INILAH JENIS JENIS VAKSIN & TUJUAN IA DI BERIKAN KEPADA ANAK KITA

Sejak lahir kita sedia maklum seorang bayi akan di vaksinkan dengan suntik sampai berumur 2 tahun. Kemudian di sambung di beri vaksin semasa di sekolah. Tapi saya percaya ramai ibu bapa tidak tahu jenis vaksin yang di berikan & kenapa vaksin tersebut di berikan.

Saya ada terbaca perkongsian dari Facebook seorang jururawat Bel Nawhen yang saya rasa sangat baik untuk saya kongsikan dengan anda.

Untuk tidak tersalah menyampaikan fakta saya copy info..

Mengapa setiap vaksin diberi dan jenis penyakit yang dicegahnya.

Sebagai ibu, bakal ibu serta masyarakat di zaman teknologi masa kini. Mempunyai sedikit ilmu tentang anak-anak terutama vaksinasi yang diterima adalah digalakkan agar anda tahu adakah vaksinasi yang diberi betul mengikut jadual pemberian vaksin yang terkini.

* BCG – adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.

* DTap – adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.

* DT – adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.

* Hib  – adalah Haemophilus Influenzae type B.

* MMR – adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.

* MR – adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.

* JE – adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.

* HPV- adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah

~Tibi (Tuberculosis):

Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.

~ Hepatitis B:

Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati

~ Difteria:

Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

~ Pertussis (batuk kokol):

Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.

~ Tetanus:

Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

~ Polio:

Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidak upayaan fizikal atau kematian.

~ Penyakit Hib:

Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

~ Measles (campak):

Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.

~ Mumps (beguk)

boleh mengakibatkan radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.

~ Rubella,

biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Saya kongsi cara cara suntikan serta lokasi untuk suntikan diberi;

BCG – Di bawah kulit lengan kiri
DTap/ HiB/ IPV – Suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau Lengan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun)
MMR – Di otot peha. (Umur 7 tahun, di lengan.)
HPV – Di otot lengan
ATT – Di otot lengan

Vaksin ni bertindak atas penyakit tertentu sahaja. Ia tidak bermakna satu jenis vaksin, semua penyakit termasuk penyakit ‘M’ pun boleh halang. Ia MENCEGAH penyakit tertentu sahaja mengikut jenis.

Kenapa Anak Demam Selepas Vaksin?

Anda perlu tahu, demam selepas pemberian vaksin adalah biasa kerana respon tubuh pada vaksin tersebut. Vaksin BUKAN nak cegah demam dan selsema.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *