Ingat hingga mati

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Betulkah , jika kita ingin bahagia, kita perlu memberi terlebih dahulu kebahagiaan itu pada orang lain?

Saya sangat percaya dengan kenyataan itu.

motivasi foto

Kalau tidak, takkan timbul tagline seperti “Hidupkan untuk Memberi” atau “Erti Hidup Pada Memberi “. Dan saya pasti yang sedang membaca ini pun sangat bersetuju dengan saya.

 

I indeed know who is the most generous of people and the most tolerant. The most generous is he who shares with who deprives him; the most tolerant of people is who pardons those who wrong him.” ~ The Cancer Patient

 

Apa maksudnya tu ya?

Saya bukanlah penterjemah yang bertauliah, tetapi ayat tersebut dikatakan bersumber dari Saidina Umar al-Khattab, memberitahu bahawa beliau mendapati manusia yang paling pemurah ialah manusia yang tetap berkongsi dengan insan yang mematahkan , membuang atau merampas harapannya dan insan yang paling bertoleransi ialah insan yang memaafkan mereka yang melakukan kesalahan terhadapnya.

Kalau itulah kayu ukur dalam menilai kemurahan hati dan toleransi yang ada pada individu Muslim, saya kira, saya berada jauh beribu batu untuk mencapai hakikat itu.

Memberi kemaafan sebenarnya mudah pada bibir sahaja.

I forgive but I don’t forget.

Kemaafan kita hanya setakat di bibir dan sentuhan tangan bila bersalaman. Paling bagus pun agaknya bila kita berpeluk erat memaafkan.

Tetapi, hendak memberi maaf itu hingga ia meresap dalam jiwa dan berdenyut mengikut irama nadi kita, itu yang paling payah. Apatah lagi kalau yang membuat salah itu amat rapat dan intim dengan kita, pasti lukanya menjadi dalam dan kerap ia berdarah berulang . Dan kepercayaan yang mengiring perjalanan hubungan itu menjadi goyang, dan dalam tidak sedar kita ternanti-nanti agar kesalahan itu timbul semula agar rasa bersalah kerana tidak memaafkan sepenuh hati itu tidak kita tanggung sendiri.

Pelik, kan.

Manusia seperti kita ini memang kadangnya pelik tindakan. Kita mahu tapi tindakan kita seolah tidak mahu.

Bukankah kita tahu bahawa memberi maaf dan melupakan , adalah kunci ketenangan hati.

Betul, kan ?

Hidup bukan sahaja memberi nilai material, tetapi juga dalam masa yang sama memberi nilai emosi dan spiritual, seiring.

Jom, kita cuba, memaafkan semua insan di sekeliling kita dan melupakan kesilapan mereka tetapi mengingat hingga mati kebaikan serta kebahagiaan yang telah mereka berikan pada kita.

Salam kasih 🙂

~cikgunormah@klcitizen~

Artikle ini di tulis oleh penulis jemputan puanbee.com iaitu cikgu normah , di jemput ke blog cikgu normah untuk membaca artikle yang sangat berilmiah ini di http://klcitizen.blogspot.com/  . Terima kasih & Kongsi pendapat anda di bawah :

Comments

  1. kekadang saya juga terfikir benda ni juga

  2. hidup tanpa berdendam itu lebih aman walaupun tidak mewah…

  3. memaafkan lebih mudah dari melupakan..adakalanya walupun kita cuba nak melupakan, benda tu macam dah melekat kat minda dan hati je kan

  4. budakserius :

    Jangan lah ingat sampai mati.hehe

  5. saya antara org yang susah hendak memaafkan , atau dah memaafkan tapi ingat juga ..tk ikhlas agaknya .. walo apa pun cuba untuk memaafkan ..

  6. puan kutu :

    memaafkan itu mungkin sedikit mudah tp nak melupakan tu mmg agak ssh..sebab itu tak ada ketenangan..:)

  7. mama pipie :

    thanks ye bee n cikgunormah. byk dpt belajar ni

  8. Kemaafaan adalah hadiah trindah…..kita xpernah rugi jika memaafkan org lain…

  9. Memaafkan akan buat hidup lebih tenang.. 🙂

    I feel good…

  10. insyaAllah saya cuba maafkan…

  11. Bermaaf maafan untuk kebaikan bersama .. ^__^

Speak Your Mind

*