgt, akan terbaulah mcm2 bau.
    2- kalau yg mengandung (mcm sy sblm ni) ada yg boleh buat tak tahu je duduk kat tempat yg dikhaskan tu dan tak bgn utk kita pun. huhu
    3- kalau tersangkut bila pengangkutan tergendala, terlambat sampai kat tempat kerja. tak pasal2 kena marah dgn bos walaupun bukan salah kita.
    4- brg2 kita kena selalu jaga sbb ada juga kes org mencuri dan mencopet.
    5- ada juga kes kena raba. (sy tak pernah kena – mungkin sbb org tak berminat dgn mak org ni (alhamdulillah) tapi yg anak2 dara tu ada yg terkena)

  14. boni kacak 7 July 2012 at 7:20 pm #

    saya pulak spesis tak reti nak naik menatang ni. kalau naik gerenti sesat..hehehe
    boni kacak recently posted..Gadis-Gadis Gatal Tegur AkuMy Profile

  15. Naurah Alwani 7 July 2012 at 2:45 pm #

    Jarang guna pengangkutan awam.. sebab pergi mana-mana pun semuanya berhantar dan berjemput. Lalala~ :D
    Naurah Alwani recently posted..Filem Spirited AwayMy Profile

  16. anif 7 July 2012 at 2:18 pm #

    :D Tapi kalau kena naik hari-hari tentu muak! hehe..
    anif recently posted..Kadar Pinjaman Asas (BLR) Kekal Untuk Suku Ketiga 2012My Profile

  17. dennis 7 July 2012 at 1:13 pm #

    SETUJU. Dulu kini dan selamanya…pengangkutan awam tetap menjadi pilihan utama…. (walaupun..)
    dennis recently posted..MAHA INTERNATIONAL 2012My Profile

  18. Ejulz 7 July 2012 at 1:11 pm #

    xyah pk jem.. hehee
    Ejulz recently posted..Nisfu SyaabanMy Profile

  19. Blog Asyraf 7 July 2012 at 12:43 pm #

    Banyak kebaikannya jugak ya.. Boleh keluar peluh tu yang best dengar tu ehehehe :D
    Blog Asyraf recently posted..Jiwa Taiko Tak Sesuai Ditonton Oleh SayaMy Profile

Trackbacks/Pingbacks

  1. Syarat Mohon Kad Komuter 1 Malaysia - KTMB | Puanbee.com - 19 October 2012

    [...] P/S : Yang paling bagus guna cara Kad diskaun Komuter 1 Malaysia ini adalah kelebihan berpihak kepada warganegara MALAYSIA sahaja..  Banyak kelebihan naik komuter .. jom tengok [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge