JANGAN IKUT AKU, KISAH SEORANG PEMUDA YANG DI KELILINGI HANTU

Share

Sekarang ni sedang di tayangkan di slot Seramedi TV3 drama Jangan ikut aku. Di siarkan pada Isnin-Rabu, 10.00 malam. Not bad juga ceritanya. Saya ikuti juga drama ni. Selain pemilihan pelakon yang bagi saya memang menepati & mampu membawak watak dengan baik.. Ceritanya yang ringan & menghiburkan. Santai malam malam sambil menonton drama ni dengan family memang sangat  sesuai

 

Antara pelakon yang membintangi Drama slot Seramedi TV3, Jangan ikut aku ni adalah, Anas Ridzuan, Benladin, Syanie, Dazrin Kamarudin, Aishah Azman, A.Galak, Emma Maembong, Reen Rahim, Supyan Kepoh, Kazar Saisi, Azzahra Ahmad, Marisa Yasmin, Azman Jantan, Gbob, Tash Yong, Afzan A Rahman, Acong Sweetchild, Abil, Henzi Andalas

Kisahnya bermula.. Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena setalah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut.

Setelah pulang dari Kampung, Akil mula mengalami pelbagai peritiwa yang pelik seperti Nabil yang membuat perangai seperti budak kecil dihadapannya. Sebenarnya Nabil telah dirasuk jin peliharaan Tok Misai. Sebelum keluar bekerja, Akil ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Oleh kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampung untuk berubat dengan Tok Misai tetapi dia terkejut apabila Mak Mah memberitahu bahwa Tok Misai telah meninggalkan dunia kerana dibunuh.

Sekarang Akil terpaksa berdepan dengan jin jin belaan tok misai & terpaksa menyelesaikan semua masalah mereka.

Drama ni memang drama seram komedi tapi seram dia tak ada la sampai buat kita termimpi mimpi sebab komedi kan. Memang sesuai untuk tontonan semua golongan termasuk kanak kanak.

Bagi yang terlepas episod sebelum ni boleh menonton secara online di Jangan Ikut Aku (2017)

4 Comments:

  1. Terhibur jgk tgk cerita ni. Tapi boleh lah buat isi masa lapang.

  2. Layan jugak kekadang waktu lipat kain. Citer mengarut je. Haha.

  3. Saya tak ada peluang menonton drama tempatan,orang rumah control,diorang banyak 3 vs 1….he…he…he…terpaksa mengalah…..

  4. Pelakon veteran A. Galak pun ada juga tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *