ISTERI UNTUK ABANG LONG KISAH KETUA GANGSTER CARI CALON ISTERI

Share
Isnin terakhir di bulan Julai. Mungkin masing masing tengah sibuk buat closing la hujung bulan ni nak nak lagi yang berniaga. Yang bekerja pun banyak perkara nak kena close juga kan setiap hujung bulan. Jadi hari ni mungkin menjadi hari paling sibuk & paling penat.
Takpe.. Nanti dah habis waktu kerja balik rumah boleh bersantai santai bersama keluarga sambil menonton TV. Sebab ada rancangan yang menarik jugak hari ni.

 

Bagi peminat drama melayu jangan lupa malam ni saksikan Telefilem Isteri untuk Abang Long di slot Skrin Di 9 di Tv9 pada pukul 8.30 malam
JUDUL : ISTERI UNTUK ABANG LONG 
TARIKH / MASA : Isnin, 31 Julai 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Idris Khan, Siti Saleha, Rosnah Johari, Lia Natalia, Mona Bella
Isteri untuk abang long ni mengisahkan seorang ketua gangster yang di suruh ibunya berkahwin.  Maka bermulalah Misi mencari isteri untuk Abang Long yang di lakukan oleh adik beradiknya. Tapi ada pencanggahan pendapat antara Kak Ngah dan Adik sebab mereka  mempunyai pilihan calon yang berbeza. Malangnya, calon pilihan mereka langsung tidak berjaya menawan hati Abang Long. Akhirnya ibunya memilih seorang calon untuk abang Long tapi wanita tersebut tidak percaya Abang long adalah ketua gangster.

 

Nak tahu apa yang berlaku dengan abang long dalam mencari jodoh ni korang kena tengok malam ni di TV9. Dari sinopsis cerita ni mengambarkan macam best je ceritanya. Mungkin ada unsur komedi, romantik.. Yelah, drama melayu mesti ada kisah cinta hehehe

One Comment:

  1. Ketua gangster pun nak ada isteri juga. Tentu menarik drama ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *