Kandungan mencecah 39 minggu ++

image

Sekarang ni kandungan dah mencecah 39 minggu ++ , kandungan sihat allhamdulillah , tak ada masaalah lain , cuma menunggu hari sahaja .. di saat ini tidur , bangun dan duduk memang semua dah tak selesa sangat-sangat.

Risau .. kena induce ke nanti  ? Segera mengimbau pengalaman melahirkan anak sulung kami , dulu kena induce sebab bayi kurang begerak semasa usia nya dalam kandungan 32 minggu. Masa tu .. ye lah anak sulung kan , semua pun tak tau … 6 hari juga di tahan di ward , 2 kali di masukkan ubat untuk membuka laluan rahim dan di masukan ubat melalui drip sebanyak 2 botol. Sakit nya la hai … bila belum masa tapi telah di paksa untuk besalin secara normal. Selaput ketuban pun doktor yang pecahkan.

Anak ke dua dan anak ke tiga , allhamdulilah senang sangat – sangat. Anak ke empat ni , belum tahu .. walaupun orang kata dah berpengalaman beranak sehingga 3 kali , maka kali ke empat kita akan lebih tenang. Tipu je la semua tu , setiap kali hendak melahirkan anak setiap kali tu lah pengalaman berbeza.

Semua anak tak pernah mencecah 37 minggu , tapi kali ini dah cecah 39 minggu , belum ada tanda nak besalin , perut pun makin berat.

Tapi syukur ada famili dan kawan-kawan yang mengambil berat dan mengisi masa saya ni dalam menanti hari. Kalau tak mau debar debar debar debar tak habis habis.

Rindu nak tulis kat blog. Hilangkan sikit gian , update dengan smartphone je .. hahaha nak duduk lama tak boleh lah .. senak semacam.

Oh skirt saya di beli dari instagram #bachplussize sedap pakai nya , lembut , kembang dan getah di pinggang tak menekan perut. Sangat berbaloi …

image

set besalin dan vitamin semasa dalam pantang pilihan saya

Posted from WordPress for Android

12 Comments

  1. Ramzi Ebaz 15 January 2014 Reply
  2. resep kuliner 14 December 2013 Reply
  3. kozumi_ro 14 November 2013 Reply
  4. Bahrain 14 November 2013 Reply
  5. Ferry 14 November 2013 Reply
  6. hafiz 14 November 2013 Reply
  7. Rina 13 November 2013 Reply
  8. Juan 13 November 2013 Reply
  9. Ummi Hanie 12 November 2013 Reply
  10. Khadeejah Hasmad 12 November 2013 Reply
  11. blogger lelaki 11 November 2013 Reply
  12. Denaihati 11 November 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.