Kali ke – 2 tebus poin bonuslink

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pertama kali tebus poin bonus link adalah kelakar. Kita nampak macam besar tapi kecil , kali ke dua tebus ni dah pandai sikit. Kali ni baca btul-betul barang apa yang hendak di tebus. Pernah ke tebus poin dari bonus link ni ? kalau belum pernah elok la pergi tengok-tengok website bonus link. Rugi tak tebus .. bukan selalu orang nak bagi.

Dulu saya tebus bola , kali ni saya tebus periuk nasi. Untuk kali pertama kita perlu telefon bonus link dan minta no pin. Setelah di beri no pin baru boleh login ke website diorang dan seterusnya buat lah pilihan barangan bersesuaian dengan poin yang ada. Setelah menebus tunggu pekerja bonus link telefon kita semula untuk pengesahan alamat dan waktu untuk buat penghantaran.

tebus poin bonus link

Tebus periuk nasi philips. Teringin nak tebus alat uji tekanan darah tinggi tu , tapi poin tak cukup .. saya perlu habiskan poin sebelum tarikh luput untuk menebus tiba , jadi terpaksa la tebus apa yang cukup dulu. Tak tebus sayang juga.

redeem points bonus link

Ada dua cara nak dapatkan barang-barang , sama ada tebus dengan semua poin atau gunakan cara Express way guna poin separuh dan bayar separuh. Tetapi kalau bayar bukan tebus nama nya he he he …

Antara kegemaran saya , kumpul kad ahli tempat shopping dan tebus. Entahlah dah macam habit lak suka buat benda macam ni , walaupun sebenarnya tak la banyak sangat ke untungan dari buat kad ahli tu. Antara kad saya ada dalam entri ini  dan sekarang koleksi dah bertambah hee.. baru semalam jadi ahli watsons pulak. Sebab ada kupon bernilai RM200 .. pheww~

Pernah dengar dan tengok tak rancangan tv luar negara ? dia menyara hidupnya dengan kupon dari majalah , surat khabar , sale internet semata-mata untuk menyara hidupnya ? Ada satu lagi dia berjimat menyara keluarga ramai dengan gunakan kupon dan jualan murah untuk membeli barang-barang dapur bagi menyara anak yang ramai . Hasil dari penjimatan  yang di buat beliau beli rumah di luar kemampuan gaji suaminya ?

Pernah tak ? di Malaysia belum ada lagi yang mampu buat begitu .. belum sampai tahap itu lagi.

P/S : Kalau kada bonus link hilang betahun-tahun pun boleh dapatkan semula dengan buat panggilan bonus link .. selamat menebus …

Comments

  1. tak pernah gunalah kak bee..macam mana ye ? huhu

  2. suka tengok channel 707 nih..kan? kan? kan????

  3. point untuk bonuslink saya masih jauh untuk ditebus. terima kasih di atas perkongsian ini.

  4. x pernah tebus lg…point pun x check ada berapa..rsnya x byk..sbb jrg guna..hehe

  5. Menarik cerita perempuan tu. Tapi, di Malaysia, cara perniagaan ni kurang popular lagi.

  6. ado bonus link tp xpenah tebus kot…

    ada sekali tu suami tebus kad ape tah… mainan anak2… best gak… 😉

    wow best tu periuk nasi fuzzy logic 😉

  7. dah tak boh minyak kt petronas.sekian harap maklum.hihi

  8. bobuslink nih kalau nak tebus beli cermin mata atau cermin mata hitam pun boleh jugak…:)

  9. ciktom xpernah tebus lg bonus utk bonuslink..

  10. Pernah ada kad nyer,mana tah hilang,lagi pun tak isi minyak kat shell dah,so tak point dah la..

  11. lama tak guna bonuslink Bee.. hik3..
    baik tebus periuk nasi tuh dari tekanan darah..
    sodap masak nasi periuk baru.. hik3

  12. bonus link memang menarik lah, antara syarikat yg awal juga collect point. untuk long term untung juga, terutamanya bila isi minyak, tak sedar point dah banyak n boleh redeem.

  13. dulu selalu tengok rancangn tu..jadi kerja lak hari2 susun kupon.. ..heheh..lepas tu borong sampai 3,4 troli..bayar cuma 25 sen..kagum!!sekarang ada lagi ke rancangan tu??entah apa nama rancangan tu..

  14. tak pernah lagi menebus…nak juga tebus tapi…mcm tak bayak jer lag poinnya….hehehe

  15. Banyak mata ganjaran yang diperolehi oleh Puan Bee.

Speak Your Mind

*