Info Rambut : tips menjaga rambut kerinting

Rambut merupakan elemen yang penting bagi seseorang untuk menonjolkan imej sendiri. Penggayaan rambut yang tidak betul dengan cara yang pelbagai seperti mewarnakan rambut, membuat kerinting kepada rambut, menggunting rambut bahkan menyikat rambut juga akan menyebabkan kerosakan terhadap rambut kita.

Oleh itu, cara-cara yang memelihara rambut dengan betul adalah pengetahuan yang penting untuk semua orang bagi mengekalkan kesihatan rambut mereka. Rambut merupakan elemen pada badan kita yang susah dijaga kerana rambut yang telah tumbuh daripada kulit rambut kita merupakan elemen yang sudah mati.

Hal ini kerana tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka cara memanjangkan hayat bagi rambut agar rambut kelihatan sihat dan bersinar adalah sangat mustahil. Oleh itu, perkara yang boleh dilakukan untuk membolehkan rambut kelihatan sihat hanya dengan cara pemeliharaan dan penjagaan yang teliti.

una

Ya Model itu una anak saya , rambutnya kerinting dan antara rambut yang susah nak di jaga , silap syampu kepala dia gatal-gatal , silap jaga rambut jadi keras macam dawai , salah sikit rambut tak boleh disikat , memang susah sedari beliau kecil lagi .. kemudian si laila lahir , pun rambut kerinting , cabaran untuk ibu menyikat , syampu dan mengikat rambut mereka setiap hari dengan teliti , syampu pun kena pilih , tak boleh pakai sebarang .. perghhhh !! apa yang boleh dibuat untuk menjaga rambut kerinting ? jom tengok tips di bawah.

10 TIPS UNTUK MENJAGA RAMBUT KERINTING AGAR NAMPAK CANTIK DAN SIHAT

1. Kurangkan manipulasi rambut

Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar.

Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut.

2. Memilih sikat yang bergigi luas

Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita.

3. Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi

Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting.

Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera

4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah

Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.

5. Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunaan pengering rambut

Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus.

Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.

Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat.

Sumber: Ukm.my | Koleksi Petua Cantik & Sihat Puanbee.com

Search

Comments

  1. rambut sy pown kerintinng gop..tp dh gunting pndk ala ala tomboy..sbb klau pendek sng sikit nk jaga..nnti boleh lh try guna tips nie..thx..

  2. bee..ejaan salah tu.. KERINTING..hehehe :)

  3. adik mas rambut kerinting,ikut mak .tapi gulung besar. so ok la lagi.tapi mak suruh dia potong rambut pendek senang jaga,yang dia nak panjang macam mas.mas lurus, tak de masalah bab rambut. nasib baik la mas rambut lurus,kalau kerinting,menangis rasanya.hihihi
    maya_mustwany recently posted..GUNA TOKEN UNTUK NAIK LRTMy Profile

  4. bagus ler…tip ini bukan untuk anak kecil saje hehe…untuk diri sendiri juga hihi…rambut saya sendiri tak terjaga hihihi….
    Norizwan recently posted..Teh termahal dunia mengandungi tahi beruang pandaMy Profile

  5. dulu masa rambut lurus sangat, tapi bila da besar suka ikat 24 jam. sudahnya rambut jadi ala2 ombak gitu tp tak kerinting.hehehe. tapi,syukur jelah. Allah dah jadikan ;)
    Lizz recently posted..Populariti Blog Nilainya di mana?My Profile

  6. krinting tu cntik sebenarnye kan bee..tp nk jage tu lah problem sket…

    ank2 hanie xde yg kerinting , just ikal2 jer dan xde juge yg lurus keras mcm rambut abah depa… mesti nk ade juge ikal2 tu … cume ank2 nis ni yg gegurl ni lah…xreti pakai2 aksesori kpala… bila kita pakaikan,mesti depa tanggalkan balik.. gamaknye dah biase pakai tudung dr kecik … hehe
    Ummi Hanie recently posted..TAG tentang ANAKMy Profile

  7. nasib baik rambut kami anak beranak lurus…nk jaga pn senang….
    nza recently posted..Daging oooooo DagingMy Profile

  8. memang payah la jaga rambut kerinting ni nak2 lagi pagi budak2 nak pegi sekolah nak sikat lagi bila basah alahai memang renyah
    nuriz recently posted..Pelakon Fazura dan TMJ Sambut AnniversaryMy Profile

  9. Rambut damia maisarah tak kerinting dan tak lurus.. beralun ja..
    CMRatu recently posted..Gambar Persandingan – Nina dan NickMy Profile

  10. bestnyer gigirl rambut curly!!! anak saya Bo Boy Boy (3 lelaki… he3…)

  11. cantiknya gigirl rambut keriting!!! anak2 saya Bo Boy Boy (3 orang sumernyer….)
    citra recently posted..Fungsi B-ComplexMy Profile

  12. rambut saya lurus.. x susah nak jaga dan nak digayakan.. amik gel, sapu kat rambut.. setel.. heheheh
    Fakarepain recently posted..LEONG MUN YEE AYU BERBAJU KURUNGMy Profile

  13. Adik lelaki saya rambut kerinting semasa kecil memang susah sikat ketika kering kerana sikat sambut pada pintalan rambut. Selalunya paling senang sikat rambut ketika basah. Anak-anak saya semuanya rambut lurus. :-)
    akubiomed recently posted..Bermudik di Melaka River Cruise siri 1My Profile

  14. rambut kerinting cantik tapi tulah susah nak jaga kan
    ila recently posted..Aktiviti Papa dan FaizMy Profile

  15. rambut anak-anak ema straight..tp suka sikat time2 basah..
    ema recently posted..[Azwa] Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Perpisahan Sekolah Tadika Perpaduan KAMARA…. mahu sekolah sini lagi ke tak?My Profile

  16. Rambut kerinting nih kalu xkena gaya mmg susah nk jaga esp pompuan..kalu laki senang jer, berambut pendek atau botak jer terus..hilg masalah rmbut kerinting..kehkehkeh :-D
    UpProfits recently posted..Malaysia Boleh vs Indonesia BisaMy Profile

  17. bagus2…anak saya pun rambut kerinting boleh la try tip ni…
    lizz recently posted..keropok terenganu yang sedapMy Profile

  18. wah.. nice info…. ssh jugak nak sikat rmbut yg kerinting ni…. astik sangkut je.. hehe
    Norfa recently posted..Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 ditaja oleh TIGER, blogger melayu masih menyokong?My Profile

  19. mesti rambut una tu macam rambut bee kan? tul tak? sebab mesti ikut keturunan, kalau tengok paknya pnya rambut, ehhhh takde rambut hehee
    yanmie recently posted..Macaron Di Harrods KLCCMy Profile

  20. tips2 kt atas tu mmg kak sya sentiasa amalkan dari dulu… petua org tua…dh bg rambut cantik sikat 100 kali sebelum tido….ada sape2 yg rajin tak….he3
    syamila recently posted..Wifi Error for AndroidsMy Profile

  21. Cantik rambut una, kerinting semulajadi ke bee?
    ummiross recently posted..CANTIKNYA BATIK SARONG RATNA DEWI BARUMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge