Jika Susah Tidur ? Cuba tip ini.

Susah tidur ? pastinya akan mengganggu rutin harian kita. Tidur merupakan salah satu nikmat untuk manusia.Jika dapat tidur yang lena ,  badan akan dapat beristirehat dengan sepenuhnya dan membuatkan kita aktif melakukan aktiviti seharian pada keesokkan harinya. Jika anda susah tidur , cuba lah tips ini. Semoga dapat membantu. Jika anda sedang hamil boleh cuba tips posisi erbaik ketika tidur bagi wanita hamil.

Sebelum tidur :

  1. Pastikan suasana bilik berada di dalam keadaan nyaman , lampu yang malap serta ruang tidur yang bersih.
  2. Mandi selepas sahaja pulang dari bekerja. Ianya dapat menghilangkan stress dan penat semasa bekerja.

Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah ini, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

Susu coklat
Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

Teh pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

The Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Koko
Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

Susu hangat
Beralih ke susu hangat jika susah tidur. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)
Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Teh Halia
Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.Remove featured image

Jom baca – Badam penawar dengkur dan menguatkan minda

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

5 Comments:

  1. makasih banyak nih buat tipsnya sangat membantu

  2. Pingback: Sutra Deep Sleep : Mudahnya mengatasi masaalah susah tidur malam - Puanbee.com

  3. Best article lah, Teh Halia memang sangat baik untuk pencernaan dan jika saya susdah tidur biasa coba hal ini…

  4. Saya blogger full time terkadang susah juga tidur haaa terima kasih banyak sis sangat best info nya….

  5. tunggu produk “tuuut’ sampai noo…. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *