Dec
2012

Idea menu harian untuk bayi 6 bulan ke 12 bulan

Gambar di bawah adalah komen pembaca di entri lama yang bertajuk idea sarapan unduk anak-anak cera mudah. Lama betul entri tu , si laila pun dah besar sekarang ni. Rasa macam dah lupa sikit dah menu harian anak-anak semasa berumur 7 bulan ni . Tapi yang pasti .. Anak saya di susu badan selama 6 bulan , dari mula lahir sampai besar la juga  .. lepas tu baru campur nestum .. kalau bayi berumur 7 bulan .. mesti lah masih makan nestum dan nasi bubur yang di kisar halus atau puri. Waktu ni , adalah masa ibu bapa bergelut menyediakan makanan anak setiap hari. Memang susah nak rancang menu anak kecil ni , beza dengan anak-anak yang telah besar kan.

persoalan nak gemukkan anak

Kalau sampai nak buat perancangan teliti untuk sediakan makanan anak susah juga la .. nanti berjam-jam kita duk fikir nak masukkan apa dan beri apa pada anak ke kesokkan harinya sampai tak de masa nak masak pulak. Hahaha .. ok seloroh je!

Langkah paling senang jika hendak merancang atau mencari idea untuk anak kecil adalah ..

1. Sediakan 3 hidangan produk tenusu setiap hari

Ketika merancang, jangan lupa masukkan tiga kali hidangan produk tenusu setiap hari seperti susu segar, yogurt dan keju ke dalam menu anak anda. Hasilnya, dia pasti akan mendapat kalsium yang secukupnya untuk tumbesaran.

2. Piramid pemakanan

Rancanglah menu harian anak berdasarkan piramid pemakanan. Kepelbagaian kumpulan makanan dapat memberikan nutrien yang diperlukan oleh anak anda untuk membesar dengan sihat. Makanan beraneka jenis juga dapat mengelakkan anak rasa bosan terhadap makanan yang anda hidangkan kepadanya.

3. Rancang awal

Agar anda tidak tertanya-tanya dan pening kepala memikirkan tentang apakah menu yang ingin dihidangkan kepada anak setiap hari, buatlah perancangan awal. Cara ini juga akan dapat membantu anda mengelakkan pembaziran terutamanya ketika membeli barangan basah.

4. Fikirkan menu yang ringkas

Adalah satu kelebihan jika anda pandai mencipta menu yang ringkas tetapi berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang sentiasa sibuk.

5. Simpanan makanan yang cukup

Pastikan anda sentiasa menyimpan stok makanan yang cukup. Hal ini penting bagi memudahkan proses penyediaan makanan kelak. Walau bagaimanapun, pastikan stok makanan yang disimpan itu berkhasiat.

6. Makanan seisi keluarga

Alangkah bagusnya jika seisi keluarga dapat menikmati makanan yang sama setiap kali tiba waktu makan. Dengan cara ini barulah anak kecil anda tidak rasa terpinggir kerana makanannya tidak sama dengan makanan orang lain. Jadi, ketika merancang menu untuk anak, carilah menu yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Sumber : Majalah Pa & Ma

Ok itu dari majalah Pa & Ma  secara general kan …. susah tak nak rancang semua menu tu ?  tak susah rasanya .. wujudkan 10 menu dan hari2 beri makanan berdasarkan 10 menu tu. Senang je ..  contoh la .. mengikut pengalaman saya.

  1. Pagi : Nestum + air kosong + susu atau telur rebus + puri
  2. Tengah hari : Bubur Nasi + air kosong + jus buah
  3. Petang  : Puri buah + jus buah + roti cicah susu
  4. Malam : Nestum / Biskut / Buah + air ksong

Biasa susu ibu di beri bila anak minta , selalunya kerap jadi tak ada jadual la ye ..

Penyediaan makanan bayi.

Bubur nasi boleh di pelbagaikan  campur pelbagai bahan lagi.

Contoh :

  1. Bubur nasi  + ikan bilis + sayur bayam  = kisarkan
  2. Bubur nasi + ayam + karot merah = kisarkan
  3. Bubur nasi + isi ikan merah/salmon / kod /ikan duri /ikan isi lain-lain + sayur sawi = kisarkan
  4. Bubur nasi + udang + ubi kentang = kisarkan

itu contoh je lah ye ..boleh pelbagaikan lagi ikut keperluan.

Buah pula .. kalau dapat beri buah yang lembut-lembut contoh pisang , betik .. dan jika hendak beri buah lain boleh juga. Sekarangkan trend buat puri untuk anak di makan di rumah. Lagi-lagi kalau ibu bekerja boleh juga buat untuk di bekalkan kepada pengasuh. Puri ni senang je ..

Buang kulit buah , kukus dan kisar halus dah boleh makan … simpan dalam bekas di bahagian atas untuk di buat stok. Nanti bawa pergi rumah pengasuh tinggal di panas kan sekali lagi dan di beri pada bayi. Senang kan .. Buah pula boleh pilih bermacam jenis buah epal , mangga , lai , lobak merah .. macam-macam lagi yang korang fikirkan sesuai. Cuba search cara buat puri bayi. Saya percaya banyak tips yang di kongsikan.

Semua di atas sekadar idea , saya pernah praktikkan pada ke tiga-tiga anak , dulu saya bekerja saya tau agak susah nak atur semua ni. Kena banyak bersabar lama-lama jadi biasa la ..

Tapi kalau tanya saya macam mana nak bagi anak debab , saya tak ada idea .. anak saya sedang-sedang je beratnya .. tetapi masih ok la kalau tengok carta berat badan anak-anak di klinik tu … tak de lah menurun melampau atau naik melampau .. ok ok aje ..

Ok .. sekadar perkongsian. schedule post .. saya pergi bercuti .. yeaayy!

Terima kasih kerana membaca :)

 

Search

21 thoughts on “Idea menu harian untuk bayi 6 bulan ke 12 bulan

  1. Emm seronok bila diingatkan usia anak waktu ni..makan memang pantang suap..tapi sekarang bil;a dah nak masuk 2 tahun rasanya naik menyampah suruh makan..nasi nak?geleng kepala..asyik makan biskut jer..dalam seharai boleh bilang berapa suap nasi masuk ke mulut dia..hahaha..
    Hafizul recently posted..Harapan Untuk Melahirkan Anak Emas CikguMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge