Kaedah Rawatan Liposonix & Kesan Sampingan

Kaedah Rawatan Liposonix & Kesan Sampingan

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kelmarin saya telah memperkenal kan satu kaedah pelangsingan badan menggunakan kaedah Liposonix. Jika korang masih belum tahu kaedah rawatan Liposonix , di jemput baca penjelasan panjang lebar di artikel lepas bertajuk  (  Kenali Rawatan Liposonix Untuk Kembali Kurus Dan Langsing ). Dan di bawah merupakan sambungan dari entri tersebut. Ramai pembaca ingin tahu bagaimana rawatan Liposonix ini di jalankan dan apa kah kesan sampingan setelah menjalani rawatan pelangsingan badan menggunakan rawatan Liposonix ini.

liposonix

Kaedah rawatan menggunakan Ultrasound bermutu tinggi

“Rawatan ini menggunakan tenaga ultrasound berkepadatan tinggi terfokus atau HIFU untuk mengurangkan lemak di bahagian pinggang, tanpa melibatkan pembedahan. Ketika rawatan, kepala alat Liposonix diletakkan pada bahagian yang hendak dirawat, tanpa mencederakan kulit. Hanya tisu lemak di bawah kulit yang akan musnah untuk selama-lamanya.

“Lemak yang dirawat itu akan dikeluarkan secara semula jadi,” kata Dr Liow Tiong Sin, pakar estetik dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Liow, rawatan ini dikaji secara mendalam melalui penyelidikan dan ujian yang dilakukan selama lebih satu dekad dan sejak ia mula dicipta. Di Amerika Syarikat, sistem ini hanya digunakan untuk merawat abdomen dan bahagian sisi tubuh, manakala di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada, ia juga digunakan untuk merawat bahagian pinggul, paha dan punggung.

Liposonix lebih sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita yang memiliki Indeks Massa Tubuh (BMI) tidak lebih 30. Ia pertama kali digunakan di Hong Kong pada Jun tahun lepas, manakala Malaysia menggunakan mesin pertamanya berharga RM360,000 mulai November 2012.

“Pesakit perlu berjumpa doktor untuk berbincang tentang bahagian yang hendak dirawat dan masa. Paling penting, mereka perlu mempunyai keyakinan terhadap sains di sebalik sistem Liposonix ini. Kebanyakan orang kembali bekerja atau menyambung aktiviti harian mereka pada hari berikutnya selepas menerima rawatan,” Dr Liow menjelaskannya lagi.

Kemungkinan kesan sampingan

Lazimnya, pesakit akan bertanya kepada doktor tentang kesan sampingan yang mungkin mereka alami selepas melalui prosedur ini (rawatan Liposonix). Selalunya, jawapan doktor ialah mereka boleh kembali aktif seperti sebelum mereka mendapatkan rawatan itu.

Malah, pesakit tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus selepas menjalani prosedur ini. “Apa yang perlu mereka lakukan ialah terus mengamalkan diet dan gaya hidup
seperti yang diamalkan sebelum menerima rawatan ini,” kata Dr Liow.

Ketika dirawat, ada pesakit yang mungkin berasa kurang selesa dan sakit. Selepas itu, kulit mungkin berubah menjadi merah, lebam, bengkak dan berasa tidak selesa untuk seketika.

“Saya telah lalui prosedur serupa melalui sistem Liposonix. Saya tahu bagaimana rasanya ketika menjalani rawatan ini. Adalah sesuatu yang normal sekiranya seseorang itu mengalami pelbagai rasa, kadangkala sejuk atau menyucuk, berdenyut atau panas. Bagaimanapun, secara umum, rasa dan kesan sampingan ini bersifat ringan sahaja,” kata Dr Liow.

Doktor kelahiran Melaka ini memproleh ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Malaya dan mempunyai 10 tahun pengalaman merawat pesakit yang mengalami masalah berkaitan estetik.

Dimana anda boleh mendapatkan rawatan Liposonix ini ?

Untuk maklumat selanjutnya anda boleh layari website : www.solta.com atau sila hubungi cawangan pusat rawatan terdekat.

Beverly Wilshire Medical Centre
Level 8 & 9, Dijaya Plaza, No. 237 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: +603 2118 2888 / +6018 238 2888
Email: enquiries@beverlywilshiremedical.com
Business hours: Monday-Friday 8am-2am / Saturday 8am-3am

Enhanze Medical Aesthetics Centre
Suite 206, Level 2, Block D, Phileo Damansara 1, No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603 7960 1788 Fax: +603 7960 2788
Email: customercare@en-hanze.com
Business hours: Tuesday – Friday 10am-2pm / Saturday 10 am-5pm

Dr Alice Total Wellness Specialist
No 62-1, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel: +603 2282 0994 (Bangsar) / +603 3324 6994 (Klang)
Email: info@alice2u.com
Business Hours: Monday-Saturday 10am to 8pm

Klinik Ko (Puchong)
52A, 2nd Floor, Pusat Perdagangan 1 Puchong, Jalan OP 1/5, Off Jalan Puchong, 47160 Puchong, Selangor
Tel: +603-8076 4713 / +603 8076 4715
Business Hours: Monday-Friday 10.30am-7pm / Saturday 10.30am-6pm

Sands’ End Aesthetics @ Klink Ujong Pasir
71E & 71F, Jalan Ujong Pasir, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Tel: +606-2862988 / +606-2838388
Email: sandsend@sands-end.com
Business Hours: Tuesdays-Saturdays 9am-1pm, 3pm-5pm / Sundays and Public Holidays: 9am-1pm

Comments

  1. Untuk cantik dan kelihatan langsing sanggup lakukan apa sahaja. Sahaja hendak tanda ada kelulusan FDA, CE dan lulus IEC60601-1?

    Penggunaan ultrasound didalam physioterapi dan sinar bukan mengaion sudah lama. Ia terbukti selamat. Teknologi Liposonix ini mengunakan high frequency untuk rawatan lemak dibawah kulit. Kalau mengikut fahaman saya.

  2. Info yang sangat menarik. .. tq

Trackbacks

  1. […] Sila rujuk entri Kaedah Rawatan Liposonix dan kesan sampingan nya. […]

Speak Your Mind

*