Jerebu sebelum dan selepas di cheras

Share

Gambar di bawah adalah gambar sebelum dan selepas jerebu melanda Cheras Kuala Lumpur , kebiasaan pemandangan dari tingkap rumah saya akan nampak klcc dan banggunan lain di Kuala Lumpur tesergam indah. Tetapi dengan kehadiran jerebu pemandangan menjadi kabur. Walaupun bacaan IPU Cheras cuma 111 pada 23.6.2013 tidak lah setinggi bacaan IPU di Muar yang telah pun mencecah 750.

Info terkini Jerebu : Status Sekolah di KL , Putrajaya Dan Selangor pada 25 Jun (Esok)

sebelum jerebu cheras

selepas jerebu cheras

Namun kesan-kesan kehadiran jerebu ini telah di rasai , hidung sentiasa pedih dan tekak terasa perit , mujur hari ni tidak bersekolah , esok masih belum tahu , walaupun ada berita menyatakan keadaan akan menjadi bertambah teruk di Kuala Lumpur da bandar-bandar terlibat.

Untuk pengetahuan semua :

Status sekolah-sekolah di tutup di Selangor , Kuantan dan Melaka di tutup mulai isnin 24.6.2013

  • Bacaan IPU antara 101-200 adalah tidak sihat, manakala bacaan antara 51-100 adalah sederhana.
  • Selain Cheras, dua kawasan yang terjejas adalah Balok Baru (Kuantan) dan Kemaman.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau berkata situasi jerbu akan bertambah buruk di hari yang akan datang oleh kerana angin berasap dari titik panas di Sumatra.
  • Sekolah di kuantan di istiharkan bercuti pada ke esokkan hari ( isnin 24 . 6. 2013 )
  • Muar telah di isytiharkan sebagai darurat , tetapi bukan dari segi keselamatan sebaliknya dari segi kesihatan. Semua orang sangat di galakkan menjaga kesihatan sendiri dan keluarga terlebih dahulu.
  • Perbanyakkan minum air , kerap basuh muka jika kerap terdedah.
  • Kerajaan juga menggalakan rakyat  (kawasan darurat ) membeli makanan dalam kuantiti yang banyak dan makan di rumah sendiri.
  • Elakkan aktiviti luar rumah.
  • Setiasa memasang lampu kenderaan jika berada di dalam kawasan jerebu kerana jarak penglihatan pasti kabur dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
  • Kerajaan juga telah bersedia  melakukan pembenihan awam bagi mengatasi jerebu –  Kerajaan sedia lakukan pembenihan awan atasi jerebu
  • Jika hujan elakkan dari terkena hujan kerana di kuatiri kulit kita sensitif dengan bahan kimia yang di gunakan.

Terkahir … mari lah kita sama-sama berdoa agar di turunkan hujan bagi membasahi bumi dan membersihkan udara kita ini. Semua kejadian ada hikmahnya , tak guna tunding jari ke sana sini. Jaga kesihatan sendiri terutama kanak-kanak , ibu mengandung , warga emas dan juga pengidap asma. 🙂

Duduk rumah 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

24 Comments:

  1. Pingback: Apa ada dalam Jerebu ?

  2. tu dia klcc pun x nampak no…

  3. teruk jgk nih, kat sini pun teruk jugak jerebunya, makin tengahari, makin teruk.

  4. Pingback: Info terkini Jerebu : Status Sekolah di KL , Putrajaya Dan Selangor pada 25 Jun (Esok) | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  5. risau la bila jerebu..

    kalu teruk jerebu nak memandu pun bahaya…….

  6. Cantik sebelum ada jerebu

  7. blackrosehunter

    jerebu ni makin bergerak ke bahagian utara Malaysia..Selatan dah selesai..

  8. kat sini pun makin tebal jerebunya..risau la..dah la anak saya ni baru je baik batuk…

  9. Semoga lekas bisa diatasi agar udaranya bisa kembali fresh dan bersih 🙂

  10. Penyagak yang punca masalah jerubu ini perlu dibawa ke muka pengadilan.

  11. moga masalah jerebu ini akan selesai segera 🙂

  12. Thanks for the info & tips2 kesihatan…memang ni la jerebu yg paling worse yg sya pernah alami….tgh pregnant plak ni…..kejap2 rasa semput & sesak nafas bab bau asap kuat sgt.

  13. banyaklah sekolah yang akan cuti ni nanti..

  14. in shaa Allah..mari kita sama2 berdoa agar hujan turun mlm ni..esok ank2 m3h tak sekolah..

  15. wah.. tenggelam terus KLCC. same la keadaan dengan tempat saya. ni batuh pon makin tak surut-surut nampak gayanya.

  16. Baguslah tutup,bahaya untuk kanak2 dan mak2.

  17. Harap hujan cepat turun dan jaga kesihatan baik-baik terutamaanya anak-anak.

  18. semoga keadaan kembali seperti biasa… aminn..

  19. Tempat saya (Kuantan) sekolah cuti esok..tadika dan taska tempat hantar anak pun KIV tutup..kena cari alternatif lain utk tempatkan anak2 esok..

    • sekolah di selangor juga di tutup , saya jaga anak sendiri mujur tkde la pening kena cari pengasuh lain …

      tetapi tetap kena keluar , stok makanan dah habis 🙂

      • Nampak gayanya salah seorang dari kami kena cuti la esok untuk jaga anak2..Puan Bee jangan lupa untuk penuhkan stok makanan seminggu.. 🙂

  20. keadaan jerebu di Selayang pun macam da semakin teruk bila da petang ni…harap akan hujan dalam masa terdekat ni…amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *