Kayuh Itik Di Taman Tasik Taiping

Kayuh Itik Di Taman Tasik Taiping

Dah lama dah ni cerita kayuh itik di Taiping ni , tapi nak juga cerita di blog , rindu Taiping la .. rindu suasana rumah mak , rindu nak balik sana.. tapi apakan daya ..  hati tak senang kalau balik suami tak ada disisi. Jadi nya di keheningan malam yang panjang , anak-anak dah tergolek tidur , saya belek gambar lama ni .. alahai sayunya rasa hati .. kena pula cuti sekolah 4 hari ni. Tak ke mana-manakan ..

Korang mesti sibuk balik kampung ye tak ? jem sana sini lah nampak kawan-kawan facebook update .. puanbee tak berani tempuh jem dengan 4 orang askar.

Ok .. la start cerita Itik Taiping lah ek .. tengok gambar di bawah ada rupa itik ke ? bagi saya lebih kepada swan , tapi orang Taiping dan biasa panggil itik .. pun tak pa la .. dari kecil sejak umur 7 tahun dah kenal yang tu itik bukan swan ..

IMG_4751

Taman tasik Taiping tersangatlah cantik permandangan nya .. ni  gambar sebelah tasik sahaja , kalau rajin pusing ambil gambar semua bahagian , memang sangat cantik lah .. di sini ramai yang menjadikan salah satu tempat untuk para pengantin bergambar , kalau ada pengantin yang nak kayuh itik tu lagi rare lah .. buat pula tengah kayuh tu kena kejar dek biawak .. sangat manis nak kenang sampai anak cucu. Oh belum pernah pengantin kayuh itik lagi rasanya .. kebanyakkan mereka suka begambar di bawah pokok bahagian lain.

IMG_4745

Siapa yang stress boleh lah buat macam puanbee kat atas ni , datang untuk lepas kan stress kononnya .. eh cik kak .. nak kayuh ke nak tidur .. rugi bayar duit .. RM12 untuk satu itik kayuh selama setengah jam .. eh nak panggil apa itik ni eh .. kategori bot ke sampan ? ermmm ..

IMG_4740

Emak pun ada waktu ni , mak sporting kayuh itik ..  mak suka excersise .. tengok je macam tu .. hehe …

IMG_4770

Dalam tasik ni tak ada buaya , tapi banyak biawak .. tak boleh tahan kalau tengah santai-santai kayuh itik tu kena kejar dek biawak , biawak tu tak gigit .. dia follow je dari belakang .. tapi dup dap .. dup dap … mana lah tahu kalau dia menyerang kita ala-ala anakonda ke ..

IMG_4771

Saya memang suka tengok gambar ni .. belakang tu adalah Bukit Maxwell , Berkabus sejuk je .. di kaki bukit maxwell ada air sungai .. sangat sejuk , nyaman dan ramai orang ..femes sangat dan sesuai untuk famili mandi manda , free .. tuh penting .. untung nya jadi orang Taiping ..dan kalau boleh saya nak duduk Taiping je .. uhux.

IMG_4772

Ni adik ipar dan anak nya .. Tengok Bukit Maxwell lagi .. atau nama melayu nya Bukit Larut  .. ALAHAI .. terimbau kenangan … dulu siap bawa adik-adik ( bukan adik saje .. pakwe a.k.a suami  yang sekarang ni .. pun .. ) mendaki bukit larut berbekal kan air dan roti canai .. naik ikut jalan pintas .. ya ampun .. kuat juga stamina puanbee dulu-dulu eh .. sekarang sejengkal pun tak lepas .. tapi memang teringin nak mendaki lagi , tunggu la anak-anak dah besar.

IMG_4773

Antara pasuka tak boleh blah .. kayuh pergi laju , kayuh balik lambat .. Anak-anak dengan anak buah  .. sampai kena turut lah .. bayar untuk setengah jam .. mana boleh kayuh sampai sejam .. alaa lagi pun korang tak sampai sejam mesti kaki dah krem ..

IMG_4777

Eh .. ni puanbee semasa beberapa bulan lepas .. gemuk sikit .. sekarang dah kurus sikit .. Allhamdulillah . usaha untuk kuruskan badan agak berjaya .. ehemmm …

IMG_4791

Anak dara … tak perah naik basikal .. ibu dia dulu tak larat dah kayuh basikal macam ni .. siap naik basikal besar ada palang di tengah tu .. menyeget je .. hihi teringat lah pula …

Sejarah Taiping 

Taiping diiktiraf sebagai bandar warisan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan 31 bangunan dan tempat di bandar itu sebagai tertua di Malaysia.

Menurut catatan sejarah, bandar Taiping yang nama asalnya Klian Pauh, telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1880-an kerana daerah ini kaya dengan bijih timah di sekitar Sungai Larut.

Sebelum kedatangan British, Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut, iaitu Dato’ Long Jaafar yang diberikan kuasa oleh Sultan Perak untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Bijih timah yang menjadi sumber bumi yang mahal di Kelian Pauh menjadi rebutan sehingga menimbulkan pergaduhan dua kumpulan pendatang dari negara China, iaitu Hai San dan Ghee Hin. Setelah dua kumpulan itu berdamai, Taiping yang bermaksud “aman” atau “damai” dipilih sebagai nama baharu bagi Kelian Pauh. Taiping menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937. Selepas itu, Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana kedudukannya di tengah-tengah negeri Perak.

OK … dah habis dah … kalau rajin meh baca entri Muzium Taiping pula … klik link 

 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

4 Comments

  1. cantiknya tempat taman tasik di taiping..

  2. aritu bawa anak2 main playground TTT di pagi hari… hihi best takde org sgt.. sejuk pulak lagi tu

    trserempak juga sepsg pengantin bergambor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *