Invoice serta terma dan syarat

Spread the love

Sebelum tu senyum dulu. Apa khabar ?

Saya ada mendapat beberapa pertanyaan berkenaan blog , invoice dan bagaimana untuk berurusan jika ada pengiklan ingin mendapatkan khidmat iklan di blog saya. Pengalaman saya yang lepas-lepas mengajar saya bahawa penting semua perancangan kerja yang terliti supaya tidak timbul perkara-perkara tidak sedap di kemudian hari.

Dalam kita duk berhati-hati , masih terkena juga ..itu adalah takdir dan ujian barangkali. Redho je la..

MITBCA_LOGO

Tips mitbca2013 : setiap urusan iklan antara blogger dan pengiklan mesti ada kontrak. – Denaihati.com

Mengikut pengalaman saya. Ada sesetengah syarikat memang akan minta invoice dari kita sebelum berurusan. Itu biasa. Buat sesiapa yang masih baru dan tak tahu apa itu invoice boleh la download theme invoice yang tersedia , tak perlu nak buat sendiri. Dah download boleh mula isi invoice tersebut dan hantar semula kepada pihak pengiklan.

Contoh Email Kepada Pengiklan – [ LINK ]

Lampiran pertama 

Untuk download invoice pastikan theme yang di download sama dengan perisian yang tersedia di dalam laptop / komputer kita.

Guna keyword :  download templat invoice untuk dapatkan theme invoice yang bersesuaian. Kadang-kadang dah tersedia di dalam laptop / komputer korang.  ( Bab ni tak pandai nak ulas. he he he .. saya tak pandai bab laptop/kompuer  , dulu ada theme tu , lepas format  laptop hilang pula jadi saya kena download. Cuba la search dulu di laptop / komputer korang )

Ada beberapa jenis antaranya ialah.

  1. Microsoft Word Template  — File Format : .docx
  2. Open Office Template — File format: .odt
  3. Microsoft Excel Template — File format: .xlsx

Yang biasa di gunakan adalah Microsoft word dan Microsoft Excel .. dan yang paling terkini adalah Open Office . Jadi.. pastikan format file sama dengan apa yang ada di dalam laptop / komputer korang.

Download  –  Save dan gunakan setiap kali korang nak berurusan dengan pengiklan.

Isikan maklumat yang di perlukan dengan maklumat penting seperti

  1. Alamat Syarikat
  2. Nama syarikat / Jika individu mungkin boleh guna nama beliau sendiri.
  3. Jumlah bayaran
  4. Terma & Syarat bayaran
  5. Jenis iklan yang kita sediakan  yang telah di persetujui bersama.
  6. Nama / Alamat / Url blog /Logo Blog / No akaun kita juga di muatkan sekali

Jangan risau kalau ini pertama kali korang buat. Kerana setiap template yang di download telah pun lengkap. Korang hanya perlu isi sahaja maklumat yang di perlukan.

Pastikan korang tak lupa memberi invoice dan simpan invoice untuk masa-masa depan.  Walaupun jumlah urusan hanya beberapa ringgit sahaja .

Lampiran Kedua 

Pastikan pengiklan jelas dengan syarat-syarat untuk beriklan di blog kita.

Ini adalah cadangan terbaru yang belum pernah saya guna. Tetapi dalam masa-masa akan datang saya akan gunakan setelah saya ada pengalaman agak tidak enak dengan syarikat pengiklanan. Kebanyakkan rakan blogger tahu ni. Jika kita tak buat bermakna kita rugi.

Blogger semua bijak pandai.  Orang bijak pandai mesti tidak mahu rugi. Dan ada orang lagi bijak pandai yang juga tak mahu rugi , jadi kita kena berhati-hati.

Di lampiran kedua .. sediakan satu terma dan syarat bertulis secara terang-terang tanpa kias apa yang kita kehendaki dan minta syarikat pengiklan bersetuju dahulu barulah urusniaga akan di teruskan.

Di dalam bab ini agak susah nak tentukan terma dan syarat nya kerana bukan semua urusan menggunakan wang ringgit . Blogger + Syarikat iklan kebiasaan nya akan bersama-sama menjayakan sesuatu majlis  pelancaran , review dan sponsor post.

Jadi terma dan syarat juga mungkin akan berubah-ubah.

Mungkin cadangan terma dan syarat kita akn bincang di lain hari. Buat masa sekarang mungkin korang dah faham sikit. Apa yang perlu di lakukan.

Untuk simpanan dan rekod

Semua invoice dan salinan terma dan syarat boleh blogger simpan jika terjadi sesuatu macam kes saya yang lepas , kita boleh ambil tindakan. Baru lah tiada tin kosong di gendang jika kita ada bukti bukan ? Jangan anggap remeh .. kerana saya sendiri serik dengan pengiklanan blog ini. Hampirrrrrrr nak buat perangai meroyan dah kelmarin.  Nasib la saya blogger jenis sopan santun sikit .

Simpan rekod. 🙂

Baca ini — > Rezeki itu bukan milikku intro kepada kes saya dengan syarikat pengiklanan yang buat saya serik sangat-sangat. Ada lagi sambungan selepas kisah di atas yang belum saya tulis di blog . Nanti saya akan kongsikan insyallah ..

38 thoughts on “Invoice serta terma dan syarat”

  1. Puan Bardboo

    Zaman sekarang ni hitam putih memang kena ada. Kalau tak, senang2 je kita kena putar alam

  2. bila bacakes bee tu rasa ngeri plak..setakat ni belum berjinak lg untuk buka iklan diblog..apa2 pun terima kasih share info ni..org ckp belajar dr pengalaman lalu…

    1. kadang2 bila dah terlalu banyak offer kenapa kita tidak cuba terima , cuma kadang2 kita tak tahu cara berurusan .. Kes bee tu hanya 1 dalam 30 kes yg bee terima 29 lagi ok 🙂

  3. Pingback: Contoh Email Kepada Pengiklan | Hidup Biar Sedap

  4. teringat zaman sekolah dulu belajar pasal invois segala bagai ni heheh tak sangka dah involve dalam dunia blogging pon boleh diaplikasikan, good sharing ni..

  5. Betul juga ni,invois beserta terma dan syarat paling penting untuk berurusan dengan pengiklan.Apa-apa pun entri ni memang terbaik,sesuai untuk blogger yang baru berjinak-jinak berurusan dengan pihak pengiklan

  6. Best entri ni.

    Ambe tunggu lagi sambungannya..Ada contoh invoice tak pn bee..leh tgk..hehe

    p.s. kalau kes affiliate liat nak bayor camne ek pn bee?

  7. belum ada rezeki untuk mendapat iklan dari mana mana syarikat..
    setelah baca entri, boleh tahu apa perlu buat sekiranya dapat kontrak iklan..
    terima kasih mak bee… =p

    1. ok saya tunggu kakjie tulis pula , benda ni ramai yang tak tau termasuk saya , semua belajar dr pengalaman , tkde mentor dalam urusan untuk terima iklan di blog membuatkan saya tersalah langkah sikit 🙂

  8. tq share info psl ni bee..err..blum sampai ketahap ni lg..xpe nanti leh jadikan panduan..

  9. terjawab sudah soalan semalam.. tq for sharing.. tunggu mengenai cadangan terma dan syarat pulak.. heh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *