Kakak Mengadu 35


Dah lama kakak mengadu macam-macam , sebagai ibu rasa pun macam-macam juga , ye lah anak kita kan , kalau tak di ambil berat siapa lagi.

kakak 2012

Keluhan seseorang kanak -kanak itu membayangkan sesuatu yang tidak sempurna dari segi fizikal atau emosinya. Gangguan emosi boleh berlaku akibat persekitaran atau pengalaman yang kurang menyenangkan. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun mungkin tidak mempunyai selera makan akibat sebab -sebab tertentu.

Kanak -kanak yang menghidap demam virus , sakit kerongkong atau penyakit lembam paru -paru umpamanya akan kehilangan selera makan. Jika dia ditinggalkan di bawah jagaan orang lain atau pengasuh baru , dia mungkin akan kehilangan selera makan kerana belum benar -benar mesra dengan penjaganya.

Jika dia memasuki tadika , suasana baru yang asing mungkin mencemaskan nya dan menyebabkan dia berasa sugul dan kurang selera makan. Seseorang kanak -kanak juga mungkin akan hilang selera makannya kerana kesedihan akibat kehilangan orang yang disayangi seperti ibu , bapa atau adik -beradiknya .Sakit perut satu tekanan jiwa.

Keluhan -keluhan seperti kurang selera makan , sakit perut , sakit dada kurang bermaya , sakit kepala , masalah tidur malam dan sebagainya bukan sahaja boleh disebabkan oleh ganguan fizikal malah juga gangguan emosi kanak -kanak itu.

Walaupun keluhan -keluhan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu jenis penyakit , ia boleh menjadi lebih teruk lagi jika si anak terlalu cemas dan fikirannya berkecamuk.

Satu contoh ialah seseorang kanak -kanak yang menghidap penyakit lelah. Apabila dia melihat ibu bapanya terlalu cemas , perasaan takutnya semakin hebat dan penyakit lelahnya menjadi lebih teruk.

Sebaik sahaja dia dibawa ke hospital dan ditenteramkan oleh doktor , penyakitnya seolah -olah reda sedikit walaupun ubat belum diberikan.- DR.HAMID ARSHAD.

Sejak kakak masuk tahun 2 ni , kakak pernah mengadu.

  • Kawan kakak nak sepak kakak.
  • Kawan kakak tiba-tiba je ubah beg kakak ke belakang , tapi kakak nak duduk depan.
  • Kawan kakak ambil pensil kakak.
  • Kawan kakak suruh kakak bawak balik kertas lukisan dia , kawan kakak suruh kaka lukis untuk dia.
  • Ibu kakak nak sembahyang , kawan kakak tak bagi.
  • Ibu orang semput macam mana ? kakak rasa kakak sakit dada lah (2 bulan lepas)
  • Ibu kakak sakit dada. (sebulan lepas)
  • Ibu kakak tak boleh bernafas (seminggu lepas)
  • Ibu kakak sakit dada, tak boleh pergi tuisyen. (semalam)

Bab sakit dada tu .. disebabkan saya tengok kadang-kadang jek , kalau jumpa sepupu nya atau kawan-kawan yang dia suka kemain seronok , nak nampak macam sakit pun , contoh masa pergi ke Batu Feringgi kelmarin , okey sangat-sangat .. tiba-tiba ni sakit balik. Saya ada baca petikan DR.Hamid Arshad , pakar sakit puan. Bahawasanya kalau budak mengadu sakit perut atau sakit dada , budak itu mengalami gangguan emosi , ye lah ..mungkin juga .. kalau tengok dari aduan-aduan yang kakak buat , tak mustahil.

Saya rasa kakak di buli disekolahnya , ishh .. saya sebagai ibu tak nak lah perbesarkan perkara yang kecil-kecil ni , tapi bagi korang lah .. apa yang kawan kakak buat tu .. perlu tak ? saya pergi ke sekolah dan jumpa cikgu kakak untuk beri warning pada budak yang membuli tu ?

Saya pernah tanya kakak , kenapa kakak ikut kalau dia suruh ? kenapa kakak tak bangkang ? masa dia suruh kakak bawak balik kertas lukisan tu ? kenapa kakak tak lawan ?

kakak jawab “kakak takut dia tulis nama dan bagi kat cikgu” “bila cikgu tak de , dia jaga kelas”

aik macam tu ke ?.

Hari ni kakak ta pergi sekolah lah , nak bawa dia pergi klink , kalau ada sakit apa-apa kalau tak de sakit memang sah lah kakak takut pergi sekolah tu .

Jom baca – JIKA ANAK SAYA DIBULI – APA PATUT SAYA BUAT ? 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

35 thoughts on “Kakak Mengadu

  • Juan

    kekadang kita sbgi org dewasa kita rasa perkara itu sangat kecil, sedangkan bagi budak itu perkara besar, sbb itu rasanya kita sbgi ibu bapa kena turun pangkat sikit dan memahami perasaan kanak kanak supaya memahami masalah mereka

  • bardboo

    memang kena ambil tahu ni kak..risau kot2 dia kena buli ke apa..kdang2 budak2 sekarangni memang ramai je yang suka membuli orang..so parents kena take action pasal benda ni..takut melarat plak…kesian kat kakak..

  • Denaihati

    rasanya pengalaman sekolah rendah dulu2(masa kecik) xde sampai mcm ni, lebih membimbangkan walaupun bukan kes besar, kalau dibiarkan risau2 pembuli ni ingat dia buat perkara yg betul sampai sekolah menengah.

    • puanbee Post author

      yup , zaman kita dulu happy je , semua org boleh berkawan , sekarang ni ada puak2 pula ..si aliya yg tk de geng sbb selalu dgn ibu je , diorang ade geng satu van , geng satu taman .. kesian budak2 yg mcm ni

    • puanbee Post author

      memang akk ambik berat , tapi ye lah kang cikgu mesti cakap , budak2 .. tapi tk kan nak biarkan pulak ye dak , akk tunggu masa yg sesuai jek , sekarang abru bulan 4 dah mula nak membuli pulak budak2 ni

  • puan kutu

    tp apa yg kutu baca dr link yg bee beri.cara kutu nie salah..agaknya sesuai utk budak tadika je..klu sekolah rendah n menengah bila anak lawan balik pembuli tu mungkin akan mencederkan dan buat keadaan lebih buruk..:)

    • puanbee Post author

      sebab tu bee tk suruh kakak balas balik , tak nak nanti sama ada budak tu bergaduh dgn kakak dan timbulkan masaalah lebih buruk , atau kakak pulak akan terbawak2 sampai ke besar perangai ganas mcm tu ,

      sebab tu bee cuma suruh dia cakap , “ibu nak dtg jumpa cikgu kalau kawan dia buat lagi”

      pandai2 ler kakak susun ayat , mulanya mcm tu lah ..tp kalau makin teruk terpaksa jumpa cikgu dengan budak tu sekali , nak tengok sikit..

      teringat semasa kakak tahun 1 , bee pergi jumpa budak yang buli kakak , tp tk jadi nak marah pun ..sebab budak tu puji bee cantik.. hahhaha pandai budak tu ambik hati kita.

  • puan kutu

    gejala buli nie wujud dr dulu lg..tp dulu2 jarang kita dengar kisah buli budak2 sekolah rendah.skang kt tadika pun ada..kutu rasa yg penting bee kena tolong kakak utk jadi lebih tegas dan yakin diri.klu kita lemah mmg org akan buli.

    jumpa cikgu solution yg ok gak..tp klu guru tu bg kerjasama,klu cikgu ambil lewa better bee sendiri jumpa budak tu (ini kawan kutu buat)..klu smp tahap teruk setel ja dengan mak bapak pembuli tu.hiks..

    aiman dr tadika kutu dan en suami dh train.klu kawan aiman buat,aiman lawan balik,jgn jadi lembik.aiman kan besar.msti org takut.haha..tp bukanlah suruh dia gaduh,klu org buli jer lawan..jadi org takkan brani kacau dia..

    aiman ni badan je besar tp hati kecik, manja lagi…dengan budak kecik pun dia boleh kalah.so far self confident tinggi la..tak tahu la bila dh dajah satu nti camna..:)

    • puanbee Post author

      tak boleh suruh anak balas balik kutu , bahaya , ajar dia bg tau cikgu jek , tapi si kakak ni kat rumah dengan adik2nya bukan main garang , kadang2 dia cubit adik dia .. di sekolah tak nak pulak bersuara sikit pun..pelik ..

  • appleijo

    hehehe banyak btol yg kakak ngadu kat mu ek beb..huhu sbor2..

    *wei email aku tak ok lagi..kna tunggu lagi 12jam..aku sakit dengan org yg suka hacker2 fb n email org ni wei..ko tahu tak sesiapa yg bleh tolong aku btol kan email ni wei..sebab selagi email aku tak ok..fb aku tak bleh nk masuk huhuhu..geram nyaa..

  • akubiomed

    Masalah buli juga ada berlaku disekolah anak saya. Pernah cakap kepada guru kelas dibalas balik dengan alasan budak-budak memang nakal. Saya terkedu mendengarnya kerana pihak sekolah pejam mata hal ini kalau duit tak usah cakaplah asyik kena pau sahaja.

    Saya ajar anak-anak saya bawa bekal air dan roti dari rumah. Kalau kasut sekolah pantang putih pasti jadi hitam kerana main pijak-pijak kasut.

    • yanmie

      Alahaiiii kesian lah pulak heheee elok2 kasut putih dipijak2 diorang ye, hemmm apa nak jadi tah, saya rasa cikgu2 pun harus memainkan peranan yang besar dalam hal ni, kita ibu bapa memang diluar kemampuan kita nak pantau semasa mereka berada di sekolah, cikgu2 lah yang patut menggalas tanggungjawab besar ni, kena kenalpasti juga siapa pelajar yang suka membuli, haishhh…

      Saya risau jugak ni anak nak sekolah darjah 1 tahun depan, tapi insyaallah saya yakin aiman seorang yang berani, mudahan…amin…

      • akubiomed

        Kalau anak jenis yang tidak pendiam dan tidak melawan memanglah akan jadi mangsa buli. Saya pernah diberitahu oleh anak saya dilempang oleh budak tahun 3. Siapa dia hendak lempang anak saya? 🙁

        • yanmie

          Haishhh lah teruk betul, sekarang ni kes buli macam dah biasa kat sekolah, kalau dulu tu rasanya tak seteruk ni, sekarang ni budak sekolah rendah pun dah tau main buli2. takut pulak time aiman nanti macam mana, harap aiman berani dan tegas seperti mana dia kat rumah.

          • puanbee Post author

            budak lelaki lagi teruk , nanti saya update gambar , akk tengok je ek..

            hehe bukan nak takutkan akak , kadang2 budak2 ni kat rumah kemain berani , tp di sekolah dia jd baik .. kalau dia ada geng ok , kalau dia jenis tk berkawan sgt cam aliya ni habis le ..

  • nurmisnan

    Bee.. Semasa Syarah grade 2 dia pernah mengadu tentang kes buli begini. Kawan2 suka usik rambut dia + halang apa yang dia cuba buat hinggakan dia hilang perasaan YAKIN pd diri. Jadi aku selalu nasihat semasa dia hendak tidur, harus ada KEYAKINAN (Confidence) + BERANI dalam diri. Buang perasaan takut. Jika tidak kawan2 suka tindas kita.

    After that Syarah lebih yakin dgn apa yang dia buat. Memang memakan masa namun insyaAllah selalu beri dia semangat dan keyakinan diri, kakak akan lebih menjadi diri sendiri..

    • puanbee Post author

      saya memang lah layan apa yg anak cakap , lagi dengar lagi macam nak marah , tapi tk eloklah kita pulak buat perangai budak2 p marah2 kat sekolah kan.. org kata kadang2 ada tk betul gak anak kita tu , tk boleh dengar sebelah pihak , tp kalau selalu macam mana lak kan..

  • Ummi Hanie

    siannye bace kisah kakak ni… ank nis si kakak pun kawannya suke jugak suruh buatkn kerja skolah, pastu nis pesan kat dia jgn buatkan lagi dah.. kasi garang sikit… sikit je…

    sakit dada tu ada mungkin juga gangguan emosi… anak nis masa tahun 1 dulu masuk kelas KAFA, pastu dia stop tamau pegi dah sbb ade budak kacau.takpelah, takleh nk paksa kan…

  • yanmie

    Salam,

    Alahaiii siannye dengan kakak, elok gak bee bawa dia gi klinik, sekurangnya ada pakar yang cek. kes kna buli tu hemmmmm, pendapat akaklah kan baik bee gi sekolah bincang dengan cikgu dia, mesti cikgu dia tau nak buat macam mana sbb kita tak tau sotuasi di sekolah macam mana kan?

    sekurang2nya bila cikgu yang menasihati pembuli tu, pembuli tu dengar cakap, akak rasa cikgu kakak tu mesti boleh fikir apa yang patut dia buat kalau murid dia kena buli sesama muridnya.

    kesian kat kakak, takut dia stress je bee gi solah gara2 gini, haishhhh aiman ni pun kecik2 dah kena buli, ada budak dia kata namanya ‘bos’ suh dia bawa duit rm1, wakakakaka sabar jelah, pagi tu aiman minta duit tp akak tak kasih, akak cakap kat aiman kalau budak tu nak juga aiman cakap, nanti ibu aiman sndiri jumpa dia hehehee, balik sekolah hari tu aiman kata dia dah kawan dengan budak tu 😀

    pembuli ni bknnya dia berani sangat pun, cakap besar je, dia cuma berani bila ada rakan2, je tgk klu dia sensorang mcm mana?

    • puanbee Post author

      tu lah kak , macam2 fikir nak pergi tak nak pergi sekolah , kemain kecik2 nak buli orang .. tahun 1 kelmarin pun kakak di buli juga , dah lah kurus kesian , tp masa tahun1 bee jumpa cikgu budak tu , terus diorang jadi kawan , sekejap je pun ..

      tengok yg ni kena jumpa cikgu , kelmarin masa kakak bawak balik lukisan tu , sy tunggu hari pendidikan seni ada jek , nak bawak pergi ke sekolah serah kat cikgu dia , si kakak pulak baik hati , awal2 dia pulangkan balik kertas lukisan tu , dia g cakap kat kawan dia , “kalau tidak ibu aku nak bagi kat cikgu masa PS nanti”

      budak tu takut gamaknya , dia ambil balik le kertas lukisan dia.