JANGAN TERTIPU! CARA SEMAK PRODUK UBATAN ATAU JAMU SELAMAT ATAU TIDAK

Hari ni kita belajar lagi mengenalpasti produk ubatan yang di jual tanpa pengawasan & nasihat doktor. Maknanya kita terus beli kat pengedar atau penjual.

Lambakkan produk berunsur ubat macam jamu memang bersepah di jual secara online (atas talian). Tapi kita tak tahu yang mana betul betul selamat di ambil dengan yang tidak selamat.

Produk ubat ni tak sama macam produk kecantikkan atau kosmetik. Jadi dia tak perlu apply Notifikasi KKM (Not KKM) tapi perlu ada MAL KKM. Jangan keliru ok.. Nak apply MAL KKM tak semudah NOT KKM..

Jadi macam mana nak kenalpasti produk ubat yang di jual ada MAL KKM atau tak.. Saya akan kongsikan sedikit info ringkas.

  1. Lihat pada packaging @ botol produk ubat tersebut samada ada Nombor pendaftaran MAL & Label Hologram Meditag. Jika tiada.. Keselamatannya tidak terjamin.
  2. Anda boleh membuat semakkan melalui lama web NPRA KKM di npra.moh.gov.my. Kat bawah saya lampirkan tutorial ringkas bagaimana menyemak MAL KKM pada produk ubatan..

Semoga info ini membantu anda. Ingat jangan ambil sebarang produk ubatan atau supplement yang menjanjikan boleh menyembuhkan penyakit anda hidapi tanpa nasihat pakar atau produk yang memang tidak berdaftar dengan KKM. Yang berdaftar pun banyak kantoi ada bahan terlarang inikan pulak yang tak berdaftar. Jadilah pengguna bijak.

Speak Your Mind

*