Ikan susu bakar (resepi pemanggang ajaib)

Share

Dah lama guna pemanggang ajaib , baru nak share resepinya , kalau bakar guna pemanggang ajaib ni , aroma nya lain sikit dari oven biasa , lagi satu senang , tak perlu kertas timah tu. Kalau tak rumit sikit nak balut-balut dulu baru bakar kan.  Sekarang memang banyak makan pangang-pangang kan bagus …

Ikan susu , ramai yang komen belum pernah beli ikan susu , tak tahu dan tak kenal ikan susu dan tak kurang juga takut nak beli ikan susu sebab banyak isi. Hahaha …

Ikan susu jenis bersisik , banyak tulang , tapi tak la sebanyak tulang ikan terubuk. Isinya banyak juga .. bila di bakar isi nya tak kering , ala-ala salmon pun ada , cuma isinya bewarna putih.

resepi simple : ikan susu pangang

Jika hendak bakar ikan , boleh guna cara biasa letak garam dan kunyit , itu pun bau dah merebak. Wangi sangat .. tetapi kali ni saya bakar dengan sedikit rempah.

Ikan susu bakar – rempah.

  • Cili kisar 3 sudu.  ( cili kisar guna cili kering segengam , belacan , bawang putih 4 ulang , bawang besar 1 biji dan sedikit halia )
  • Garam
  • Rempah ikan 1 sudu kecil
  • Serbuk lada sulah ajinomoto

Cara memasak.

  1. Lumurkan rempah ke semua bahagian ikan , celah-celah nya sekali.
  2. Bakar dan alih-alihkan selalu . Api perlahan.

resepi simple : ikan susu bakar

Bila dah masak .. boleh hidangkan … ikan ni tak sedap kalau masak terlalu kering , kena masak basah-basah sikit.. Semasa bakar memang akan ada air keluar . Lemak nya banyak di bahagian perut.

Sedap di cicah dengan air asam.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

14 Comments:

  1. Bahan2nya simpel dan tidak ribet, bisa saya coba kapanpun saat di rumah nie
    Trims Puan atas sharing resepnya

  2. Kalau bakar lembab mcm ni sedap dalam pemanggang ajaib ni..kalau nak garing kena dapur arang gak..kan PB..hehe

  3. Terima kasih kerana bkongsi.

  4. x pernah beli ikan susu.. atau nis kenal dgn nama lain kot

  5. sedapnya..pas banget untuk berbuka puasa nanti sore,

  6. ikan nampak sedap ler, ni yg rasa nak beli pemanggang ajaib nih

  7. Oh! Ingat tadi ikan bakar yang dicampur dengan susu.. 🙂

  8. Oh…ikan susu ni sedap dibakar rupanya…memang ikan ni banyak tulang kak..SA beli yang dah siap masak..masak lemak cili api…sedap jugak daging dia…

  9. ikan susu isinya tebal banyak juga, bakar macam ni memang sodaplah…

    • di restoran susah nak dapat ikan susu ni , kurang glemmer … tp memang sedap bila dah rasa sekali .. harga lebih kurang ikan siakap

  10. Sedap ikan ni kalau bakar, saya rajin bakar ikan terubuk tapi ikan terubuk lagi banyak tulang halus2 je.

    • yup ikan terubuk banyak tulang , akk takut anak tercekik jd makan ikan ni …. walaupun antara ikan susu dengan terubuk , akk suka ikan terubuk .

  11. Menda tu saya guna utk panggang ayam je..x pernah pon panggang mende lain..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *