Kasih Alia Semakin Hot

Hari-hari tak miss pula saya menonton drama kasih alia ni , drama ini mula jam 7 waktu tu juada berbuka dah pun dihidangkan sementara menuggu tu mesti menonton drama ini dulu , kalau saya terlupa si aliya di rumah ni yang perasan tu akan ingatkan .. mentang2 nama nya ala-ala tajuk drama tersebut kan ..

Sedih dah perjalanan hidup si alia (bila besar jadi watak fida ) yang kecil tu , boleh mak tirinya (lakonan shile rusly ) tinggalkan mereka di jalan chowkit tu .. geram sangat dah tengok drama ni , tapi bagus juga .. masa tengok tu boleh lah beri pesanan serba sedikit (banyak sebenarnya) kat budak2 dirumah ni , kalau berjalan tu asyik nak berlari sesuka hati kot ditangkap orang jadi gitu lah .. nauzubillah .. bukan mintak tapi nak beri pesanan kat anak-anak kan , baru depa dapat bayangkan mcm mana situsi nya kena tangkap dek orang jahat ,,, Lagi satu saya suka bila Qausar tanya pada mak timah orang berbohong masuk neraka tak ?? anak-anak saya dengar jawapan mak timah , terus tak berani ..diorang duk bersembang anatara diorang lah .. kalau bohong balasannya apa.. kenapa erk ? ibu cakap diorang buat tak dengar , tapi kalau tengok tempat lain bukan main terkesan lagi ..

sekarang ni drama ni dah sampai part dimana Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Sinopsis kasih alia –> sini

Jom layan gambar-gambar dalam drama ini yang mungkin menjadi igauan :)

Feeya era fm mati di ragut

Feeya era fm mati di ragut

Feeya era fm mati di ragut

Feeya era fm mati di ragut

shiela rusly dengan anak-anaknya dalam drama kasih alia

shiela rusly dengan anak-anaknya dalam drama kasih alia

Sumber gambar joyah dan cahayahatiku

Ada orang suka fida sangat2 erk ? haha nanti kita letak gambar fida pulak lah .. jeng jeng ..saja nak perangat orang tu :) Lirik lagu dan download link Teriakan Kalbu nyanyian fida ibrahim [link]

Search

Comments

  1. maizura zainal abidin :

    pelakon kanak-kanak yg bawa watak kasih masa kecik tu mukanya mcm zarina zainuddin, kan? Anak dia ke?

  2. takde la hot sangat pun…takat tengok sebab takde citer lain boleh ler…
    citer dewa cinta lagi best.. menda la…citer macam budak main masak masak. masa budak kena mintak sedekah nape semua tak lari…banyak lagi la…dah dapat budak yang kenal anak dia kasih kabil ambik la bawak gi balai. terus jejak anak dia..menda la…

    • dewa cinta tk tengok sgt pun :) hehe kasih alia lagi best memamg mcm tk logik tp tu lah kadang2 kita kena terima je dr mengkritik sbb kita tk reti nk wat filem ,drama mahupun skrip hukhuk :)

  3. hehe..ramai yang suka fida..

  4. mmm…ammboi pon layan citer ni.. kira ok la xde jiwang karat sgt.. hehe
    ammboi recently posted..SENARIO THE MOVIE OPS POCOT | 2011 | SINOPSISMy Profile

  5. AzlanYussof :

    saya jadi takut nak biar kan anak2 jalan sorang2..sian anak2 yg kene jual dan di jadikan peminta sedekah…minta jauhkan lah..
    AzlanYussof recently posted..Popular sangat ke Blogspot ???My Profile

  6. erm .. smlm kot smbil nk tunggu berbuka tu .. saje try layan citer ni..lahaii intronyer lg dah sedih2 … oo..watak shelila rusly jahat la yer..dah tua pun jahat gak ke?
    Ummi Hanie recently posted..Pengurangan aktiviti blogging di bulan RamadhanMy Profile

  7. puanbee, sy tak tgk tp dok dgr kengkwn kat opis dok citer2..

  8. baru layan cita nih..huhu, x perasan iklan dia. Miss tengok sebab ada fida..hehe, suka dia =)
    miss lyzeer recently posted..Give Away " Saya Giler Bola"My Profile

  9. kak izan pun tgk…tp ada jgk hari yg miss…terlupa!

  10. wrizuan[dot]net :

    makin ramai yang layan sintentron ni..lagi dekat waktu berbuka sedang elok berbuka sambil buka TV…:)
    wrizuan[dot]net recently posted..Semak Google PageRank Terkini | Blog WR kini ber”PR 1My Profile

  11. de tgk semalam, tapi kejap je.. pun cakap kat anak, tgk tu kena culik.. diam je die tgk.. huhu
    fiezaradzi recently posted..Orang buat blog, saya pun nak buat jugaMy Profile

  12. ahhh,sangat jeles!!! nk tengok…tapi x berkesempatan.. balik keje terus ke bazar tlg fmly berniaga,balik da abes.. huarghhh… nangis sambil hentak2 kaki.. T__T

    Puan Bee kena wat entry utk setiap episod la cm gni.. >_<
    Cahaya recently posted..wordless wednesday:LOVE is CINTAMy Profile

  13. skrg ni mmg layan je smua genre drama melayu. rasa dh makin suka dgn tv pula. hehehe. gmbr feya era fm tuuu kisah betul ke bi?
    ch@ recently posted..Gift daripada cikJue.My Profile

  14. semat lagi yerk pbee layan cite nie…hehehehe
    hafizal Mohamad recently posted..Salam Jumaat Untuk Semua…..My Profile

  15. lupa sokmo nk tgk citer ni..kata shila rusly jadi mak tiri yang jahat kan
    lin azlina recently posted..Kalau rasa kreatif, jom design Nescafe ni!My Profile

  16. Si feeya tuh berlakon jd apa plak?
    UpProfits recently posted..Safiq Rahim bakal ikut jejak Safee Sali ke ISL?My Profile

  17. cam best je kak.. pelakon2 di pon mantap2 kn :)
    taufiq arifin aka topimagine recently posted..GAJI SYARIKAT LAMA MASIH TAK DAPAT LAGIMy Profile

  18. sweet irma ngan fida dalam ni..
    madammondoq recently posted..FRISO Miracle Of Love Womb ScanMy Profile

Trackbacks

  1. [...] boring lak tak dapat tengok Drama Kasih Alia.. Biar lah orang nak kata apa , tapi saya suka… Kasih Alia semakin Hotttttt Watak Feeyaa FM mati tu pun dah lepas dah korang nak tengok gambar klik link sebelum ni , mati kena [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge