INI CARANYA PAKAI JEANS KE TEMPAT KERJA

Hi Semua..

Jeans memang menjadi pilihan ramai orang malah kita boleh melihat dimana-mana sahaja pasti ada yang memakai jeans.Ianya bukan perkara aneh jika anda memakai jeans untuk acara dan aktiviti santai namun bagaimana jika jeans dipakai ketika di tempat kerja.Ada banyak pendapat mengatakan jeans tidak sesuai di pakai di tempat kerja.Apa pandangan anda?

Hari ini  saya akan kongsikan beberapa tips berpakaian ke tempat kerja dengan jeans.Mungkin  ianya akan mengubah persepsi anda terhadap jeans sebagai pakaian ke tempat kerja.

Jeans Yang sesuai dengan persekitaran kerja

Memang selesa memakai jeans apa lagi jika dapat dipakai ke tempat kerja.sebelum mengenakan jeans sebagai pakaian kerja anda sebaiknya anda teliti dahulu bagaimana suasana dan persekitaran kerja anda.Adakah sesuai mengenakan jeans atau pun tidak.Ada pekerjaan  yang tidak sesuai mengenakan jeans contohnya  seperti guru .Tapi masih dikira beruntung kerana anda masih boleh mengenakan jeans untuk aktiviti-aktiviti sampingan berkaitan sekolah .

Gambar: iowagirleats.com

Terdapat 10 jenis potongan jeans yang selalu dipakai oleh wanita.Ianya terdiri dari Straight leg,Boot cut,Super-flare ,Skinny ,Wide leg,Ankle legth,Boyfriend cut,Trouser cut ,High-waist dan Acid-wash.Anda perlu elak kan memakai jeans jenis Acid-wash dan Boyfriend cut sebagai pakaian ke tempat kerja . Acid wash adalah jeans yang ketat di bahgaian atas sehingga ke bawah.Ianya seakan-akan legging .Jeans jenis ini sangat terkenal pada awal 80an.

Yang kedua nya ialah  jenis boyfriend-cut. Jeans jenis ini biasanya lebih singkat, seksi dan ianya sangat sesuai untuk dipakai bersama blouse pendek dan t-shirt .Sesuai digayakan untuk party dan makan angin .

Gaya berpakaian dengan jeans ke tempat kerja

Bagi mereka yang bekerja di pejabat tidak menjadi masalah besar untuk memakai jeans.Namun cara berpakaian perlu di titik beratkan supaya ianya nampak bersesuaian dengan suasana bekerja serta tidak melanggar etika berpakaian

Jeans jenis ankle legth [ gambar: pinterest.com
Jeans jenis Ankle legth adalah yang paling sesuai digayakan di tempat kerja.Namun ianya perlu di pakai bersama kasut bertumit tinggi.Tidak sesuai dipadan kan dengan  flat shoes kerana anda akan kelihatan  rendah.Gayakan juga bersama kemeja dan blazer .

boot cut [ gambar:workchic.com
Jika anda lebih selesa memakai kasut bertutup dan bertumit rendah seperti slip ons anda boleh mengenakan jeans boots cut .Padankan dengan kemeja lengan panjang  atau boleh juga bersama t-shirt biasa dimana bahagian luarnya dipadankan dengan  blazer.

Jeans dan blazer adalah gabungan yang sangat ideal jika anda ingin mengenakan jeans di tempat kerja.

trouser cut [ gambar: pinterest.com
Bagi anda yang mempunyai potongan badan agak besar anda juga boleh mengenakan jeans yang sesuai ke tempat kerja.Potongan jeans jenis trouser cut.

Potongan nya sesuai untuk mereka yang mempunyai peha yang besar.Anda akan kelihatan lebih tinggi .Padankan dengan wedges, atau kasut tumit tinggi, blouse yang pendek bersama blazer yang berwarnanya lebih gelap  dari warna jeans .Jika anda mengenakan jeans hitam padan kan dengan blazer yang lebih cerah seperti warna cream.

Semoga tips yang diberikan dapat meberikan anda sedit ideal untuk menggayaakn jeans ke tempat kerja.

Terima kasih

3 thoughts on “INI CARANYA PAKAI JEANS KE TEMPAT KERJA”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *