Jangan Terlalu Kedekut Untuk Diri Sendiri

Yeayy beli selipar baru , alkisah nya perangai saya terlalu kedekut untuk diri sendiri , selagi sesuatu benda tu boleh di pakai saya pakai , sampai dah habis baru beli , bagi saya lebih suka beli baju , selipar , aksesori , makanan untuk anak-anak , realiti semua ibu-ibu pun sama je .. ayah pun ada juga kot yang perangai begini.

baby dan una

Semalam semasa nak daftar sekolah anak-anak , hari hujan satu hari , sampai jalan semua basah dan lincin , saya dah banyak kali nak terjatuh / tergelincir bila pakai selipar saya tu , satu je selipar saya ..percaya tak ? saya tak suka beli baru selagi benda tu tak rosak .. dah banyak kali juga rasa nak beli , plih punya pilih terbeli untuk anak , tak jadi beli macam-macam alasan saya beri untuk tidak beli selipar , sedangkan selipar tu dah haus teruk ..

selipar punya cerita

Sekali , entah macam mana , saya jalan tanpa terlanggar apa – apa saya terjatuh tersungkur ke depan , nyaris nak kena anak yang berjalan di depan , nyaris juga jalan tu tak ada kereta atau motosikal lalu , kalau tak memang arwah saya disitu juga ..

Tak ada apa berlaku , kecuali kaki sebelah rasa sengal , nasib berseluar jeans keras , jika tidak luka juga , kedua-dua tapak tangan luka , tak boleh buat kerja rumah lagi , dah lah nak balik kampung , kelakar betul ..

Tapi yang tak best tu telefon N79 saya rosak .. skrin pecah , dan tak nampak apa pun dah .. ehemm tunggu hadiah Denaihati dulu , kalau tak berjaya memang kena beli satu telefon baru , kahkahkah alasan ..

Tapi memang sadis lah gaya saya jatuh tu , lepas tu sendiri sedar , jatuh sebab selipar tu dah lama , hampir 3 tahun usianya , tapak dah lincin haus betul , lepas daftar anak – anak tu saya terus menuju ke kedai beli selipar baru .. ambik ko …

Pesanan ni untuk kaum ibu ayah yang kedekut tuk diri sendiri je haha , suami saya pun sama kedekut nak beli selipar , sampai tergelincir dan tergeliat kakinya , nampak kan ? kedekut nak beli sesuatu untuk diri sendiri , yang remeh temeh tu lah yang akan menyusahkan kita ..

26 Comments

  1. ayu jamal 28 December 2011 Reply
  2. Jendela Hati 26 December 2011 Reply
  3. AbuDarwisy 25 December 2011 Reply
  4. Mohd Mustaffa 25 December 2011 Reply
  5. penadigital 25 December 2011 Reply
  6. puan kutu 24 December 2011 Reply
  7. titan 24 December 2011 Reply
  8. AnNisa Azmier 23 December 2011 Reply
  9. ainun 24 December 2011 Reply
  10. Ummi Hanie 23 December 2011 Reply
  11. ummiross 23 December 2011 Reply
  12. kimmie 23 December 2011 Reply
  13. juanita 23 December 2011 Reply
  14. ciksembang 23 December 2011 Reply
  15. mrs.yie 23 December 2011 Reply
  16. maya_mustwany 23 December 2011 Reply
  17. akubiomed 23 December 2011 Reply
    • Denaihati 23 December 2011 Reply
  18. dzuandiey 23 December 2011 Reply
  19. UpProfits 23 December 2011 Reply
    • dzuandiey 23 December 2011 Reply
  20. Denaihati 23 December 2011 Reply
    • dzuandiey 23 December 2011 Reply
  21. Budak Nakal 23 December 2011 Reply
  22. Qaseh Gifts 23 December 2011 Reply
  23. ila 23 December 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.