INI SEBAB BAYI MENGERAS DALAM PERUT & CARA MENGATASINYA

Bagi wanita yang biasa mengandung memang akan alami perut rasa mengeras & kejang. Kadang – kadang sampai rasa tegang dalam perut. Memang salah satu pengalaman hamil yang indah juga kan? Tapi ramai yang tak tahu kenapa berlaku situasi seperti itu..

Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-urat anda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut.

Mungkin ramai beranggapan ia reaksi biasa baby dalam perut tapi sebenarnya perkara tu berlaku ada sebabnya.. Tiada satu perkara pun dalam dunia ni berlaku tanpa alasan & sebab munasabab.. Jadi meh saya kongsikan dengan anda kenapa berlakunya bayi mengeras..

  1. Bayi bergerak aktif
  2. Biasanya berlaku semasa atau selepas bersama pasangan (suami)
  3. Selepas melakukan senaman
  4. Semasa mengangkat barang yang berat
  5. Bila si ibu aktif
  6. Perut penuh
  7. Semasa atau selepas mengurut perut
  8. Dehidrasi

Dari apa yang saya baca itulah faktor yang mungkin buat bayi mengeras dalam perut. Dan cara mengatasinya adalah..

  • Cuba duduk sebentar.
  • Baring mengiring ke bahagian bertentangan di mana kesakitan itu berlaku, dan tinggikan kaki anda.
  • Mandi air hangat.
  • Tuam bahagian yang sakit menggunakan botol air panas atau beg gandum.
  • Cuba relaks.

Kram & kejang perut biasanya tak perlu risauan jika berlaku semasa awal kehamilan. Tetapi kalau ada simptom-simptom yang lain seperti mengalami pendarahan, ada kemungkinan kecil ia merupakan tanda anda mengalami keguguran lewat. Harus di ingat bahawa keguguran lewat sangat jarang berlaku berbanding keguguran awal. Hanya kira-kira satu dalam 100 keguguran berlaku pada lewat kehamilan. Jadi jika ada tanda tanda berikut merujuk la kepada doktor

Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat semua.

2 Comments:

  1. Baik makan produk yang betul betul selamat saja kan

    Badan kita yang rasa kesannya

  2. Tips yang terbaik. Moga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *