JIBAM FILEM PERTAMA BUNTAT 7 HARI MENCINTAIMU

Buntat nama salah satu watak kanak kanak dalam Drama 7 Hari Mencintamu. Drama ni mendapat sambutan hangat penonton & menjadi trending di media sosial tak lama dulu. Watak Buntat antara watak yang memberi kesan emosi kepada penontot.

Watak Buntat di lakonkan oleh seorang pelakon kanak kanak yang bernama  Mohd Ariff yang mengalami masalah disleksia. Kini Buntat bakal muncul dalam Filem pertamanya JIBAM. Bagi yang tak tahu sebenarnya filem Jibam adalah lakonan pertama Buntat bukan Drama 7 Hari Mencintaimu.

Dia di tawarkan berlakon oleh kartunis Ujang juga penulis komik Jibam. Untuk filem Jibam, Buntat memegang watak utama sebagai JIBAM.

JIBAM mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa yang mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Jibam melalui waktu sukar bila sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya yang pelik. Jibam suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali. Jibam atau nama sebenarnya Ashraf, mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit.

Filem JIBAM di adaptasi dari Novel tulisan kartunis Ujang yang berjudul Jibam. Novel ini popular sekitar tahun 90an.

Filem ni di jangka akan meletop juga la.. Mungkin jalan ceritanya penuh ketawa & airmata selain populariti yang ada pada Buntat. Filem ni akan di tayangkan pada bulan september ni. Apapun semoga JIBAM memperolehi kutipan Box Office bila di tayangkan

Speak Your Mind

*