INILAH TAKTIK LICIK PENJUAL LARISKAN PRODUK

Spread the love

Memandangkan sekarang lambakkan produk kesihatan,kecantikkan & kosmetik di pasaran tempatan rasanya perlu juga saya menulis isu ni di sini sebagai perkongsian untuk pengguna di luar sana termasuk la saya sendiri.

Tadi saya ada terbaca dari posting di Facebook milik Saudara Dziehan Mustapa tentang satu topik yang di bincangkan dalam satu wawancara di Radio IKIM. Ia berkenaan taktik licik peniaga yang cuba menipu pengguna untuk melariskan produk mereka.

Untuk tidak tersalah fakta saya hanya copy untuk rujukan anda..

RINGKASAN TAJUK PERBINCANGAN WAWANCARA RADIO IKIM

Taktik licik penjual yang dilakukan untuk melariskan jualan produk mereka:

1. Jual produk tidak berdaftar walaubagaimanapun pemilik produk menyatakan “pendaftaran dalam proses dan pihak KKM yang lewat buat kerja”.
Hakikat sebenarnya mengikut Piagam Pelanggan jumlah masa untuk proses pendaftaran ubat adalah:

– Ubat terkawal memerlukan preskripsi (Masa pendaftaran: 210 hari bekerja)
– Ubat terkawal tidak memerlukan preskripsi (Masa pendaftaran: 210 hari bekerja)
– Ubat baru (Masa pendaftaran: 245 hari bekerja)
– Produk suplimen /tradisional
– Mengandungi 1 bahan aktif (Masa pendaftaran: 116 hari bekerja)
– Mengandungi 2 atau lebih bahan aktif (Masa pendaftaran: 136 hari bekerja)

Semua syarat masa dipatuhi jika permohonan lengkap dikemukakan dan tiada masalah lain yang timbul semasa memproses permohonan.

2. Jual produk yang tidak berdaftar dan mengandungi bahan terlarang seperti steroid/perangsang seks/ubat terkawal dll. Rujuk pautan berikut sebagai sumber rujukan dan contoh: http://npra.moh.gov.my/…/…/adulterated-products-unregistered

3. Jual produk yang berdaftar tetapi apabila berada dalam pasaran ia diubah formulasi/ubah label pada kotak atau botol produk. (Boleh dikesan apabila tiba-tiba pemilik produk membuat packaging/pembungkusan produk baru)

4. Jual produk ubat tetapi bukan ahli yang sah mengikut perundangan dan mempromosikan ubat untuk tujuan lain. (Cth : Jual ubat Pil keguguran/Jual Tablet Steroid untuk tujuan meningkatkan berat badan/ Jual Cream yang mengandungi ubat seperti hormon)

5. Jual product yang mengandungi ubat tetapi dalam bentuk bukan ubat kemudian buat tuntutan seperti ubat. (Cth: Candy [bentuk gula-gula] untuk perangsang seks/gula-gula yang mengandungi ubat perangsang seks)

6. Produk maknan tapi buat claim/tuntutan perubatan (Cth minuman jus-jus atau minuman herba yang membuat promosi boleh merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, gout, lelah, kanser dll)

7. Ada pemilik kosmetik yang memberi alasan produk mereka dipalsukan apabila KKM menemui bahan terlarang dalam produk mereka. Sebagai pemilik yang bertanggungjawab, mereka (pemilik produk) perlu tampil memberi penjelasan dan makluman awal kepada pengguna akan kewujudan produk palsu dalam pasaran, bukan selepas pihak KKM membuat tindakan.

Kawalan Kosmetik adalah berbentuk kawalan kendiri dan memang telah dinyatakan dalam buku panduan bahawa tanggungjawab pemilik produk untuk menjaga isu keselamatan produk mereka dalam pasaran.

8. Produk telah dirampas, masuk semula dalam pasaran dengan pembungkusan produk yang baru. (Dapat dikesan apabila ada produk seakan-akan produk yang pernah dirampas atau bermasalah namun berada semula dalam pasaran dengan pembungkusan produk yang baru)

9. Produk yang mempunyai bahan aktif yang sama daripada kilang yang sama tetapi jenama dan pembungkusan produk yang berbeza dan dimiliki oleh pemilik yang berbeza-beza (Boleh dikesan dengan pencarian nama pengilang menggunakan applikasi Medi-Quest [ https://play.google.com/store/apps/details… ]
dan melihat kesamaan produk dalam senarai produk yang dikeluarkan oleh pengilang tersebut)

10. Produk yang telah diharamkan di luar Negara namun masuk ke dalam negara kita, kemudian diberi nama dan pembungkusan produk yang baru (Boleh dikesan apabila berlakunya kesan sampingan kepada pengguna dan kes tersebut dilaporkan kepada pihak KKM)

11. Produk ubat, tetapi buat promosi sebagai kosmetik (Cth: ubat dalam bentuk suntikan yang dipromosikan sebagai produk kosmetik oleh penjual)

12. Produk yang dihantar untuk kelulusan notifikasi sebagai kosmetik tetapi penjual/pemilik membuat promosi produk sebagai ubat (Cth : Produk yang ada nombor notifikasi kosmetik tetapi membuat tuntutan untuk merawat lelah, resdung, menyambungkan ligamen lutut yang putus, meningkatkan funsi seks dll)

13. Produk hit ; Baca posting ini >
https://www.facebook.com/mohd.dziehan/posts/10155201913117630

14. Manipulasi Pengkelasan produk. Penggunaan bahan daripada “Negative List For Food”. Ia sepatutnya bukan makanan malah ia adalah ubat !! (Lihat gambar di bawah)

15. Antara taktik lain yang sering digunakan oleh penjual ubat-ubatan adalah :
Menggunakan imej profesional seperti visual personaliti yang memakai ‘white coat’ atau memakai alat stetoskop (Cth: produk sembur-sembur boleh merawat kencing manis, darah tinggi, stroke, gout, dll)

Penggunaan nama atau gelaran seperti Dr, Profesor, Dato’ juga turut digunakan dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab semata-mata hanya ingin menarik perhatian agar tampak memiliki reputasi yang tinggi. (Banyak contoh yang telah dibongkarkan status sebenar gelaran pangkat mereka dalam media sosial…anda pasti tahu

Tidak dilupakan juga, ada sesetengah penjual menggunakan agama untuk melariskan produk mereka. Penggunaan kenyataan makanan Sunnah adalah antara metod popular yang sering digunakan dalam kalangan penjual.

Selain itu juga ada sesetengah penjual menggunakan ustaz atau selebriti selaku duta dalam melariskan produk dan jualan mereka.

Tip buat pengguna;

• Pastikan produk ubat yang ingin dibeli berdaftar dengan pihak KKM atau untuk kosmetik ia mempunyai nombor notifikasi KKM. Boleh semak menggunakan applikasi Medi-Quest :
https://play.google.com/store/apps/details…

• Sekiranya pengguna membeli ubat atas talian…HANYA boleh membeli ubat yang dikategorikan sebagai over-the-counter (OTC) atau ubat am, tradisional dan suplemen kesihatan sahaja (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja).

• Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH dijual secara online. Ubat preskripsi hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja (No. MAL yang diakhiri dengan A)

• HANYA dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berlesen sahaja.

• ELAKKAN membeli ubat dari laman web luar negara.

• JANGAN terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis.

• Jangan terpedaya dengan promosi berbentuk testimoni. Tolak promosi bentuk seperti ini 100%. Kerana Anda terdedah dengan pembohongan.

• Setiap bentuk promosi ubat lihat kepada nombor kelulusan Lembaga Iklan Ubat K.K.L.I.U yang dicirikan seperti berikut : 4nombor siri/tahun cth —> 1234/2017 . Nombor ini perlu ada pada apa sahaja bahan promosi dalam bentuk cetakan atau poster multimedia mahupun iklan TV. Iklan radio kena ada ayat ini dilafazkan dalam skrip promosi “Iklan ini telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat KKM”. Semak iklan yang telah diluluskan dihttp://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan

• Perlu diingatkan pembelian ubat secara online daripada sumber yang tidak sah anda mungkin akan mendapat ubat yang tidak berdaftar atau ubat yang dicemari racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda.

• Semakan produk yang dikesan mengandungi racun berjadual boleh di semak http://npra.moh.gov.my/…/…/adulterated-products-unregistered

• Netizen boleh membantu dengan memberi cadangan, membuat aduan atau pertanyaan menggunakan sistem pengurusan aduan ini kepada pihak KKM di : http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

• Pengguna atau netizen boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 yang telah disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM untuk bertanyakan sebarang kemusykilan berkaitan ubat-ubatan. (Isnin-Jumaat : 8am-5pm)

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Kredit: Infografik daripada Cawangan Penguatkuasa Negeri Kelantan

Harap dengan perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada anda pengguna di luar sana supaya tidak terpedaya dengan produk produk yang ada di pasaran.

22 thoughts on “INILAH TAKTIK LICIK PENJUAL LARISKAN PRODUK”

  1. onie kalau bab produk ni ambik berat jugak, lelagi bila kita nak pakai, apa yang onie perasan produk zaman sekarang lelagi yang tempatan ni banyak dikeluarkan dari kilang yg memang dah ada formula dia sendiri pastu just rebrand je…

  2. Sepatutnya kena denda kaw kaw atau hukuman berat kepada pengusaha kosmetik yang tak ikut prosedur dan tak dapat kelulusan KKM ni.

    Bila cepat nak kaya, apa pun dorang sanggup buat. Asalkan duit masuk poket, sanggup pertaruhkan keselamatan dan nyawa orang lain. Ish!

  3. Lani mcm2 produk…
    Rasanya KKM pun jenuh nk check satu2

    Pastu rasanya ketrajaan pun kena pantau kilang2 OEM jgk..
    Sbb kilang OEM pun tumbuh bgaikan cendawan…n sebab tu la mcm2 produk ada lani

  4. Makin banyak produk wujud dipasaran.

    Bukan produk yang berdaftar je kita perlu risaukan. Ada produk tiruan menggunakan packaging dan jenama hampir menyerupai produk yang didaftar… Itu pun bahaya juga.

    Dan tempat ianya diproses juga diragui.

  5. Idea perniagaan dah semakin banyak kan. Terpulang dari kita nak buat yang mana satu. Tapi harus hati-hati. Takut Islam tak menghalalkan cara.

  6. Saya taktahu macam mana produk local senang senang je dapat sijil kkm. Kalau ikut banyak produk local yang tak berapa elok . hmm rasanya baik berlaku jujur dalam business kan . Bytheway good info sis

  7. produk mengandungi bahan kimia terlarang bukan saja ada di Msia malahan diluar negara pun banyk. cuma mereka cekap mengambil tibdakan pd prpduk tersebut

    di Msia susah nk kata.. sepatutnya kuasa pengguna boleh saja membuat report pd pengguna..

  8. Setahu saya, dalam permohonan quest3+,pengilang perlu tunjukkan jenis bahan yang digunakan serta dosnya, lepastu kena lampirkan juga packaging utk verified x overclaimed and so on. kalo x lepas, kena mohon yang baru.

  9. asalnya nak beli produk tempatan sebab dikatakan bagus, sambil-sambil nak membantu usahawan tempatan.
    tapi kalau usahawan mcm ni asyik nak claim mcm2 walapun hakikatnya tak betul, baik berhabis sket tetapi puas hati dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *