Kanser dan Makanan ! Sate ? Kanser ?

Kanser dan Makanan ! Sate ? Kanser ?

Assalamualaikum, saya adalah nik normasitah, penulis kedua di blog puanbee.com dan merupakan penulis dan pemilik bagi blog hatisamronkin.com. Semoga entri ini bermanfaat buat anda semua.

 Hari ni saya ingin kongsikan satu entry yang mungkin nampak macam tiada kaitan, tapi sebenar nya bagi kesan yang besar dalam diri kita. Sebelum lama-lama cerita kita kena tahu dulu, macam mana boleh tebentuknya sel kanser ni kan? Jom! saya kongsikan dalam bentuk yang senang dan mudah difahami semua orang.

gambarajah sel kanser

Ok, ini dipanggil kitaran sel dalam badan kita. Boleh nampak tak , beza antara pembahagian sel yang normal dengan pembahagian sel yang membawa kepada sel kanser?

Komposisi dalam sel tu telah berubah dan ini akan menyebabkan sel itu mempunyai fungsi dan tugas yang bertentangan dengan fungsi sebenarnya. Bila dah terlalu banyak sel yang bukan sepatutnya dihasilkan terhasil, maka terbentuk lah sel kanser yang akan mula merebak keseluruh sel badan anda.

 Nak tahu apa sumbernya sel kanser ini ?

  1. Dari bahan-bahan radikal bebas yang sekarang ni makin banyak disekitar kita. Semua antara kita sangat mudah terdedah dengan radikal-radikal bebas disekeliling kita.
  2. Dari bahan makanan, antara nya adalah bahagian yang hitam pada bahan yang dipanggang atau dibakar. Seperti contohnya, Sate, BBQ dan sebagainya. Mesti ramai yang tak sedar akan sumber ini kan?
  3. Terlalu banyak bahan pengawwet dan juga makanan yang mengandungi bahan pengawet yang tinggi.

 Jadi, ini antara 3 sebab sahaja, sebenarnya ada banyak lagi sebab atau faktor yang boleh membawa kepada berlakunya kanser.

Mungkin kalau ada masa, kita boleh tengok dan cerita lain kali. Kalau kanser ini boleh berlaku disebabkan makanan, tak mustahil makanan juga yang boleh mengurangkan faktor kanser atau dengan kata lain memberi kesan yang baik kepada pesakit kanser.

Makanan apa yang kita nak kena makan ni kalau nak elak dari mendapat kanser atau untuk pesakit yang sudah ada kanser?

Untuk faktor yang kedua tadi, iaitu daripada sate, bukan tak boleh makan sate tu, tapi mungkin boleh kurangkan jumlah atau frekuensi pengambilan tu, dan langkah lain adalah, perasan tak kalau kita beli sate, kita akan dapat timun atau bawang?

Ya, sila makan kedua-dua itu sebab keduanya akan membantu meneutralkan kembali bahan yang boleh menyebabkan kanser tu.

makanan dengan oksida penyebab kanser

Selain itu, seperti yang saya dah cakap kat atas tadi, kanser berkait dengan radikal bebas, maka untuk meneutralkan radikal bebas itu, perbanyakkan pengambilan antioksidan. Apa contoh antioksidan? Boleh tengok gambar diatas.

Jadi apa kata, kita sama-sama berusaha menjaga kesihatan diri dan keluarga kita dan elakkan dari terjebak dalam masalah ini!  Jom kita jadi sihat!

 Jika ingin menulis di puanbee.com , sila hantar artikel ke puanbeedotcom@gmail.com.

kredit gambar: http://www.mylot.com/w/photokeywords/antioxidant.aspx

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

18 Comments

  1. Bagian daging yang berwarna hitam yang bisa memicu penyakit kanser, kalau menemukan ini harus dibuang bagian hitamnya

  2. kalau dah panggang yang hitam2 tu la yang sedap nak dimakan..hehe..timun sedap la makan..bawang tu kureng sikit..nice share

  3. yup… makan sate mmg kena berulamkan timun, sbb hasil pembakaran tu ada racun kalau tak dineutralkan dgn bahan di dalam timun

  4. aah timun sangat penting na neutralkan balik ape yang kita makan tu..

  5. makanan dalam tin pun bahaya kan kalau tak silap? Sardin pun katanya tak boleh makan selalu.

  6. salam..
    woww..ada penulis jemputan..
    nice dan berinfomatif, thanks
    for sharings 🙂

  7. kadang2 penjual sate sekarang ada yg tak letak timun…
    nak kena order bawang pulak(tak pernah buat lagi).

  8. Terima kasih. Kalau bawang tu baru tahu. Tadi pun kawan baru mengingatkan bab ni. Mungkin dia juga terbaca artikel ni. 🙂

    1. Saya macam berminat untuk hantar artikel ke Puan Bee. Insya Allah, akan diusahakan dalam masa terdekat. Terima kasih kerana memberi peluang ini.

  9. wajib makan bawang mentah semasa makan sate utk naturalkan
    kembalikan Karbon yang ada pada sate.. satu lagi dia dapat membunuh
    bakteria dalam mulut..

    nice sharing here Bee

  10. leeza selalu makan sate tak makan bawang. maksudnya lepas ni mesti mesti amalkan.. huuuu..
    bab2 kenser ni, leeza mmg takut…
    arwah mama leeza mengidap penyakit ni.

  11. yap. penjual sate zaman dulu-dulu..ada sebab letak bawang merah dan timun tu. Jadi, janganlah lupa makannn ye..

  12. bila makan sate wajib makan timun kecuali bawang…. tak ada timun rasa mcm tak lengkap lak makan sate tu… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *