JANGAN SEMBELIH MERAH,KISAH PERSAHABATAN SEORANG BUDAK PEREMPUAN DENGAN SEEKOR KAMBING

Spread the love

Lebih kurang 9 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidiladha atau di kenali sebagai Hari raya korban. Masa tu memang jenuh la makan daging korban. Time tu ramai yang akan ambil kesempatan untuk mengadakan ibadah korban. Yelah.. Memang itulah waktu untuk di lakukan ibadah korban. Selain menunaikan haji.

Bersempena Hari raya korban.. Banyak juga tengok iklan iklan promo drama melayu sepanjang cuti raya korban. Antaranya Drama Jangan sembelih Merah.Nampak menarik & santai untuk di tonton seisi keluarga sebab ia mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang sangat rapat dengan seekor kambing yang di beri nama merah.

Dari iklan promo ia mengisahkan tentang seorang budak perempuan tu cuba nak mempertahankan kambingnya si merah dari di sembelih. Mungkin ada unsur komedi & jugak sedih dalam drama ni. Nak tahu cerita selanjutnya nanti jangan lupa tengok pada hari raya pertama 1 September 2017 di tv9 pada pukul 8.30 malam sambil makan ketupat. Hehehehe… Malam malam dah tak pergi beraya katanya boleh la rilex2 tengok drama kat tv kan.

1 thought on “JANGAN SEMBELIH MERAH,KISAH PERSAHABATAN SEORANG BUDAK PEREMPUAN DENGAN SEEKOR KAMBING”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *