INI SEBAB FAKE BRACES BAHAYA & PEMASANGAN TANPA TAULIAH SANGAT BERISIKO

Sejak dua tiga hari ni kecoh isu seorang gadis yang menjalankan perkhidmatan menjual & memasang braces (pendakap gigi) tanpa tauliah & lesen hangat di perkatakan bila mahkamah menjatuhkan hukuman atas kesalahannya. Akibat tidak mampu membayar denda, dia di penjara sebelum usaha mencari dana bagi membayar denda di jalankan oleh ahli keluar & kenalan bapanya.

Biarpun ada pertikaian yang mengatakan kesalahan dia tidak begitu besar untuk di penjara.. Atas rasa prihatin saya nak kongsikan kenapa face braces (pendakap gigi tiruan) & servis memasang braces tanpa tauliah & lesen tu sangat bahaya pada pengguna.

isi kandungan fake braces ini tidak diketahui samada selamat untuk kesihatan atau tidak. Terdapat laporan mengatakan salah satu bahan yang terkandung di dalam fake braces ini adalah plumbum yang berbahaya pada kesihatan.

Selain daripada itu alat-alat yang digunakan untuk pemasangan fake braces ini tidak dinyahkuman sebagaimana yang dilakukan di klinik-klinik pergigian ortodontik.

Banyak saranan yang telah diberikan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang menghalang orang ramai memakai fake braces di atas sebab keburukan dan kemudaratannya pada kesihatan.

Terdapat dua kematian yang dilaporkan di Thailand yang dipercayai berpunca akibat tertelan fake braces.

Pemakaian fake braces ini bahaya kerana, Pada permukaan gigi, kesan gam yang dilekatkan boleh menyebabkan gigi terhakis. Karies gigi dan gusi berdarah juga boleh terjadi kerana tiada penerangan untuk penjagaan gigi selepas pemasangan. Tunjuk ajar cara memberus gigi tidak diberitahu kepada para pembeli fake braces.

Selain itu, pemasangan fake braces boleh menyebabkan pergerakan gigi secara tidak langsung. Walaupun pergerakan gigi ini mungkin tidak banyak, ada juga kes dilaporkan hampir menyebabkan gigi goyang dan hampir tertanggal dari gusi.

Sumber : Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemakaian braces sekarang bukan lagi untuk membetulkan susunan gigi tapi kebanyakkan orang sekarang terikut dengan trend memakai braces di tambah lagi fake braces sekarang di datangkan dengan bermacam design & warna yang agak catchy.

Kalau dulu pemakaian braces ni mungkin menjadi sesuatu yang memalukan tapi sekarang nampaknya menjadi satu lambang fesyen, kemewahan & kecantikkan.

Apapun pemakaian braces tidak salah tapi merujuk la kepada mereka yang bertauliah dalam bidang tersebut & gunalah braces yang selamat supaya tidak mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

Speak Your Mind

*