Karma Tv9 – Sinopsis Karma Slot Ratu

KARMA yang menampilkan Fouziah Gous, Ziela Jalil, Dato’ Ahmad Tarmimi dan Aaron Aziz sebagai pelakon-pelakon utamanya. Saksikan kisah seterusnya, KARMA , bermula 28 November ini, setiap Isnin jam 8.30 dalam slot Ratu, TV9.

Karma Tv9 - Sinopsis Karma Slot Ratu

Sinopsis Karma di Slot Ratu TV9

Pertemuan singkat antara Karmila 23 tahun seorang pelakun popular dan Tan Sri Fahrul Sani 64 tahun seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda isteri pertamanya. Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu. Tidak pernah ada manisnya bermadu ini.

Hampir 1 tahun Tan Sri Fahrul memburu cinta Karmila dan dia sentiasa sabar menghadapi Karmila dan hari ini dia telah berjaya membuktikan kesungguhannya didalam mencintai Karmila. Karmila akhirnya akur dengan kesabaran dan kesungguhan Tan Sri lantaran dia begitu yakin bahawa Tan Sri Fahrul Sani benar-benar mencintainya. Meskipun dia terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kutukan, dia nekad cinta mereka harus berakhir dengan perkahwinan.

Karmila membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu mengakhiri careernya sebagai pelakun. Eizlan yang selama ini mencintai Karmila menuduh Karmila mata duitan dan perempuan murahan kerana kononnya mempunyai hubungan dengan Tan Sri sebelum ini tanpa pengetahuannya. Sedangkan hubungan antara Tan Sri dan Karmila Cuma 3 bulan sahaja.

Karmila dengan sengaja mengakui semua itu supaya Eizlan membencinya. Dia tidak mahu Eizlan kecewa dengan keputusannya. Keluarga Karmila begitu gembira dengan keputusan Karmila itu kerana mereka juga sukakan Tan Sri. Seluruh kampung menghina keluarga Karmila kononnya menjual anak tapi mereka menghadapi dengan tabah demi kebahagiaan Karmila. Karmila tidak mampu berterus terang siapakah bakal suaminya kerana dikhuatiri akan menjejaskan status Tan Sri lalu seluruh keluarga merahsiakan tentang bakal suami Karmila itu.

Sekumpulan Datin termasuklah Waheeda mengutuk artikel pengakuan Karmila itu kononnya Karmila artis materialistik. Mereka berteka teki siapakah bakal suami Karmila itu. Eizlan cuba untuk menghalang perkahwinan itu lantaran dia bersemuka dengan Waheeda sendiri untuk memberitahu perancangan Karmila dan Tan Sri. Waheeda terpukul dengan berita itu dan berdepan dengan Tan Sri. Lebih memedihkan bila Tan Sri mengakui perkara itu.

P/S : saya belum sempat tengok lagi :)

Comments

  1. senah cun :

    senah tak suka…tak suka…tak suka….
    menjadik2 lak drama kegiatan poligami nie…
    lepas tue perebutan ghete…aduiiii

  2. puan kutu :

    wah fauziah ghouse,my peberet actress.haha..wocerita nie macam perkahwinan yg 15juta tu kan..:)
    puan kutu recently posted..Buah Tangan Raja BuahMy Profile

  3. boleh tahan la ceritanya…
    Alongxp recently posted..Kenangan silam part-2My Profile

  4. levelsatu :

    emm..tak nak tengok. biarlah mak aje yang tengok.
    levelsatu recently posted..(Video) 10 cubaan jaringan gol yang digagalkan oleh Khairul Fahmi Che MatMy Profile

  5. Menarik jugak jln citenya……

  6. tak nak tgk….nanti tak boleh tinggal….(macam ketagihkan klu dah tgk cite bersiri ni….)
    fieda recently posted..Make Over Your Shoes (Tajuk over, isi ala-ala je….kehkehkeh)My Profile

  7. nis tgk gak 2 episod … buleh tahan ;)
    Ummi Hanie recently posted..Insentif bantuan tunai RM500My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: