Imam Muda Musim Kedua Kembali Lagi, Kini Sasar Seluruh Dunia, Tarikh Dan Tempat Temuduga

eh Kan ramai blogger yang pandai Agama tuh, boleh lah cuba pergi temuduga yang akan berlangsung tak lama lagi!!


Imam Muda kembali untuk musim kedua setelah sambutan menggalakkan pada musim lepas. Program keagamaan ini berjaya mencuri tumpuan dunia dengan mengembangkan pendekatan kerohanian dan pemahaman sebenar tentang Islam mengikut acuan sebenar.Cuma bezanya pada musim pertama, peluang penyertaan terhad kepada warganegara sahaja.

Kini,Astro Oasis bakal meluaskan lagi pencarian Imam Muda kepada warganegara luar berikutan permintaan yang menggalakkan pada musim pertama.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kehadiran peserta antarabangsa ini mampu meningkatkan persaingan yang sihat di kalangan peserta dalam program ini.

“Kami telah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan membuka penyertaan ke peringkat antarabangsa. Apa yang penting mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan boleh menyertai segala aktiviti yang diperuntukkan dalam Imam Muda.

“Pelajar-pelajar asing yang belajar di sini juga digalakkan turut serta asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Satu faedah besar apabila mereka boleh bertutur bahasa Melayu, secara tak langsung dapat mengembangkan bahasa kebangsaan kita ke peringkat antarabangsa.

“Untuk menjadi imam yang unggul, remaja Malaysia harus didedahkan dengan persaingan antarabangsa,” ujarnya pada majlis yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu, bakal Imam-imam Muda akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang iman, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

“Segala kekurangan pada musim lepas akan diperbaiki pada tahun ini. Dan kami juga memberi pendedahan baru yang bersesuaian dengan keadaan semasa seperti selok belok ekonomi, perdagangan dan perubatan berdasarkan kitab suci Al Quran. Topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam turut diperkenalkan,” tambah Izelan.
Imam Muda musim kedua masih mengekalkan Yang Berbahagia Datuk Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan pengalamannya selama ini. Malah ManggaOnline (MO) tak dapat nafikan beliau antara tarikan utama program berkenaan. Syukur melihat tokoh agama mula dikenali anak-anak muda masa kini.

Bagi yang berminat menjadi pelapis serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai Imam, dijemput hadir ke sesi temuduga seperti berikut:

  1. 22 –23 Januari: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
  2. 28 –29 Januari: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
  3. 11 –12 Februari: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
  4. 19 – 20 Februari: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
  5. 26 – 27 Februari: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
  6. 05- 06 Mac: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Sesi ujian dan temubual terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik. Hanya 10 peserta bertuah dipilih untuk menjalani cabaran yang ditetapkan yang akan bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.

15 thoughts on “Imam Muda Musim Kedua Kembali Lagi, Kini Sasar Seluruh Dunia, Tarikh Dan Tempat Temuduga”

  1. teruja tapiii gusar sekiranya penyertaan dari dlm negara kurang. ye la dah melibatkan antarabangsa kan? apapun, satu perkembangan yg baik.

  2. Alhamdulillah, ummiross suka sangat rancangan bercorak agama termasuk imam muda ni…tak sabar tunggu musim kedua

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *