Juadah sahur : Ikan goreng celup tepung

Share

Sebenarya  .. kalau tak merantau dari perak ke kuala lumpur , kalau tak pergi ke terengganu , memang tak jumpa la ikan goreng celup tepung ni. Orang utara kurang goreng ikan celup tepung. Biasanya bakar  , kukus atau goreng kunyit saja. Sekali dah rasa .. sedap pula .. cuba la cari resepi … dan dah banyak kali cuba baru la menepati citarasa.

ikan goreng celup tepung

Resepi kerabu tembikai

Bahan nya pun senang dan mudah . Memang ada di dapur mak-mak . Saya guna 5 sudu besar tepung jagung + telur 1 biji + sedikit garam dan kunyit. Gaul semua bahan.

Bersihkan ikan , celup dalam adunan tepung dan goreng .. api perlahan .. dan alihkan dengan lebih kerap untuk dapatkan ikan yang masak sekata … dah siap ….

Senang kan … kalau dapat sotong pun sedap ni … tapi ye laaa .. buat masa sahur  untuk juadah sahur , guna apa yang ada je  .. rajin pula saya ambil gambar di bulan ramadan ni .. adehhh …

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

12 Comments:

  1. waa..sedap jgk buat mcm ni kan bee..biasa udang ngan sotong je org celup tepung..ini kali kasi tkr pulak..hee

  2. Untung kepada yang suka makan ikan. 🙂

  3. tak pernah pula makan ikan goreng celup tepung ni. biasanya sotong or udang celup tepung. boleh lah bak try sekali.

  4. saya guna tepung beras bee…letak pewarna merah sikit…baru nampak menarik…jangan kan budak orang tua pun suka bee..

  5. Jarang saya makan ikan goreng celup tepung ni. Selalu ikan goreng biasa celop kunyit je haha. Tapi sahur selalu kena ada ayam ayamas atau bebola ayam ayamas, kalau tak, masing-masing kat rumah ni makan sikit je.. :p

  6. menu saurnya sama dengan menu buka puasa saya hari ini, barusan selesai goreng ikan 🙂

  7. nis pakai tepung magik jeee…. 😉

  8. sedap nih, makan dengan nasi panas. berselera

  9. kurang sikit ikan goreng tepung ni… kalau grg knyit atau bakar mmg laju.. tp kalau yg hidangkan depam mata laju jgk makan….

  10. bila makan panas-panas memang sangat berselera, makan dengan ulam sambal belacan pulak…

  11. Boleh try jugak ni..sahur dengan ikan celup tepung resepi puan bee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *