Info Borang Bantuan Isi Rumah RM500 Dikeluarkan Bulan Disember

Pemberian bantuan isi rumah rm500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. borang bantuan isi rumah RM500 itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar dan setelah mereka yang layak menghantar borang tersebut kepada LHDN, pembayaran dijangka mula dibuat pada bulan Januari.

Pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat melalui Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik. Agak-agak bank apa yang menjadi pilihan untuk memberi wang bantuan rakyat RM500 ni , harap-harap jangan sampai rakyat terpaksa buka akaun bank tertentu untuk menerima wang bantuan rakyat ni , selain itu LHDN akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan isi rumah RM500 tersebut. So memang tak ade penipuan lah kan , cuma ada pertanyaan disini , adakah penerima atau sesiapa nak memohon kena daftar dengan E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat tu pula ?

Pemberian Bantuan Isi Rumah RM500 ini adalah apa yang di bentangkan oleh PM dalam perbentangan bajet 2012 yang lalu , Maksud pendapatan isi rumah kurang dari RM3000 itu adalah jumlah semua pendapatan satu rumah tidak melebih RM3000 , baru layak .. maksudnya . satu rumah , campur mak , abang , ayah , atuk , nenek ke.. kan ..

Laman social LHDN Twitter , Facebook dan juga Youtube juga di lancarkan akan mula beroperasi pada 1 november 2011. Makin senang nak tengok dan berhubung secara terus dan mendapatkan info mengenai?borang bantuan isi rumah RM500 .

psstt : Nak tolong ambil borang bantuan isi rumah bagi pihak banyak ni .. sekurang-kurangnya dapat lah kurangkan beban semua keluarga yang bependapatan rendah.

Sumber asal : Bernama

UPDATE : 1/12/2011

Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Di Buka 10 Disember

6 Comments

  1. wawa 16 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2011 Reply
  2. mama tomell 3 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 4 November 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.