Kasut budak comel-comel

Share

Tahun ni saya shopping dengan semua ada diskaun .. Anak-anak asalkan dapat baru je dah puas hati sangat. Kecil lagi kan , tak pandai jenama-jenama melainkan kita yang ajar dia berjenama. Tahun ni budak gegirl berdua tu nak kasut tinggi sesaja , dari awal bulan puasa sampai ke hari nak membeli asyik cakap nak kasut tinggi. Saya tak suka sebenarnya budak-budak pakai kasut tinggi . Macam tak elok aje …

kasut budak

Kasut baby dan una (gambar bawah) sepasang RM24 , beli 2 pasang dapat RM40 .. haa ..tapi comel kan ?

kasut budak

Kakak ada diskaun 20% saja , kurang pilihan dah sebab pergi beli minggu terakhir ramadhan ..

design kasut cantik-cantik

Gambar di ambil waktu malam … mode manual dan guna DSLR (masih belajar nak mintak orang komen , komen betul2 hikhik… )

Korang dah shopping ke ? saya belum habis lagi sebenarnya , tudung anak-anak dan untuk mak tak beli lagi , saya beli kasut dan tempah sepasang baju kurung untuk diri saya , simple sangat tahun ni … untuk anak-anak je beli lebih sikit , sebab diorang memang sehari salin baju raya 2-3 pasang ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

40 Comments:

  1. siti aishah bt abd aziz

    tak ada ke disinge kasut terkini untuk dikongsi ??????

  2. Pingback: Kasut budak comel-comel » Oh Gitu Ke!

  3. alahaiiiii sweetnya….. cantik-cantik belaka….

  4. kasut si kakak nampak comel. merah tu pun cantik jgk.

  5. lawa lawa kasut nih

  6. selamat eidulfitri buat puanbee sekeluarga.. lama nampaknya bercuti raya..

  7. balik kampung, sempat borong jersey.. wakaka

  8. pengumpul lirik lagu

    comelnya kasut tu yer πŸ™‚

  9. memanglaa..budak le ni..haha

  10. Emm kasut kaum perempuan memang banyak pilihan..yang lelaki tak ada pilihan mana..hehe..mujur juga sebab aku tak beli tahun ni buat raya..huhu

  11. Pingback: Selamat Hari Raya Aidilfitri

  12. Habislah anak dara puan Bee sudah demand mahukan kasut tumit tinggi sempena Hari Raya. Kalau minta dengan paknya tentu dapat tanpa banyak soal.:-)

  13. Suka la anak-2 tu ya..hehe..saya baru beli baju Melayu semalam πŸ™‚

  14. ala…comelnye kasuk kanak2 pompuan… smoge ade rezki sy dpt anak pompuan juge nanti bile2…hehehe… geraamm tgk baju2 dorg.. ;p

  15. berbeli semasa sale sgt menjimatkan
    tp ada juga sale yg tak sale, bukan? huhhu
    dah beli baju anak2, baju ibubapa, baju sendri blom,…wawawa

  16. wah..memang comel ler…

  17. bee, kasut yang merah tu cantik sangat! Mesti tak sabar anak2 bee nak pakai kan πŸ™‚

    Selamat Hari Raya Bee, maaf zahir dan batin…..

  18. warna pink n merah memang warna yg anak perempuan minat. kena pulak bila berjalan keletak keletuk…heee

  19. budak-budak perempuan. memang suka melaram.

  20. cantik2 kasut tu bee, tak sabar kan nak tengok anak2 bergaya di hari raya. Bila tengok kasut budak2 ni, nostalgialah pulak, dulu masa ummi ada kedai, ummi pun jual kasut kanak2 bila masuk Ramadhan, bila dekat nak raya memang tak menang tangan menjual. Tak sangka, bila online berniaga batik sarong pulak, hikhik!!

    • Ummie jual kasut ? dah tu apa jadi ? sukanya jual kasut sebab saya suka kasut hahaa …

      tak sbar nak ambil gambar diorang di pagi raya …

  21. adik perempuan beli dah, kalah mak.. semua nak kasut tinggi, paham2 je lah harga, bukan nak kemana pun sangat kan.. biasa dah nak meningkat remaja kot, abamnya belum shopping lg ni πŸ˜€

    • itu lah dia , pakai cantik2 bukan kemana pun .. hihi tu akk tk beli apa sgt untuk diri akk , kasut tu terpaksa beli sbb dah koyak .. tak kemana pun ke ceruk dapur je

      tapi budak2 seronok dapat baru , kalau diorang tak dapat kesian lah , nanti mata terbeliak2 tengok sepupu2 diorang pakai yang baru2

  22. Ibu Mifzal Arsyad

    Tgk kasut ni br teringat kasut raya boboy akak pun x beli lg…kena la pi cr nnt.

  23. wahwah cntiknye melaram kasut raya nnti…

    nis pun dah settle bab2 kasut ni… baju je rasa masih belum settle.. plan nk beli online, pun x menjadi pulok… ingat esok nk serbu le pusat pakaian hari-hari tu sekali lagi. weee…. utk baju biasa pulak(baju kurung, baju melayu udah cukup)

  24. Amboi3.. sumer dah beli kasut, Aunty Nora jer blm beli tau.
    Guna kasut lama jer.. hik3.. Nanti jgn lupa update baju raya
    dipagi raya..

  25. Girls kan suka melaram jd princess. Tu yg minta heels tu. Comel2 kasut tu.

    Saya pun xde kasut raya. Pakai kasut kerja sahaja la kot. Hihihi. X vogue sungguh kan? Janji utk adam semua ada. Utk mak dia, xpe lah. Hihih

  26. kak jie pun dua tiga kali raund belum jumpa kasut yang intan berkenan
    ada yang dia suka, kita pula tak berkenan
    yang dia nak, kita pula ada seribu satu alasan

    dulu2 kasut dapar rm 29.90 skrg ni dah tak jumpa di bawah rm 30

    • haa tu nasib sorang je anak perempuan kakjie , kalau tiga acaner ya ?

      sekarrang dpt lagi , 24 ringgit , beli 2 jadi 20 ringgit saja heee

  27. πŸ˜€ Anak perempuan memang mahukan yang comel-comel!

  28. gerammm jer tengok kasut dan baju anak2 perempuan, ndaknya kaler pink…

    • tak de kaler lain lah kak , semua kebanyakkan pink , baby tu kalau tak nak ambil pink juga , tp tk de saiz nasib baik , sbb baju dia pun pink , akk nya tidak baju warna lain hikss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *