Jenis-jenis pasir kucing (Litter Cat) yang telah di cuba

Sebenarnya pasir kucing ataupun litter cat ni masih baru pada saya. Tak pernah bela kucing dalam rumah tertutup macam ni. Dulu-dulu la bela kucing di kampung dengan cara kucing kampung, lepas sahaja ke mana dia nak pergi , masa makan baru nampak misai dan hidung kucing tersebut. Rupa-rupanya terdapat banyak jenis pasir kucing (Litter cat) ini.

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

cat litter atau pasir kucing

Saya telah pun salah perkiraan , bajet melampau-lampau di sebabkan cubaan saya untuk menggunakan ke semua jenis pasir kucing. Melampau kan ? Harganya pula bergantung pada jenis , jenama dan kedai yang menjual. Sepanjang saya membela kucing ni yakni 3 bulan saya telah menggunakan 3 jenis pasir kucing.  Sebenarnya tak de mahal bajet bela kucing ni , permulaan je la .. kena beli dan cuba mana yang sesuai , jadi mula2 tu pakai banyak-banyak nanti dah lama2 dah sesuai baru kita bajet satu plastik sebulan boleh ?

pasir kucing jenis crystalDalam gambar adalah pasir kucing jenis crystal , anak kucing ni lincah dan nakal , suka main dalam tandas dia …pelik . Tetapi tak melekat , tak ada bau serap air dan berterabur .. grrrr. Harga dalam RM15.90 – RM30 bergantung pada jenama dan kedai yang menjual. Saya pergi kedai haiwan mahal , pergi hero murah gitu lah contoh kedai2 nya.

cat litter jenis clumping

Gambar di atas adalah pasir kucing jenis clumping. Kencing dan membuang elok tak ada bau , tetapi melekat di tapak kaki kucing. Tak sesuai…. Harga bergantung pada jenama , kelmarin saya beli konon-konon ada bau epal , tetapi bau nya sekali dua jek .. haha RM29.90 untuk 1kg , ada juga RM19.00 bergantung pada jenama.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Jenis clay saya lupa nak ambil gambar , tetapi korang boleh bayangkan jenis pasir clay ni ala-ala tanah , tetapi berdebu dan tak sesuai la kalau nak letak di dalam rumah tertutup , bau busuk selepas 2-3 kali kucing kencing atau membuang. Harga murah 1 kg dlm RM10.90 sahaja

Akhirnya dengan keadaan saya yang sibuk , di waktu hari biasa asyik la keluar masuk rumah , jadi tak ada masa untuk membuang najis kucing selalu , jadi saya rasa saya lebih sesuai menggunakan pasir kucing jenis crystal. Di antara 3 jenis pasir kucing di atas , semua nya ada sebab sendiri kenapa saya tidak memilih pasir kucing jenis itu. Satu lagi jenis pasir kucing yang masih belum cuba adalah jenis wood litter. Nanti la cuba yang tu pula.

Saya berhajat nak bela 2 ekor sahaja , masa dan keadaan tak membenarkan bela banyak2 .. kesian juga kucing-kucing kalau kena tinggal asyik kena kurung jek. lagi dua ekor saya nak beri je pada siapa2 nak , tetapi kena datang ambil la ye .. dan pastikan korang sayang kucing tu huu~

Anak kucing ni dah pandai buang dalam litter box , jangan risau .. saya dah train , tak susah rupanya nak train dia buang di situ .. haha ingatkan susah sangat.

19 thoughts on “Jenis-jenis pasir kucing (Litter Cat) yang telah di cuba”

  1. Saya baru bela kucing.mula mula pening jugak sbb anak kucing ni gemor sgt kencing n berak kt selipar.teringat ada solution psal litter box and cat sand,bila baca entry ni baru tau ada mcm2 jenis rupanya..ptg td terus pergi beli catsand jnis crystal dan hasilnya anak kucing dah pndai berak kt cat sand dia n bukan kt selipar dah.hahaha.best best..tak pening nak cuci lntai lg dah.huhu

  2. berapa kerap anak kucing buang air yer? sebab anak kucing saya kerap sgt buang air besar. risau jika ada masalah pd usus dia. harap dpt berikan maklumat dengan lebih detail. tq

  3. bagus info ni…saya nak try juga la pasir crystal ni…skrg saya ajar mereka membuang di toilet ajer tapi mereka macam tak suka nak pergi sendiri..geli dengan air gamaknya..kesian pulak tengok..

  4. Pingback: Borong makanan kucing , stok 3 bulan | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  5. buat iklan la bee.tulis kat kertas tampal kat bawah nun.nanti sapa2 lalu lang mesti ternampak.mesti ada la yang nak bela kucing..kucing ni ramai penggemar..letak gambar sekali..

  6. Bee… Kopi pun guna crystal jerk. Tak terabur mana kalau compair dgn
    pasir cuma pasir ni tak perlu cuci. Kecing jadi ketulan, Cedok dan buang
    saja.. Ok tuh…

    Tapi guna cristal boleh cuci.. jemur kering dan boleh pakai balik..

    1. boleh cuci kan , tk cuba lagi .. asyik buang jek hekhek ..

      bersepah sbb deme main pasir tu nora , saja2 je g terjun2 dlm tu .. main noyorok2 le lumba lari le haha .. hari2 bersepah ..

  7. pernah tgk pasir ni,adk ipar de bela kucen,mmg bagus penggunaanyer..bile kucen berak mmg x berbau lgsung&senang nk buang.

  8. Budak Nakal

    wow..dh makin maju dh kucing2 kak bee..
    Yup pasir jenis crystal mmg sesuai tuk kegunaan di dalam umah…

  9. Info yang menarik.. Keluarga saya ada bela kucing… Tapi setakat ni tak pernah pun beli pasir Kucing… Penjagaan yang tidak baik… ;(

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *