INI SEBAB MASIH TERMENGANDUNG WALAU AMBIL PIL PERANCANG

Share

 

Bagi wanita yang dah berkahwin.. Sangat penting juga untuk tahu tentang perkara ni demi merancang keluarga. memang ada berbagai kaedah untuk merancang kehamilan ni, Salah satunya dengan mengambil pil perancang untuk menjarakkan kehamilan.

Jangan kita mengecam mereka yang merancang menggunakan pil ni. Itu pilihan masing masing. Mungkin anda rasa selesa merancang secara semulajadi tapi mungkin orang lain tidak. Jadi hormati pilihan masing masing itu penting.

Pengambilan pil perancangan untuk menjarakkan kehamilan adalah cara paling mudah & sangat berkesan. Tapi masih ada juga yang terbabas walau mengambil pil perancang ni. Tup tup UPT positif jer.. Mesti pelik kan macam mana boleh termengandung walau mengamalkan pil perancangan kehamilan.

Ini sebab kenapa masih termengandung walau mengambil pil perancang..

Pil perancang keluarga mempunyai hormon yang menghalang ovulasi dari berlaku. Ia mengubah mukus pada pangkal rahim dan juga mengubah suai dinding rahim, lantas menghalang implantasi.

Akibatnya, sperma tidak dapat memasuki pangkal rahim. Kombinasi kedua-dua ini menghalang seseorang wanita daripada mengandung.

pil sangat berkesan sebagai kontraseptif yang dapat melindungi wanita. Jika betul penggunaannya, kurang dari satu dalam 100 akan termengandung dalam masa setahun.

Namun demikian, lazimnya lapan peratus pengguna biasa akan termengandung disebabkan oleh kecuaian dari segi memakan pil ataupun mungkin pil tidak dapat diserap disebabkan oleh permasalahan muntah-muntah.

Sekiranya ini berlaku, terpaksa menggunakan kaedah lain untuk mencegah daripada termengandung. Sumber: Utusan Malaysia 

Jadi jangan pelik kenapa termengandung walau mengambil pil perancang. Kalau ambil pil perancang penting untuk konsisten ambil setiap hari pada waktu yang sama. Tak boleh skip.. Ter skip sehari dua pun boleh berisiko anda mengandung jika bersama suami.

Kalau anda nak merancang kehamilan dengan menggunakan pil perancang paling senang nak konsisten adalah dengan cara set je alarm untuk remind masa makan ubat. Insya Allah.. Tak lupa hehehe.

One Comment:

  1. Oh gitu baru saya tau. Patutlah kadang heran bin ajaib dah ambil pil perancang, tapi tetiba wife pregnant jugak hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *