Kasut Dr Martens – INDICA

Kasut Dr Martens jenis Mary jane memang dah lama masuk senarai wish list nya pun  , sepatutnya ini kasut raya .. tapi lambat sikit pergi beli sebab suami tak balik raya. Tapi tak kisah la , asalkan suami ku itu tunaikan janji dah la. Hari tu berpenat lelah shopping baju anak sesorang , Dia janji nak belanja la apa kita nak sebagai reward gitu.

dr marteen 2

Saya cuma boleh pakai design ni jek , design lain agak kecil di bahagian depan , boot high cut memang tak sesuai la , sebab kalau boleh nak yang cepat sarung dan jalan. Eh anak lagi 4 orang nak di sarungkan ko..

Size pun dah tak ada di mana-mana mall di malaysia ni , seller tu call semua butik dia yang ada berdekatan dah. Stok pun ada satu je yang display tu. Geram nya la .. Tapi ambik jugak walau pun display punya .. hati dah berkenan sangat …. kalau tak ambik melepas lah.

dr marteen 3

Suami suruh ambil hitam , aku engkar … suka merah lagi dari hitam. Silap hari tu beg beli warna coklat muda , kalau beli merah kan ngam .. saya ni jenis susah nak membeli untuk diri sendiri , kena orang belikan baru lah best. Hahaha .. i is kedekut .. kasut pun memang dah bertahun tak beli.

Korang percaya tak wujudnya perempuan macam saya ni ? ya percayalah .. Saya akan beli satu  , yang selesa dan tahan lasak .. lepas tu tak beli dah ..

Tak caya tengok la ..dalam blog ni  , last beli wedges dari zalora . Lepas tu selipar biasa di tesco .. masih pakai sampai sekarang ..
dr marteen

Puas hati sangat sangat dapat sepasang kasut Dr.Martens ni , harap selesa dan di pakai selalu , jangan di simpan udah la ye .. pesan suami ku .

Bila pegang macam berat  , dah pakai sedap je rasanya . Dalam pun ada lapik lembut.

Nak beli sepasang untuk syamim , suami berkenan sangat boot Dr Martens Kids jenis high cut , dah sarung , syamim tak mau jalan. So cancel la beli , takut juga dah beli dia tak nak pakai , sapa nak pakai .. rugi  ….

Syamim je la belum ada kasut raya , ayah nak belikan timberland , sampai ke sudah tak jumpa design yang ayah berkenan. Takpa .. ibu dah dapat .. nanti kita cari untuk syamim pula.

Comments

  1. Cantik nyee kasut merah tu, saya suka haaaa

  2. boleh dijadikan panduan membeli hadiah untuk awek2 bini2 mertua2 ni

  3. selesa ke? saya pun cari kasut for my mother. kaki dia dah bengkak, harus cari kasut yang depan besar. hari tu cari di crocs dan hush puppies takde yang berkenan.

    • selesa .. tp berat sikit .. kalau nak beli bawa mak skali .. kena cuba .. sbb kasut leather ni pelik sikit .. ngam sgt tk boleh , longgar sgt tk boleh.

  4. wah..cantiknya kasut… nampak selesa sangat .. 🙂

  5. Ani percaya Puan Bee sebab Ani pun begitu juga. Beli 1 pakai sepuasnya

    Cantik! 😀

  6. Comel kasut, nampak lagi muda belia bila maknye yang pakai 🙂

  7. Cantik kasut warna merah ini.

  8. fuhh… kasut berjenama youu…. cantik2

    samalaaa kita kasut raya merah mak ngah tahun ni… tp nis tebiat beli yg heel wedges… haha… janji yg tersayang belanja tak gitu….

  9. Love doc mart’s product since I was in high school. I think I’m going to buy it for my kids. Thanks for sharing Puan Bee.

Speak Your Mind

*