Info : peluang melanjutkan pelajaran percuma di Maghribi

Info peluang melanjutkan pelajaran percuma di Maghribi ini di tulis salah seorang penulis jemputan saya , yang kini menyambung pelajarannya di Maghribi. Info ini boleh di percayai dan anda boleh berinteraksi dengan penulis di dalam kotak komen di bawah jika anda ingin bertanya tentang belajar di Maghribi secara percuma. Semoga mendatangkan kebaikkan untuk kita semua.

belajar di mahribi , cara mohon biasiswa

Nama Pena: Arrazi
Nama Blog: MyArrazi.com

——————————————–

Assalamualaikum w.b.t..

Selepas keputusan SPM diumumkan, ibu bapa dan anak-anak mula mencari-cari tempat pengajian yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Pada ketika ini, pemilihan tempat pengajian yang sesuai dan terbaik sangat penting. Jika tersalah, bakal membawa padah kepada masa depan si anak serta ibu bapa bakal menanggung kerugian seperti kos kewangan yang mahal dan impian mereka untuk melihat anak-anak berjaya juga berkecai.

Saya pernah mendengar khabar beberapa kawan saya yang ibu bapa mereka terpaksa bergadai tanah dan menghabiskan duit puluhan ribu ringgit untuk menghantar anak-anak mereka belajar, khususnya belajar di luar negara.

Di sini, saya akan berkongsi peluang yang jarang dilihat oleh para ibu bapa di Malaysia tentang peluang belajar secara percuma di Maghribi.

Kebiasaannya, kita dimomokkan dengan pendidikan yang terbaik perlulah dilakukan dengan modal yang juga bukan sedikit. Nilai angka wang dengan kualiti pengajian adalah sesuatu yang relevan bagi sesetengah bidang pengajian sahaja dan tidak bagi bidang-bidang pengajian yang lain.

Bidang-Bidang Yang Diiktiraf

  • Di Maghribi, pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia hanyalah 4 bidang pengajian sahaja:
  1. Bidang Bahasa Arab ( Linguistik dan Sastera)
  2. Bidang Pengajian Islam
  3. Bidang Syariah dan Undang-Undang Perancis
  4. Bidang Usuluddin

**Semua bidang ini boleh diambil dengan percuma tanpa mengeluarkan wang walaupun sesen. Selain itu, kualiti pengajian di sini juga berada pada tahap yang membanggakan walaupun dengan kemudahan pendidikan percuma.

Kemudahan  Dan Kelebihan Kepada Mahasiswa

  • Antara kemudahan yang disediakan bagi mahasiswa di sini ialah:
  1. Asrama bagi mahasiswa dan mahasiswi  dengan bayaran MAD 350 bersamaan RM132 setahun ( dengan jumlah pengambilan yang terhad).
  2. Biasiswa sebanyak 750 Dirham Maghribi sebulan iaitu kira-kira RM280. Jumlahnya sedikit tetapi dapat menampung keseluruhan perbelanjaan kita selama sebulan. Ia hanya untuk 15 mahasiswa bagi pengambilan kali pertama.
  3. Diskaun separuh bayaran bagi rawatan ke atas mahasiswa. ( Khas untuk penerima biasiswa)
  4. Kemudahan kantin dengan harga yang super duper murah 🙂 Bayangkan dengan RM1 boleh membuatkan kalian kenyang dan tidak boleh berjalan.
  5. Kad Kereta Api bagi mahasiswa. Dengan setiap pembelian tiket, mahasiswa dapat menerima 50% atau 25% diskaun daripada harga asal tiket.
  • Selain daripada kelebihan sebagai pelajar di sesebuah universiti, terdapat beberapa kelebihan secara umumnya yang dinikmati oleh semua pelajar malah pegawai yang bertugas di sini. Antaranya ialah:
  1. Pengetahuan qiraat warsy yang digunakan di sini dengan perbezaan qiraat yang kita guna pakai iaitu qiraat hafs.
  2. Pengetahuan mazhab maliki dengan praktikalnya kerana Maghribi menggunakan mazhab ini sebagai mazhab rasmi negara.
  3. Kos sara hidup yang sederhana. Dengan kos serendah RM300 ianya sudah mencukupi untuk perbelanjaan mahasiswa di sini. Ini bagi pelajar yang tidak mendapat zakat mahupun biasiswa. Bagi yang mendapat kedua-duanya, bayangkanlah kehidupan mereka di sini.
  4. Mempunyai kemudahan yang baik serta merupakan Negara Arab yang termaju daripada sudut kemudahan yang disediakan.
  5. Orang Arab yang baik dan suka membantu. Sikap orang Arab Maghribi hampir kepada sikap dan tingkah laku orang Malaysia. Lemah lembut dan bersopan santun. Tetapi tidak semua tempat begitu.
  6. Menggunakan bahasa Arab standard atau fushah sebagai bahasa pembelajaran.
  7. Boleh belajar bahasa asing seperti bahasa Hebrew, Urdu, Perancis, Jerman, Spain serta bahasa-bahasa asing yang masyhur yang termasuk dalam sesi pengajian atau pusat-pusat bahasa.

Pengambilan Mahasiswa 

Terdapat 2 kemasukan bagi pengambilan pelajar.

Pengambilan pertama adalah 15 mahasiswa yang terbaik manakala kemasukan seterusnya adalah mengikut budi bicara pihak kementerian di sini. Apa yang boleh dilakukan Kedutaan Malaysia di sini hanyalah memohon jumlah penambahan yang baru.

Namun, mahasiswa yang datang kemudiannya tidak dapat menerima kebanyakan kemudahan yang saya nyatakan di atas kerana kehadiran mereka hanyalah mengambil kouta daripada negara-negara Asia lain yang tidak penuh.

Zakat

Walaupun begitu, kemudahan ini dapat ditampung dengan penerimaan zakat daripada pelbagai pihak di Malaysia mahupun zakat perniagaan daripada syarikat yang beroperasi di Maghribi. Jadi, masalah kewangan tidak menjadi isu besar dengan pertolongan daripada institusi-institusi seperti ini.

Bagi Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Terengganu mereka dijanjikan dengan zakat yang konsisten daripada  Majlis Agama Islam bagi setiap negeri. Manakala, Negeri Kelantan pula perlu diminta bagi setiap tahun dan mengikut rezeki masing-masing.

Salah satu kelebihan lagi, apabila belajar di Maghribi ialah kebenaran untuk mengambil lebih daripada satu bidang pengajian. Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang dihantar untuk mengambil jurusan Pengajian Islam, boleh juga mendaftar mengambil jurusan farmasi. Maka, beliau perlu menguruskan jadualnya untuk memasuki kedua-dua sesi pengajian tersebut dalam satu semester yang serentak. Tapi ini pilihan dan bukannya kewajipan. Hanya yang betul-betul sabar sahaja yang boleh melakukannya.

Bilangan Mahasiswa

Di sini, terdapat 7 wilayah yang dihuni oleh pelajar Malaysia bagi mengikuti pengajian mereka. Setiap wilayah pula tidaklah mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Keseluruhannya, mahasiswa di Maghribi hanyalah berjumlah kira-kira 105 orang pelajar. Jadi, ia membuka ruang kepada mahasiswa di sini untuk lebih berdikari dengan bercampur dengan orang Arab.

Peluang seperti ini tiada di Negara-negara Arab lain yang dihuni oleh ratusan ribu pelajar Malaysia. Malah, di sesetengah negara, ianya seolah-olah negara kedua bagi Malaysia.

Sistem Pengajian Di Maghribi

Mengikut sistem pengajian yang baru, terdapat 2 semester bagi setiap tahun pengajian dengan diisi 4 modul bagi setiap semester dan mahasiswa perlu menjalaninya selama 16 minggu. Setiap sesi pengajian bagi setiap subjek pula selama 1 jam setengah atau 2 jam.

Bagi Diploma, mahasiswa perlu menjalani 2 tahun pengajian atau 4 semester, peringkat ijazah 1 tahun pengajian atau 2 semester, peringkat master 2 tahun pengajian atau 4 semester dan peringkat doktor falsafah sekurang-kurangnya 3 tahun pengajian.

Persediaan Belajar

Bagi persediaan belajar di sini, kalian perlulah menguasai sekurang-kurangnya:

  1. Bahasa Arab secara asas iaitu membaca, menulis dan bercakap dengan pengetahuan yang asas.
  2. Bahasa Perancis ( sebaik-baiknya dibuat persediaan awal)
  3. Kemahiran computer ( memudahkan sesi pembelajaran dan untuk score subjek ini).
  4. Menghafal al-quran ( sebaik-baiknya).

Sekadar itu sahaja perkongsian saya tentang peluang pembelajaran secara percuma di Maghribi. Saya sangat mengalu-alukan kedatangan saudara atau saudari mahupun anak-anak tuan-tuan dan puan-puan untuk menyambung pelajaran di Maghribi. Terdapat pelbagai peluang lain yang tidak dapat saya sebutkan kerana saya juga bimbang kalian tidak mampu membacanya sampai habis.

Akhir kata, tanyalah kepada orang yang tahu nescaya kita beruntung.

69 Comments

  1. bolia jaafar 17 April 2017 Reply
  2. alias puteg 26 March 2017 Reply
  3. Amierul Haieqal 13 March 2016 Reply
  4. Muhd Azizi 11 March 2016 Reply
    • puanbeeAuthor 12 March 2016 Reply
  5. Sofya 4 March 2016 Reply
  6. mohd afiq 1 February 2015 Reply
  7. alif 23 January 2015 Reply
  8. norhamilah 10 January 2015 Reply
  9. umar izzat 31 December 2014 Reply
  10. HAna 31 December 2014 Reply
  11. SITI 13 December 2014 Reply
  12. husaini 8 December 2014 Reply
  13. ashad 4 November 2014 Reply
  14. ashad 4 November 2014 Reply
  15. Wan Muiz 15 October 2014 Reply
  16. Anis 8 October 2014 Reply
  17. bashirah bt abdul aziz 14 July 2014 Reply
  18. shahira 9 July 2014 Reply
  19. El 21 April 2014 Reply
  20. ALFARABI 5 April 2014 Reply
  21. Nur Ashira 26 March 2014 Reply
  22. Naqib Aizat Rozali 13 February 2014 Reply
  23. Tuan Anis 12 January 2014 Reply
  24. daniel amran 30 December 2013 Reply
  25. mohamad rizuwan asri 29 November 2013 Reply
  26. Firdaus Azizi 16 September 2013 Reply
  27. Nur Ain 23 August 2013 Reply
    • Arrazi 7 September 2013 Reply
  28. abdul kadir 24 June 2013 Reply
  29. abdul kadir 24 June 2013 Reply
  30. Hazizi Haron 20 February 2013 Reply
    • Arrazi 7 September 2013 Reply
  31. Hazizi Haron 20 February 2013 Reply
    • Arrazi 7 September 2013 Reply
  32. mus 17 February 2013 Reply
  33. muazfaris 14 February 2013 Reply
    • Arrazi 7 September 2013 Reply
  34. Asyrof Asri 13 February 2013 Reply
    • Arrazi 14 February 2013 Reply
  35. Denaihati 12 February 2013 Reply
    • Arrazi 14 February 2013 Reply
  36. Hafizul 12 February 2013 Reply
    • Arrazi 14 February 2013 Reply
  37. Wa Iman Takwa 11 February 2013 Reply
    • Arrazi 14 February 2013 Reply
  38. sha 10 February 2013 Reply
    • Arrazi 14 February 2013 Reply
  39. Petua Puteri 10 February 2013 Reply
    • Arrazi 14 February 2013 Reply
  40. Juan 10 February 2013 Reply
    • Arrazi 10 February 2013 Reply
  41. Blog Keperawatan 10 February 2013 Reply
    • Arrazi 10 February 2013 Reply
  42. akubiomed 10 February 2013 Reply
  43. titan 9 February 2013 Reply
  44. ummiross 9 February 2013 Reply
    • Arrazi 9 February 2013 Reply
  45. papa mifz 9 February 2013 Reply
    • Arrazi 9 February 2013 Reply
  46. syaifuddin alias 9 February 2013 Reply
    • Arrazi 9 February 2013 Reply
  47. Aiman Aziz 9 February 2013 Reply
    • Arrazi 10 February 2013 Reply
  48. nurmisnan 9 February 2013 Reply
    • Arrazi 10 February 2013 Reply
      • wardah 17 May 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.