INILAH 10 PULAU TERCANTIK DI DUNIA

Kebanyakkan orang memilih pulau sebagai destinasi percutian terutama bagi pasangan yang ingin berbulan madu. Sebab Pulau ni selalunya jauh dari kesibukkan kota & mampu memberi ketenangan selainnya mempunyai permandangan yang cantik. Perkara tu memang membangkit mood untuk berkasih sayang tak kira dengan pasangan ataupun keluarga.

Pulau yang cantik memang menjadi impian & destinasi pilihan ramai. Lebih2 lagi pulau yang masih mengekalkan keindahan semulajadi. Bagi yang merancang nak bercuti atau berbulan madu ke pulau Meh sini nak tunjuk, 10 pulau yang tercantik di dunia. Confirm! Ada yang fall in love punya

  1. Pulau Maladewa –  Pulau ni terletak di di sebelah selatan-barat daya India dan memiliki iklim tropika. Permandangannya sangat cantik umpama  taman syurga.  Di kepulauan maladewa ini mempunyai banyak spesies flora dan fauna yang jarang hidup di pulau yang lain. Sekiranya anda berkunjung ke pulau ini anda akan dapat melihat terumbu karang yang cantik serta pasir putih yang bagaikan kristal putih berkilauan.
  2. Pulau Bora Bora – Pulau ni terletak di negara perancis. Ia juga di senaraikan sebagai pulau tercantik di dunia.  Pulau yang terletak di negara polinesia perancis ini memang berbeza dengan pulau-pulaulain. Kerana terkenal dengan keindahan alam yang memukau. Pulau Bora-bora sangat subur kerana memiliki telaga vulkanik yang sangat besar. Di pulau ini boleh menikmati kehijauan pepohon serta boleh mandi kolam air panas sekiranya anda berkunjung ke bora-bora island.
  3. Pulau Palawan, Filipina – Sesiapa sahaja ke pulau ini paling kagum melihat keindahannya. Ia di kenali sebagai Heaven of the earth. Pulau Palawan mempunyai keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan sesiapa sahaja. Dengan terumbu karang yang hidup subur, airnya yang jernih boleh melihat hidupan laun yang cantik & anda juga boleh membuat aktiviti menyelam. Di katakan pulau ini adalah pulau yang paling terbaik untuk melakukan aktiviti menyelam.
  4. Pulau Seychelles – Pulau Seychelles merupakan salah satu pulau tercantik di dunia yang Terletak di Timur Kenya. Pulau Seychelles ini memang terkenal dengan keindahan alam dimana di kepulauan ini memiliki 115 terumbu karang yang tiada di kepulauan lain. flora dan fauna yang hidup di pulau Seychelles ini di perakui oleh UNESCO sebagai warisan dunia yang wajib dilindungi.
  5. Pulau Santorini – Kalau anda nak menikmati keindahan alam pantai yang memiliki spot alam bawah air yang memukau maka Santorini island sangat sesuai untuk dijadikan destianasi percutian anda sekeluarga. nikmati keindahan alam yang hijau serta keindahan alam bawah laut di pulau santorini island ini.
  6. Pulau Cook – kepulauan cook terletak di sebelah timur Tonga. Jika anda mengimpikan untuk ke pulau yang mempunyai keindahan alam semulajadi dan belum di teroka oleh manusia, maka kepulauan cook yang terletak di Samudra pasifik bagi selatan ini sangat sesuai untuk anda. Ini kerana selain dikenal dengan kecantikkannya, pulau cook ini juga belum di teroka oleh manusia. Semasa anda berkunjung ke pulau ini, anda akan menikmati permandangan deretan pohon kelapa hijau yang tersusun rapi, pantai pasir putih yang berkilau bak mutiara dan juga puncak gunung berapi.
  7. Pulau Dewata Bali – Salah satu Pulau tercantik di dunia adalah pulau bali.  Pulau bali terletak di Indonesia bahagian timur ini memang di kenali dengan keindahannya di seluruh penjuru dunia.  bahkan pulau dewata bali ini juga sudah berkali-kali mendapatkan penghargaan dari UNESCO sebagai salah satu pulau terindah di dunia.
  8. Pulau Dalmatian – Jika anda ingin melihat pemandangan matahari tenggelam (sun set) maka anda patut berkunjung ke pulau dalmatian ini. pulau yang terletak di negara kroasia ini memang di kenali kerana memiliki pemandangan alam yang indah dan menarik.  Setiap kali senja menjelang pantai di pulau dalmatians ini selalu akan di kunjungi oleh ribuan orang untuk melihat keindahan pemandangan matahari tenggelam
  9. Pulau Fiji – Pulau Fiji adalah pulau yang memang sudah di kenali ramai., kepulauan fiji merupakan salah satu pulau tercantik di dunia yang terletak di negara Australia. di pulau ini anda akan dapat melihatr pasir putih yang berkilau bagai mutiara, birunya ombak samudera pasifik serta deretan terumbu karang yang tersusun rapi.  di Musim cuti, pulau fiji menjadi salah satu pulau yang banyak dikunjungi pelancong seluruh dunia.
  10. Pulau Kaua’i – Adalah pulau di Hawaii yang tertua dan ke-4 terbesar. Pulau Kaua’i atau lebih dikenal dengan sebutan “The garden isle” merupakan salah satu pulau tercantik di dunia yang memiliki keindahan alam yang sangat menakjubkan. Pulau Kaua’i ini di kenali sebagai taman syurga di dunia. jika anda berkunjung ke pulau Kaua’i ini,  anda akan menikmati keindahan pantai yang memukau serta pemandangan alam bawah laut yang sangat indah.

Jadi jika anda mempunyai bajet yang lebih.. Boleh la pilih salah satu pulau ini untuk di jadikan destinasi percutian atau bulan madu. Selain merehatkan diri.. Inilah masa untuk menghirup udara segar yang bebas dari sebarang pencemaran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *